BTC USD 64,059.0 Gold USD 2,371.43
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bapa didakwa amang seksual, liwat anak kandung 4 tahun

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
52,268
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
52,268
Reaction score
6,316
Points
881
Awards
1
Bapa didakwa amang seksual, liwat anak kandung 4 tahun

14 Jun 2024, 12:55pm


BUTTERWORTH: Seorang penjawat awam didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal dan meliwat anak perempuan kandungnya yang berusia empat tahun, bulan lalu.

Tertuduh, 38 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan ketika kertas pertuduhan dibacakan dihadapan Hakim Noor Aini Yusof.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap anak perempuan kandungnya yang berusia empat tahun.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017 dan dibaca bersama Seksyen 16 akta sama.

Jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan sebatan serta sebagai tambahan hukuman bagi Seksyen 16 itu iaitu penjara tidak melebihi lima tahun dan boleh dihukum sebatan tidak kurang dua sebatan.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa melakukan persetubuhan seks luar tabii dengan mangsa sama.

Susulan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Kedua-dua kesalahan terbabit didakwa dilakukan di sebuah rumah di Taman Seri Emas, Nibong Tebal antara jam 5.30 hingga 6.30 petang, Mei lalu.

Pendakwaan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Nadia Jamal manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Semasa prosiding, pihak pendakwaan tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh dengan alasan mangsa masih tinggal bersama dengan tertuduh selain risiko kejadian sama akan berulang.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 15 Julai untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen, laporan perubatan serta lantikan peguam.

 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register