Bapa ditahan rogol anak kandung OKU

CG Sponsors




mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
46,177
Reaction score
3,175
Points
201
TANJUNG MALIM - Seorang lelaki tergamak merogol anak kandungnya yang merupakan orang kurang upaya (OKU) masalah pendengaran di kediaman mereka di Behrang Stesen di sini sejak Mac lalu.

Perbuatan terkutuk lelaki berusia 44 tahun itu disedari isterinya menerusi rakaman litar tertutup (CCTV) yang dipasang di rumah tanpa pengetahuan suspek.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintenden Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, mangsa berusia 21 tahun mengalami masalah pendengaran.

“Siasatan mendapati kejadian berlaku pada bulan Mac dan terbaharu pada awal bulan ini. Perbuatan suspek telah dirakam menerusi CCTV yang dipasang oleh ibu mangsa setelah mengesyaki sesuatu yang tidak baik dilakukan suaminya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, suspek kemudian ditahan oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim pada jam 12.30 malam tadi.

“Suspek direman selama enam hari sehingga Ahad ini untuk siasatan di bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan.

“Jika disabit kesalahan boleh di hukum penjara tidak kurang 10 tahun dan maksimum 30 tahun penjara dan sebatan,” katanya.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/95158/KHAS/Isu/Bapa-ditahan-rogol-anak-kandung-OKU
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
 
Sponsored Post

faeyzul

Active Member
Joined
Feb 2, 2010
Messages
2,005
Reaction score
109
Points
43
fuh mak dia siap pasang cctv, mmg kantoi xleh nk nafi da la tu.
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
46,177
Reaction score
3,175
Points
201
Lelaki ditahan disyaki rogol anak berstatus OKU

MUALLIM: Seorang lelaki direman selama enam hari, bermula semalam hingga 9 Ogos ini, bagi membantu siasatan kerana disyaki merogol anaknya yang berstatus orang kurang upaya (OKU), dekat sini.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Sulizmie Affendy Sulaiman, berkata ia susulan laporan polis diterima, kelmarin, mendakwa mangsa berumur 20-an yang cacat pendengaran dirogol oleh bapa kandungnya yang berusia 40-an di kediaman mereka.

Berdasarkan siasatan awal, katanya, mangsa disyaki telah dirogol sebanyak dua kali, iaitu pada Mac lalu dan awal bulan ini.

Beliau berkata, perbuatan suspek dikatakan terbongkar hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang oleh ibu mangsa selepas berasa syak.

"Susulan itu, suspek yang tidak bekerja ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim," katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara tidak kurang 10 tahun dan maksimum 30 tahun penjara serta sebatan.
 

akuehebat

Super Active Member
Joined
Jan 12, 2012
Messages
7,664
Reaction score
469
Points
81
fuh mak dia siap pasang cctv, mmg kantoi xleh nk nafi da la tu.
TERBAIK LA MAK DIA..SNGGUP KELUAR MODAL..
KALU ORG LAIN, ADA SIAP SUH MANGSA DIAM DAN SEMBUNYIKAN KEJADIAN....
 

akudotcom

Super Active Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
6,921
Reaction score
1,362
Points
151
Kita kalau jd isteri
Bg la secukup2nya utk suami
Kalau bole sebelum pegi keje, bg la satu das ke huhu
 

faeyzul

Active Member
Joined
Feb 2, 2010
Messages
2,005
Reaction score
109
Points
43
Kita kalau jd isteri
Bg la secukup2nya utk suami
Kalau bole sebelum pegi keje, bg la satu das ke huhu
kita kalau sbg suami bleh la ckp cmtu, tp kalau kita sebagai isteri bermacam² alasan diberi x tau kenapa :LOL:
 

lordie

Fun Poster
Joined
Jul 30, 2008
Messages
560
Reaction score
4
Points
15
basically kalau kes kes rogol anak ni memang bawah pengaruh lain, sama ada dadah atau pengaruh ghaib...
bila dalam halusinasi ni, setan memang kuat. kita jadi paling lemah.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register