BTC USD 57,017.2 Gold USD 1,778.48
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bapa bunuh anak dipenjara

eboss

CG Hardcore
Messages
85,652
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,895
Points
591
Marah keluar dengan pemuda Sunnah, berlainan fahaman

mainpix

TULAY menjadi mangsa kekejaman bapa sendiri yang tidak merestui hubungannya dengan teman lelaki berlainan fahaman.

15 tahun :-?:-?:-?​

LONDON: Seorang lelaki Kurdis didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup kerana membunuh anak perempuannya berusia 15 tahun yang jatuh cinta dengan seorang pemuda Islam berlainan fahaman.

Seorang hakim London menjatuhkan hukuman terhadap Mehmet Goren, 49, penjara minimum 22 tahun kerana kesalahan 'pembunuhan bermaruah' membabitkan anak perempuannya, Tulay. Beliau juga didapati bersalah menyerang teman lelaki anak perempuannya menggunakan kapak.



Pendakwa, Damaris Lakin berkata, pelayan 'fish-and-chip' membunuh anak perempuannya kerana mempunyai hubungan dengan seorang pemuda Islam Sunnah.

"Beliau membunuh anak perempuannya sendiri kerana percaya beliau memalukan dirinya.

"Kesalahan yang dilakukan beliau menunjukkan bahawa ia benar-benar memalukan dan akan sentiasa ditanggung olehnya," kata Lakin kepada mahkamah.
Mehmet Goren



Polis percaya Tulay dibunuh pada 7 Januari 1999 di rumah keluarganya ketika mangsa bersendirian dengan bapanya. Teman lelakinya, Halil Unal melaporkan kehilangan teman wanitanya itu dua minggu kemudian ketika Mehmet Goren melakukan serangan terhadapnya menggunakan kapak.

Polis tidak dapat menentukan bagaimana Tulay dibunuh tetapi berkata kehilangannya cukup untuk mengisytiharkan kematian mangsa.

Bukti yang muncul beberapa tahun selepas kehilangan Tulay membawa kepada penahanan Mehmet Goren dan dua abangnya pada 2008. Ketiga-tiga mereka didakwa membunuh tetapi tuduhan terhadap kedua abangnya digugurkan Khamis lalu.

Tulay masih bersekolah ketika berhubungan dengan Unal yang berusia 30 tahun yang juga mempunyai latar belakang Kurdish dari Turki.

Seorang penyiasat polis, John Macdonald memetik satu kenyataan mahkamah ditulis oleh kakak Tulay, Nuray: "Tulay terperangkap di tengah-tengah dua dunia yang bersengketa."

Bagaimanapun bapa terbabit menolak permintaan ahli keluarganya untuk menunjukkan di mana mayat Tulay. - AP
 
Sponsored Post

tudung87

Legendary Member
Messages
12,870
Joined
May 30, 2008
Messages
12,870
Reaction score
69
Points
120
pelik btl..

terlampau fanatik sampai nak membunuh..
 

mtx_69

Super Active Member
Messages
8,190
Joined
Aug 9, 2009
Messages
8,190
Reaction score
1,406
Points
141
giler babas punya org tua..pasal fahaman pun nak bunuh2
 

nazim5123

Active+ Member
Messages
4,698
Joined
Apr 9, 2007
Messages
4,698
Reaction score
41
Points
30
yang pembunuh ni sebenarnya fahaman dia apa

lihatlah sendiri mereka yang berlainan dengna fahaman sunnah tidak dapat terima anak mereka keluar dengan pemuda sunnah tapi kita yang mengaku sunnah boleh buat dak jer lihat orang islam kita keluar agama islam
 

TwiStEd pIps

Super Active Member
Messages
7,545
Joined
Sep 10, 2009
Messages
7,545
Reaction score
4
Points
65
syaitan ada bersama ngan dia tadi.. aku dah tanya.. >:) >:) >:)
 

otaida00taj

Legendary Member
Messages
10,653
Joined
Apr 4, 2007
Messages
10,653
Reaction score
100
Points
123
yang pembunuh ni sebenarnya fahaman dia apa

lihatlah sendiri mereka yang berlainan dengna fahaman sunnah tidak dapat terima anak mereka keluar dengan pemuda sunnah tapi kita yang mengaku sunnah boleh buat dak jer lihat orang islam kita keluar agama islam

Melayu nie tak ganas... itu masalahnya.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register