Xploit Machine
CG Hardcore Club


- Messages
- 65,202
Top Poster #2
- Joined
- Nov 23, 2012
- Messages
- 65,202
- Reaction score
- 7,155
- Points
- 916
- Awards
- 1
09.12.2024 - Dua beranak dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu di sini hari ini secara berasingan atas tuduhan berkhalwat dan persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah. Nurul Hadhari Mat Husin, 20, bersama pasangan, Che Mohammad Aidil Hakim Rozali, 20, didakwa mengikut Seksyen 31 (a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) Pindaan 2022 kerana berkhalwat. Sementara itu, bapa kepada Nur Hadhari pula, Mat Husin Sulaiman, 53, dan pasangannya, Aslina Razali, 37, pula didakwa atas pertuduhan mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 iaitu perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah. Nur Hadhari dan Che Mohammad Aidil Hakim yang masih menuntut di sebuah institut pengajian tinggi (IPT) swasta terlepas hukuman sebat atas kesalahan khalwat berulang.
Berdasarkan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) ( Terengganu) Pindaan 2022, kesalahan khalwat bagi kali kedua dan seterusnya boleh dikenakan hukuman sebatan sehingga enam kali, denda sehingga RM5,000 atau tiga tahun penjara yang berkuat kuasa 1 Januari lalu. Mengikut pertuduhan, mereka didakwa melakukan khalwat di sebuah apartment di daerah ini,jam 4.15 pagi pada 18 Mac lalu. Sejurus pengakuan bersalah mereka direkodkan, Hakim Hamidi Syafie menjatuhkan denda RM3,000 atau empat bulan penjara jika gagal menjelaskan denda terhadap Nur Hadhari manakala pasangannya pula didenda RM4,000 atau enam bulan penjara jika gagal menjelaskan berkenaan. Sebelum ini, Che Mohammad Aidil Hakim dan Nurul Hadhari masing-masing didenda RM2,000 dan RM1,900 atau dua bulan penjara jika gagal menjelaskan denda berkenaan.
Hukuman itu diputuskan selepas mereka mengaku bersalah di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Terengganu pada 21 Oktober lalu selepas ditahan berkhalwat pada Februari lalu. Bagaimanapun, Nur Hadhari dan Che Mohammad Aidil Hakim sudah berkahwin pada Julai lalu. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Ketua Pendakwa Syarie, Nik Mohd Shahril Irwan Mat Yusof manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Sementara itu, di mahkamah berasingan, Mat Husin dan pasangannya masing-masing didenda RM4,500 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan persediaan melakukan persetubuhan luar nikah. Hakim Syarie Mohd Nazri Yusof turut mengarahkan tertuduh, Mat Husin yang juga seorang tukang urut dan Aslina dipenjarakan setahun sekiranya mereka gagal membayar denda berkenaan.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di daerah ini jam 5.20 petang, jam 19 Mei lalu. Mereka didakwa mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) Pindaan 2022 yang memperuntukkan denda tidak lebih RM5,000 atau penjara sehingga lima tahun atau tidak lebih enam sebatan atau kombinasi mana-mana hukuman berkenaan. Pendakwaan dikendalikan Pendakwa Syarie, Nurul Taqwa Hasbu manakala tertuduh tidak diwakili peguam.