BTC USD 63,329.1 Gold USD 1,805.00
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Others Banyak Jasa Motosikal Baitulmal

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,590
Reaction score
15,629
Points
2,376

Banyak jasa motosikal Baitulmal

Oleh Rosman Shamsudin- September 17, 2021 @ 1:16pm
[email protected]

ArisHarisdas17_1631856140.jpg


Mohd Aris mengumpul kotak terpakai di hadapan sebuah kedai di Slim River, Perak. - NSTP/Rosman Shamsudin


SLIM RIVER: "Banyak jasa motosikal Baitulmal ini kepada keluarga saya," kata Mohd Aris Harisdas Abdullah, 64.

Katanya, motosikal tiga roda disumbangkan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) melalui Program Pemerkasaan Asnaf pada 2018 itu memang memudahkannya mengumpul dan menjual kotak bagi menambah sumber pendapatan keluarga.

Sudah 15 tahun dia bermotosikal sekitar pekan ini, sekurang-kurangnya tiga kali sehari bagi mencari, mengumpul dan menjual kotak, malah ketika masih bekerja sebagai pengawal keselamatan lagi, bahan terbuang itu menjadi sumber pendapatan sampingan demi kelangsungan hidup.

"Peringkat awal, saya guna motosikal biasa, tapi tak boleh bawa kotak yang banyak. Suatu hari, saya terserempak seorang pegawai Baitulmal dan dia mencadangkan saya memohon bantuan motosikal tiga roda untuk memudahkan kerja," katanya.

Mohd Aris yang turut menerima bantuan bulanan RM300 daripada Baitulmal, menjual sekilogram kotak terpakai itu pada harga kira-kira 30 sen dan setiap hari dia mampu mengumpul sehingga 30 kilogram bahan terbuang berkenaan.

"Setelah berjaya kumpul kira-kira 500 kilogram, saya akan hubungi pembeli. Setiap bulan, saya mampu dapat antara RM200 hingga RM300 hasil jualan kotak terpakai ini. Cukuplah untuk saya dan isteri, Siti Mariam Kudin, 64.

"Selain menambah pendapatan, kerja ini juga dapat menyihatkan tubuh badan daripada duduk di rumah tanpa buat apa-apa," katanya yang mempunyai enam anak berumur 23 hingga 38 tahun dengan empat sudah berumahtangga.

Dia berterima kasih kepada pihak MAIPk dan Baitulmal kerana motosikal yang disumbangkan itu memudahkannya mencari rezeki seharian.

"Motosikal ini banyak jasa kepada keluarga saya. Insya-Allah saya akan gunakan sebaik-baiknya untuk mencari rezeki halal," katanya.


 
Sponsored Post

TT

CG Super Hardcore Club
Top Poster #4
Joined
Jan 13, 2009
Messages
159,827
Reaction score
21,820
Points
1,671
Setengah tan baru rm150 tau
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register