BTC USD 95,769.0 Gold USD 2,894.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bapa 3 anak tak mengaku cabul cucu saudara tumpang mandi

hiduprakyat

Legendary Member
gem
Messages
19,248
Joined
Dec 6, 2010
Messages
19,248
Reaction score
1,339
Points
201
6307473196223415304_121.jpg


Bapa 3 anak tak mengaku cabul cucu saudara tumpang mandi

Muar: Pekerja kilang di Singapura dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan amang seksual fizikal terhadap saudaranya ketika tumpang mandi di sebuah rumah di Batu Pahat, Isnin lalu.


Mengikut pertuduhan, bapa tiga anak itu didakwa melakukan amang seksual terhadap cucu saudaranya berusia 14 tahun di rumahnya di Batu Pahat, 8.30 pagi, 23 Disember lalu.


Berdasarkan laporan dibuat mangsa, kejadian berlaku ketika pelajar tingkatan dua itu singgah di rumah tertuduh dan menumpang mandi.

Mangsa kemudian menceritakan kepada ahli keluarganya sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat pada hari kejadian.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Diyana Najihah Muhamed Fauzi manakala tertuduh diwakili peguam, Tan Song Yan.

Terdahulu, pihak pendakwaan menawarkan ikat jamin RM25,000 serta syarat tambahan termasuk menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dan syarat tambahan iaitu melapor diri di balai polis berhampiran, tidak mengganggu atau berkomunikasi dengan mangsa serta menyerahkan pasport.

Kes disebut semula pada 3 Februari ini untuk serahan dokumen.


Kredit ➡️ Harian Metro
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register