BTC USD 26,894.8 Gold USD 1,976.98
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bapa Didakwa Bunuh Anak Kandung Usia Tiga Bulan

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
405,562
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
405,562
Reaction score
28,251
Points
2,836
Awards
2

Bapa didakwa bunuh anak kandung usia tiga bulan​

WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR
20 OCT 2022

1951095.jpg


Muhammad Nasyran (dua kiri) diiringi anggota polis menuju ke Mahkamah Majistret di Alor Setar pada Khamis.


ALOR SETAR – Seorang petani dihadapkan ke Mahkamah Majistret pada Khamis atas pertuduhan membunuh anak lelakinya berusia tiga bulan yang didakwa dilakukan pada dua minggu lalu di sebuah rumah di Alor Setar.

Pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa kepada Muhammad Nasyran Zamzury, 28 di hadapan Masjistret Siti Norhidayah Mohd Noor dan tertuduh faham dengan tiada pengakuan direkodkan.

Berdasarkan pertuduhan, bapa kepada dua anak itu melakukan pembunuhan dengan menyebabkan kematian ke atas Muhammad Annas Muhammad Nasyran antara 4 Oktober lebih kurang jam 9 malam hingga 10 Oktober jam 1.30 petang.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah di Kampung Teluk Jawa, Sungai Lintang, Mukim Padang Hang, dekat sini.

Kes didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun keseksaan dan jika sabit kesalahan hendaklah dihukum mati.

Siti Norhidayah kemudian menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 30 Januari 2023 sementara menunggu laporan bedah siasat, kimia dan juga perubatan dengan tertuduh tidak ditawarkan jaminan.

Pada 11 Oktober lalu, Sinar Harian melaporkan seorang bayi lelaki berusia tiga bulan meninggal dunia dipercayai didera bapanya.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, bapa kandung mangsa itu ditahan di belakang sebuah rumah di Kampung Sungai Lintang Teluk Jawa, Mukim Padang Hang, dekat sini.

Menurutnya, lelaki berusia 28 tahun tersebut adalah suspek utama dan direman selama tujuh hari sehingga 17 Oktober depan untuk membantu siasatan.

Sementara itu dalam mahkamah sama, Muhammad Nasyran juga berdepan tiga lagi pertuduhan dengan salah satu daripadanya memasukkan dadah jenis methamphetamine ke dalam dirinya sendiri tanpa kebenaran pihak berwajib.

Kesalahan itu didakwa dilakukan kira-kira pukul 7 petang, 10 Oktober lalu di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar.

Tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 itu dengan tarikh sebutan semula kes ditetapkan pada 18 Disember 2022, sementara menanti laporan patologi.

Bagi pertuduhan seterusnya, dia mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan mencederakan bekas teman wanitanya yang kini berusia 26 tahun pada 2019.

Kesalahan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan itu didakwa dilakukan kira-kira pukul 7 pagi, 5 Mei 2019 di sebuah bilik sewa di Jalan Meranti Off, Jalan Putra, Alor Setar.

Kes tersebut ditetapkan untuk disebut semula pada 20 November depan sementara menanti serahan semula dokumen dengan tiada jaminan ditawarkan.

Bagi pertuduhan terakhir pula, mahkamah menjatuhkan hukuman 14 bulan penjara selepas tertuduh mengaku bersalah sengaja mencederakan isterinya, Siti Nur Kamalia Kamaruddin, 22.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 4 Oktober lalu kira-kira pukul 5 petang di sebuah rumah di Kampung Teluk Jawa, Mukim Padang Hang, Alor Setar.

Pertuduhan dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 326A kanun sama.

Kesemua pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Negeri, Nurfatin Mastura Asri manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Zuriyah Mohd Nordin bagi pertuduhan terakhir dihadapi iaitu mencederakan isterinya.

 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
405,562
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
405,562
Reaction score
28,251
Points
2,836
Awards
2
Tertuduh ada 4 pertuduhan

1. Melakukan pembunuhan dengan menyebabkan kematian ke atas Muhammad Annas Muhammad Nasyran antara 4 Oktober lebih kurang jam 9 malam hingga 10 Oktober jam 1.30 petang

2. Memasukkan dadah jenis methamphetamine ke dalam dirinya sendiri tanpa kebenaran pihak berwajib.

Kesalahan itu didakwa dilakukan kira-kira pukul 7 petang, 10 Oktober lalu di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar.

3. Mencederakan bekas teman wanitanya yang kini berusia 26 tahun pada 2019.

Kesalahan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan itu didakwa dilakukan kira-kira pukul 7 pagi, 5 Mei 2019 di sebuah bilik sewa di Jalan Meranti Off, Jalan Putra, Alor Setar.

4. Mahkamah menjatuhkan hukuman 14 bulan penjara selepas tertuduh mengaku bersalah sengaja mencederakan isterinya, Siti Nur Kamalia Kamaruddin, 22.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 4 Oktober lalu kira-kira pukul 5 petang di sebuah rumah di Kampung Teluk Jawa, Mukim Padang Hang, Alor Setar.
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gemgem
Messages
43,638
Joined
Nov 23, 2012
Messages
43,638
Reaction score
5,300
Points
516
Awards
1
Bapa Kejam Di Tuduh Bunuh Anak 3 Bulan Bakal Berdepan Hukuman Mati

20.10.2022 - Kuala Lumpur, Seorang lelaki bakal berdepan hukuman mati selepas didakwa Mahkamah Majistret Alor Setar, Kedah pada Khamis atas pertuduhan membunuh bayinya sendiri berusia tiga bulan di kediamannya, dua minggu lalu. Tertuduh yang bekerja sebagai petani, membunuh Muhammad Annas Muhammad Nasyran di sebuah rumah di Kampung Teluk Jawa, Sungai Lintang, Mukim Padang Hang, Kedah antara pukul 9 malam, 4 Oktober 2022 hingga 1.30 tengah hari, 10 Oktober 2022. Dia dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan, tertuduh berdepan hukuman mati.

Namun, tiada pengakuan direkodkan daripada Muhammad Nasyran Zamzury, 28, selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Siti Norhidayah Mohd Noor. Pada masa sama, tertuduh turut berdepan tiga lagi pertuduhan di mahkamah sama dengan salah satu daripadanya adalah memasukkan dadah berbahaya jenis methamphetamine ke dalam dirinya sendiri, tanpa kebenaran pihak berwajib. Kesalahan itu didakwa dilakukan kira-kira pukul 7 petang, 10 Oktober lalu di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar.

Tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 itu dengan tarikh sebutan semula kes ditetapkan pada 18 Disember 2022, sementara menanti laporan patologi. Selepas itu, tertuduh kemudiannya mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan mencederakan bekas teman wanitanya yang kini berusia 26 tahun pada 2019. Kesalahan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan itu didakwa dilakukan kira-kira pukul 7 pagi, 5 Mei 2019 di sebuah bilik sewa di Jalan Meranti Off Jalan Putra.

Kes tersebut ditetapkan untuk disebut semula pada 20 November depan sementara menanti serahan semula dokumen dengan tiada jaminan ditawarkan. Untuk pertuduhan terakhir, Mahkamah menjatuhkan hukuman 14 bulan penjara terhadap tertuduh setelah dia mengaku bersalah dengan sengaja mencederakan isterinya, Siti Nur Kamalia Kamaruddin, 22. Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 4 Oktober lalu kira-kira pukul 5 petang di sebuah rumah di Kampung Teluk Jawa, Mukim Padang Hang, Kedah.

Pertuduhan dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 326A kanun sama. Kesemua pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Negeri, Nurfatin Mastura Asri manakala tertuduh hanya diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Zuriyah Mohd Nordin untuk pertuduhan terakhir dihadapi iaitu mencederakan isterinya. Bagi tiga lagi pertuduhan dihadapi, tertuduh tidak diwakili peguam. Mahkamah tidak menawarkan jaminan kepada tertuduh dan menetapkan 30 Januari depan untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan perubatan dan kimia.​

1666252115653.png
 
Sponsored Post

Top
Log in Register