Bapa angkat keluar memancing ditemui lemas

CG Sponsors




TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,610
Reaction score
21,073
Points
1,671
Kuala Lumpur: Kebimbangan seorang lelaki apabila bapa angkatnya tidak pulang selepas keluar memancing sejak Sabtu lalu terjawab apabila mayat mangsa ditemui terapung orang ramai di Sungai Gombak berhampiran Jalan 1/48A Sentul, di sini, semalam.

Mangsa yang berusia 56 tahun dan kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu dikatakan keluar memancing seorang diri di sungai berkenaan sebelum dilaporkan hilang. Anak angkatnya yang keluar mencari hanya menemui kereta dan peralatan memancing milik mangsa di lokasi kejadian kelmarin.


Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi berkata, pengadu yang tinggal di Jalan Genting Klang membuat laporan polis Ahad lalu berkenaan kehilangan bapa angkatnya itu.

“Kami pergi ke lokasi tempat mangsa dilaporkan hilang bersama pasukan bomba pada malam mangsa dilaporkan hilang, namun gagal mengesan lelaki itu,” katanya.


“Kira-kira jam 7.20 pagi tadi (semalam) pihak polis sekali lagi membuat rondaan di kawasan berkenaan sebelum dimaklumkan orang ramai tentang penemuan mayat seorang lelaki terapung berhampiran lokasi mangsa dilaporkan hilang,” katanya.


Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut berikutan tiada sebarang unsur jenayah dikenal pasti,” katanya.


http://www.hmetro.com.my/articles/Bapaangkatkeluarmemancingditemuilemas/Article
 
Sponsored Post

shop onlines

Fun Poster
Joined
Apr 11, 2013
Messages
279
Reaction score
0
Points
10
mcm2 cara org mati skrg ni...gi mancing pun boleh lemas.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register