BTC USD 97,059.0 Gold USD 2,902.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bapa cabul anak dipenjara 11 tahun, 5 sebat

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
57,610
Top Poster #6
Joined
Jun 17, 2007
Messages
57,610
Reaction score
6,736
Points
881
Awards
1
Bapa cabul anak dipenjara 11 tahun, 5 sebat

A view of the sea
Tertuduh dibawa keluar selepas Mahkamah Sesyen Muar menjatuhkan hukuman penjara 11 tahun dan lima sebatan. FOTO Alias Abd Rani
Muar: 'Saya menyesal," kata seorang bapa yang dijatuhi hukuman penjara 11 tahun dan lima sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak perempuannya, minggu lalu.

Terdahulu, tertuduh berusia 43 tahun itu menangis ketika merayu di di hadapan Hakim Sayani Mohd Nor.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap anak kandungnya berusia 16 tahun di sebuah rumah di Kluang, pada jam 12.30 tengah malam, 1 Disember lalu.

Oleh itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKKSTKK) 2017 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 14 dan dibaca bersama Seksyen 16 akta sama.

Hukuman bagi Seksyen 14 (a) ialah penjara sehingga 20 tahun dan juga sebatan manakala Seksyen 16 (1) yang juga tambahan hukuman, penjara tidak melebihi lima tahun dan juga sebatan tidak kurang dua kali bagi setiap pertuduhan.

Selepas mendengar hujahan dan rayuan kedua-dua pihak, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan tiga sebatan bagi Seksyen 14 (a) manakala Seksyen 16, tiga tahun serta dua sebatan dengan kedua-dua hukuman ini dijalankan secara berasingan.

Selain itu, mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani sesi kaunseling sepanjang dipenjara serta pengawasan polis selama dua tahun selari dengan Seksyen 26 dan 27 AKKSTKK.

Berdasarkan fakta kes, semasa ujian pemeriksaan minda dijalankan di sekolah, seorang guru kaunseling mendapati mangsa dalam keadaan terganggu.

Apabila guru bertanyakan pada mangsa, dia menceritakan kejadian sebenar menimpanya dan pihak sekolah menghubungi ibu pelajar terbabit memaklumkan perkara itu.

Laporan polis dibuat oleh ibu mangsa pada 3 Disember lalu dengan tertuduh ditahan pada jam 8 malam hari sama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Diyana Najihah Muhamed Fauzi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Disiarkan pada: December 8, 2024 @ 1:10pm
 
Back
Top
Log in Register