Bapa Bob Lokman didenda RM4,000 rosak harta masjid, ugut

CG Sponsors




akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
11,382
Reaction score
1,996
Points
201
Bapa Bob Lokman didenda RM4,000 rosak harta masjid, ugut
fef2ed23-e27d-4996-8845-83df4928994b.jpg
LOKMAN Ahmad didenda RM4,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini.
  • Oleh ZAAIN ZIN
  • 17 Januari 2021, 7:05 pm
Share on facebook

Share on twitter

Share on whatsapp

Share on email

Share on telegram
KOTA BHARU: Bapa kepada pelakon, pelawak dan penulis lirik, Bob Lokman didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengugut dan merosakkan harta Masjid Tok Kenali pada November lalu.
Lokman Ahmad, 83, yang berkerusi roda ketika hadir ke mahkamah dijatuhi hukuman itu selepas mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Mohd. Izuddin Mohd. Shukri.
Pertuduhan pertama, dia didakwa mengeluarkan kata-kata ugutan untuk menetak dan menembak Muhammad Hafiz Hukmi Wardi, 32, sehingga mendatangkan ketakutan kepada mangsa.
Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Pertuduhan kedua, dia didakwa merosakkan harta masjid dengan memecahkan pasu dan memotong pokok bunga sehingga menyebabkan kerugian lebih RM150 kerana terlalu marahkan Muhammad Hafiz Hukmi.
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tempoh satu tahun dan tidak lebih lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Kedua-dua kesalahan didakwa dilakukan di Masjid Tok Kenali, Jalan Wakaf Stan dekat Kubang Kerian, di sini kira-kira pukul 11 pagi pada 21 November tahun lalu.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin manakala tertuduh diwakili peguam, Mohd. Murtadza Mohd. Mokhtar.
Terdahulu, Sharifah Amirda Shasha memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada masyarakat manakala Mohd. Murtadza dalam rayuannya meminta mahkamah tidak menjatuhkan hukuman penjara kerana faktor usia tertuduh.
“Dengan membuat pengakuan bersalah, ini membantu mempercepatkan urusan semua pihak. Saya merayu agar tertuduh tidak dikenakan hukuman penjara atas faktor penularan wabak Covid-19 di negara ini,” kata Mohd. Murtadza.
Mahkamah kemudian menetapkan hukuman denda RM4,000 atau penjara 12 bulan jika gagal membayar denda bagi kedua-dua pertuduhan itu. Tertuduh membayar denda tersebut.- UTUSAN
 
Sponsored Post

dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
24,101
Reaction score
1,865
Points
206
apo sebab pokcik ni marah benor sampai mengugut dan merosakkan harta Masjid ?
 

apoeki

Super Active Member
Joined
Aug 7, 2012
Messages
6,350
Reaction score
535
Points
121
gedeba lebih..tu mkn dia
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
31,263
Reaction score
1,542
Points
201
tak ada cerita penuh ke.... dan marahkan org harta masjid dirosakkan... harta masjid tu harta budak yg dia marah ke ???
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
75,867
Reaction score
12,064
Points
1,906
tak ada cerita penuh ke.... dan marahkan org harta masjid dirosakkan... harta masjid tu harta budak yg dia marah ke ???
takda cerita penuh tn GamezStar, saya dok cari cari jugak tapi takde jumpa
 

azham

Super Active Member
Joined
Dec 20, 2012
Messages
5,179
Reaction score
1,045
Points
156
Apa yang Ustaz penceramah risaukan memang jadi kenyataan.
Siapa faham, faham lah.
Tak faham, tak pe, abaikan.
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
154,278
Reaction score
21,164
Points
1,671
hubungan pakcik/anak sedara

anak sedara tu penjaga amanah masjid tok kenali

lain xtau
 
Sponsored Post
Top
Log in Register