BTC USD 17,223.7 Gold USD 1,789.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bapa didakwa rogol, seks luar tabii, cabul anak

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
33,714
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
33,714
Reaction score
4,436
Points
261
Awards
1
Bapa didakwa rogol, seks luar tabii, cabul anak

A view of the sea
Gambar hiasan
Kuala Lumpur: Seorang bapa dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merogol, melakukan persetubuhan luar tabii dan mencabul anak perempuannya, dua minggu lalu.

Pemandu lori berusia 55 tahun itu mengaku tidak bersalah selepas tiga pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Emelia Kaswati Mohamed Khalid.

Tertuduh didakwa merogol anak kandungnya berusia 23 tahun 10 bulan di tempat duduk belakang sebuah lori di Jalan Sungai Besi di sini antara 2.30 petang sehingga 3.30 petang pada 18 September 2022.

Dia dituduh mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan (KK) yang membawa hukuman penjara minimum lapan tahun dan maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan tidak kurang 10 sebatan, jika sabit kesalahan.

Mengikut pertuduhan kedua dan ketiga pula, dia didakwa melakukan persetubuhan aturan tabii serta mencabul kehormatan mangsa pada tempat, masa dan tarikh sama.

Bagi kesalahan persetubuhan aturan tabii, dia dituduh mengikut Seksyen 377C KK yang membawa hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 20 tahun serta sebatan, manakala untuk kesalahan mencabul, pendakwaan mengikut Seksyen 354 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika disabitkan bersalah.

Timbalan Pendakwa Raya Noorhani Muhmmed Ayub tidak menawarkan jaminan atas alasan mangsa dikatakan tinggal bersama isteri kedua tertuduh (bukan ibu mangsa), namun jika jaminan diberikan ada risiko tertuduh akan mendekati anaknya kerana mereka tinggal di Kuala Lumpur.

"Dalam pertuduhan hari ini, ada kesalahan merogol anak kandung dan untuk keselamatan mangsa, jaminan tidak ditawarkan," katanya.

Peguam Mona Anak Leonard Lubon yang mewakili tertuduh memohon jaminan diberikan kepada anak guamnya kerana tertuduh tidak mempunyai risiko untuk melarikan diri, selain memberi kerjasama dengan pihak polis sejak ditahan Sabtu lepas.

"Anak guam saya berjanji tidak akan mengganggu anak kandungnya itu dan dia juga setuju jika ada syarat lain dikenakan seperti melaporkan diri di balai polis setiap bulan," kata peguam.

Mahkamah kemudian tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 21 Oktober ini untuk sebutan kes.

Disiarkan pada: September 30, 2022 @ 3:38pm
 
Sponsored Post

rinoa99

Legendary Member
gem
Messages
19,485
Joined
Jun 5, 2022
Messages
19,485
Reaction score
2,584
Points
251
Awards
1
Berita yg cukup menyampah nak baca
Kesian mangsa
 

dloanman

CG Top Poster Club
gem
Messages
33,890
Joined
Apr 15, 2012
Messages
33,890
Reaction score
2,870
Points
266
Awards
1
Klu jumpo org cmni tgh jln ajak minum LPs tu beduk ramai2 smpai 1/2 mati

Sanggup rockgoal anak sendiri gilo apo
 

MuslimProgrammer

Legendary Member
gem
Messages
10,463
Joined
Apr 30, 2014
Messages
10,463
Reaction score
2,688
Points
261
Awards
1
daripada ko rogol anak sendiri, gaji ko banyak, ko ambil pelacur je la sng kalau dh gila s3ks sgt....aduihh...takda otak betul punya manusia....
 

rinoa99

Legendary Member
gem
Messages
19,485
Joined
Jun 5, 2022
Messages
19,485
Reaction score
2,584
Points
251
Awards
1
Pemandu lori
55 tahun
Tua dah tapi perangai.
Anak kandungnya berusia 23 tahun 10 bulan
Dewasa dah anak dia.
 

faeyzul

Active+ Member
Messages
3,145
Joined
Feb 2, 2010
Messages
3,145
Reaction score
292
Points
51
bini dua kn, rasa mcm biasa dgr pemandu lori ni bini lbh dari 1..
 

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
33,714
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
33,714
Reaction score
4,436
Points
261
Awards
1
Amik pelacur haram
Mkn anak sendiri ok kot

Minum arak haram
Layan dadah ok gitu

Makan babi haram
Mkn rasuah takpe

Mentaliti org kita
Pahit walaupun benar
 

rinoa99

Legendary Member
gem
Messages
19,485
Joined
Jun 5, 2022
Messages
19,485
Reaction score
2,584
Points
251
Awards
1
Tinggal dengan mak tiri
Patutlah iblis ni berani
Mak kandung dia takde?
 
Sponsored Post

Top
Log in Register