BTC USD 97,113.1 Gold USD 2,934.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bapa, anak lelaki OKU ditemui mati dalam rumah

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
57,652
Top Poster #6
Joined
Jun 17, 2007
Messages
57,652
Reaction score
6,737
Points
881
Awards
1
Bapa, anak lelaki OKU ditemui mati dalam rumah

24 Ogos 2024, 4:40pm

Lokasi penemuan mayat dua beranak di sebuah rumah di Taman Indah, Sungai Abong.- FOTO: NSTP
MUAR: Misteri rumah bergelap selain sunyi sepi membongkarkan penemuan mayat dua beranak yang dipercayai sudah meninggal dunia sejak beberapa hari lalu di Taman Indah, Sungai Abong, di sini, semalam.

Mayat dua beranak dipercayai berusia 40-an dan 70-an itu ditemui oleh sebuah pertubuhan kebajikan (NGO) yang dipanggil penduduk selepas curiga terhadap kelibat mereka tidak kelihatan sejak beberapa hari lalu.

Difahamkan, mayat dua beranak itu ditemui kira-kira jam 12 tengah hari dengan bapanya ditemukan dalam bilik air manakala anak lelakinya di atas sofa.

Pada masa sama, seorang lagi anaknya, wanita berusia lingkungan 40-an yang juga orang kurang upaya (OKU) ditemui selamat namun dalam keadaan tidak bermaya.

Tiga beranak itu menetap di rumah terbabit sejak sekian lama selepas ibunya meninggal dunia beberapa tahun lalu, dengan kedua-dua anaknya dikategorikan OKU lembam.

Jiran yang enggan dikenali berkata, pada hari penemuan itu, mereka pelik apabila rumahnya bergelap lalu meminta bantuan NGO untuk memeriksanya.

“Penduduk memanggil NGO terbabit kerana mereka selalu datang ke sini menghantar bantuan memandangkan bapanya tidak bekerja.

“Dua anaknya pula, masing-masing lelaki dan perempuan adalah OKU dan dijaga sepenuhnya oleh bapa mereka.

“Apabila pintu dibuka, mereka melihat anaknya lelakinya terbaring atas sofa manakala anak perempuannya dalam keadaan tidak bermaya dipercayai kelaparan,” katanya.

Katanya, NGO dan penduduk taman itu kemudian menghubungi polis bagi mendapat bantuan selanjutnya.

Menurutnya lagi, ketika polis memasuki rumah, mereka menemui mayat bapanya dalam bilik air,” katanya ketika ditemui.

Mayat dua beranak itu dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian mereka sementara seorang lagi dibawa ke hospital sama untuk rawatan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz dalam satu kenyataan mengesahkan kejadian itu dan mengklasifikasikan kes sebagai sudden death report (SDR).
 
Sponsored Post

'Nampak air hitam mengalir keluar tepi pintu' - Jiran

A view of the sea
NILI menunjukkan rumah dua beranak ditemui meninggal dunia di Taman Indah, Sungai Abong. FOTO Alias Abd Rani
Muar: Jiran kepada dua beranak yang ditemui mati dalam kediamannya di Taman Indah, Sungai Abong curiga selepas kelibat lelaki itu tidak kelihatan seperti biasa dengan menunggang basikal di persekitaran taman perumahan terbabit.

Namun, sebaik melangkah ke dalam pagar rumah jiran, Nili Zahrah Las, 63, melihat air hitam mengalir keluar ke tepi pintu rumah terbabit.

Menurutnya, waktu itu dia tidak menyedari ada kematian berlaku dalam rumah terbabit memandangkan terdapat seorang wanita yang juga anak kepada warga emas itu sedang berada dalam rumahnya.

"Pada mulanya saya nampak baju di sebelahnya, tapi tak perasan itu mayat adiknya. Saya hanya lihat air hitam mengalir keluar tepi pintu.

"Saya menghampiri rumahnya dan melihat anak perempuan berada di tengah-tengah dalam rumah, saya pun tanyalah dia, mana 'uncle' (panggilan mesra lelaki warga emas)?

"Tapi, anak perempuannya dia hanya berdiam diri. Saya dah mula curiga lalu menghubungi NGO (pertubuhan kebajikan) kerana saya diamanahkan mereka untuk memantau tiga beranak ini," katanya ketika ditemui.

Katanya lagi, sebaik NGO itu tiba di rumah, dia terkejut apabila mendapati dua daripadanya sudah meninggal dunia.

Katanya, dia amat mengenali mereka sekeluarga dengan bapanya amat mesra dengannya yang mana akan menegur setiap kali melalui hadapan rumahnya.

"Memang saya selalu menjenguknya di rumah namun pada hari penemuan mayatnya, saya tidak nampak basikal yang dia selalu ditunggang.

"Saya dah lama perasan selepas tiga atau empat hari dia tidak keluar rumah. Saya ingatkan dia keluar ke mana-mana atau bersarapan.

"Mereka hanya tinggal bertiga kerana isterinya sudah lama meninggal dunia. Isterinya juga orang kurang upaya (OKU)," katanya.

Menurut Nili lagi, bapa dua beranak itu pernah ditimpa kemalangan jalan raya awal tahun ini.

"Rumahnya kadang kala dikunjungi saudara yang menghantar makanan kepada mereka bertiga," katanya.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz memaklumkan pihak menerima laporan mengenai penemuan dua mayat dalam rumah, Jumaat lalu.

Beliau berkata, turut ditemui seorang anak perempuan berusia 44 tahun dalam rumah itu dengan keadaan tidak bermaya dipercayai kelaparan.

"Bedah siasat ke atas jenazah bapa dan anak berusia 76 dan 37 tahun sudah selesai. Kes kekal diklasifikasikan mati mengejut.

"Namun mayat belum boleh dituntut kerana masih menunggu keputusan DNA (asid deoksiribonukleik).

"Anak perempuannya pula masih dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, di sini dan dalam proses untuk dituntut saudara terdekat," katanya.

Tinggal lebih seminggu bersama jasad ayah dan adik tanpa makanan

Bapa, anak lelaki OKU ditemui mati dalam rumah

Disiarkan pada: August 25, 2024 @ 3:39pm
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register