BTC USD 64,095.7 Gold USD 2,368.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bapa berjalan lebih 3 jam dari Beranang ke Kajang cari makanan untuk isteri, anak

kopirait

CG Top Poster Club
gem
Messages
46,721
Joined
Apr 18, 2010
Messages
46,721
Reaction score
4,789
Points
266
Awards
1
Bapa-berjalan-lebih-tiga-jam-dari-Beranang-ke-Taman-Jasmin-Kajang-semata-mata-mahu-mendapatka...jpeg


PETALING JAYA – Seorang bapa sanggup berjalan dari rumahnya di Beranang ke Taman Jasmin di Kajang semata-mata mahu mendapatkan bantuan makanan untuk isteri dan anak-anak.

Kisah tersebut dikongsikan oleh Facebook Nasi Kukus Kak Chiq selepas peniaga makanan itu menerima mesej pada aplikasi WhatsApps daripada lelaki itu sama ada mereka mempunyai lebihan lauk untuk disedekahkan kepada tiga anaknya.

“Kisah pagi ini. Datang dari Beranang ke Kajang hanya dengan jalan kaki. Semalam abang ni ada WhatsApp bertanya jika ada lebihan lauk boleh ke sedekah untuk anak-anaknya (tiga orang). Tapi semalam pukul 4 petang kami dah tutup.

“Kami cakap kalau nak, datang hari ni. Maka dia datang pagi ni dari Beranang ke Tasmin Jasmin Kajang. Bertolak awal dari pukul 7 pagi. Duk fikir awalnya dia nak datang.

“Rupanya sebab dia datang jalan kaki ye. Sampai kat kami, baju dia habis dah lenjun berpeluh,” katanya pada hantaran itu hari ini.

Dalam pada itu, lelaki tersebut memaklumkan telah kehilangan punca pendapatan disebabkan motosikalnya rosak.


“Minggu depan baru siap. Tapi dalam menunggu, dia tiada duit untuk meneruskan kelangsungan hidup bersama isteri dan anak-anak.

“Jadi kami ada bagi sedikit barang keperluan sementara motosikal siap dan masuk kerja baharu. Nak balik kami tempahkan Grab, tak gamak nak suruh dia balik jalan kaki lagi sekali. Semoga dipermudahkan urusan abang ni,” katanya.

Orang ramai turut bersimpati selain mendoakan lelaki tersebut dipermudah urusannya dalam mencari rezeki sebagai ketua keluarga.

Sementara itu, semakan pada Google Map mendapati jarak perjalanan antara Beranang ke Taman Jasmin kira-kira 16 kilometer dan sekiranya berjalan, ia mengambil masa sekitar tiga jam 34 minit. – KOSMO! ONLINE

 
Sponsored Post

aku cr post ni kat fb nasi kukus kak cik tuk dptkan cntact brother ni tp takde dah..mgkin dah delete atau aku ter miss..
sbnrnya dr beranang ke taman jasmin tu...brother ni kena lalu pekan beranang...pastu kna lalu pekan smeyih dan bandar teknologi..
tmpt2 tu byk gila kedai makan...kat pekan smenyih nak2 kat tesco tu tu port food truck dan kedai makan...tu lah mgkin dia takde knal org kat situ...surau taman aku dekat dgn beranang...stiap mggu (mlm jumaat) rmi org skitar mai amek barang2 keperluan asas...mmg ada gerobok makanan..biasa org beranang tak miss...tp brother ni termiss mgkin atau dia dah segan nak mai
 
apakah berlaku kelemahan pengurusan dalammembantu memastikan semua rakyat mendapat makanan.. ada pekerjaan... rwatan kesihatan..

adakah sebaran maklumat gagal tiba ke sasaran..
adakah kelemahan jaringan sosial masyarakat kita..
adakah kita dah muak dengan kisah2 yang kaya/mampu juga masih nak ambk bantuan2...
maka akhirnya yang mmg susah hidup dan perlu dibantu kena tempiasnya...

apakah kita semakin bobrokk sebenarnya...
 
dari beranang ke kajang jalan kaki bukan 3 jam weii
Bapa-berjalan-lebih-tiga-jam-dari-Beranang-ke-Taman-Jasmin-Kajang-semata-mata-mahu-mendapatka...jpeg


PETALING JAYA – Seorang bapa sanggup berjalan dari rumahnya di Beranang ke Taman Jasmin di Kajang semata-mata mahu mendapatkan bantuan makanan untuk isteri dan anak-anak.

Kisah tersebut dikongsikan oleh Facebook Nasi Kukus Kak Chiq selepas peniaga makanan itu menerima mesej pada aplikasi WhatsApps daripada lelaki itu sama ada mereka mempunyai lebihan lauk untuk disedekahkan kepada tiga anaknya.

“Kisah pagi ini. Datang dari Beranang ke Kajang hanya dengan jalan kaki. Semalam abang ni ada WhatsApp bertanya jika ada lebihan lauk boleh ke sedekah untuk anak-anaknya (tiga orang). Tapi semalam pukul 4 petang kami dah tutup.

“Kami cakap kalau nak, datang hari ni. Maka dia datang pagi ni dari Beranang ke Tasmin Jasmin Kajang. Bertolak awal dari pukul 7 pagi. Duk fikir awalnya dia nak datang.

“Rupanya sebab dia datang jalan kaki ye. Sampai kat kami, baju dia habis dah lenjun berpeluh,” katanya pada hantaran itu hari ini.

Dalam pada itu, lelaki tersebut memaklumkan telah kehilangan punca pendapatan disebabkan motosikalnya rosak.


“Minggu depan baru siap. Tapi dalam menunggu, dia tiada duit untuk meneruskan kelangsungan hidup bersama isteri dan anak-anak.

“Jadi kami ada bagi sedikit barang keperluan sementara motosikal siap dan masuk kerja baharu. Nak balik kami tempahkan Grab, tak gamak nak suruh dia balik jalan kaki lagi sekali. Semoga dipermudahkan urusan abang ni,” katanya.

Orang ramai turut bersimpati selain mendoakan lelaki tersebut dipermudah urusannya dalam mencari rezeki sebagai ketua keluarga.

Sementara itu, semakan pada Google Map mendapati jarak perjalanan antara Beranang ke Taman Jasmin kira-kira 16 kilometer dan sekiranya berjalan, ia mengambil masa sekitar tiga jam 34 minit. – KOSMO! ONLINE

ni mesti naik motor ke naik apa2 transportation 18km jalan kaki baju tak lenjun, kulit tak sun burn, kaki pun pun tak bercagu peluh pun tak ada ni.

den pun ado masa kadang2 run jugak 5-10 km tau la keadaan nya cam no. den yg nobis kubis ni pun nak abiskan 5km pun 45 minit 10 km 1 jam setengah tu pace 8-9.00 pace 13-14 18km - 20km ha...sendiri makan pengat la

pastu nak patah balik ke beranang semula. Bukan senang weihh..try la dulu baru tahu.
 
Last edited:
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register