BTC USD 97,075.9 Gold USD 2,884.33
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bantuan Subsidi FLYsiswa Dinaikkan Kepada RM400 - PMX

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
451,888
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
451,888
Reaction score
36,874
Points
2,836
Awards
2

Bantuan subsidi FLYsiswa dinaikkan kepada RM400 - PM​


12 Dec 2024

2925915.jpg

Anwar berucap ketika merasmikan Karnival FLYsiswa 2024 di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC) Universiti Teknologi Mara (UiTM), hari ini. Foto Bernama


SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan kadar inisiatif bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan, FLYsiswa dinaikkan daripada RM300 kepada RM400 seorang bermula 1 Januari depan.

Beliau berkata, langkah itu merupakan antara ikhtiar kerajaan dalam meringankan beban mahasiswa dari Sabah, Sarawak dan Labuan yang berdepan isu tiket penerbangan yang agak tinggi apabila ingin pulang ke negeri masing-masing.

“Sebab itu kita bagi bantuan menerusi FLYsiswa dan untuk tahun hadapan, kita naik kepada RM400 daripada RM300 sebelum ini.

Ini cara kita untuk tunjuk keprihatinan kerajaan ringankan sedikit beban anak-anak dari negeri yang terlibat,” katanya ketika merasmikan Karnival FLYsiswa dan Karnival Pengangkutan Siswa MADANI di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam di sini.

Turut hadir, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.


 
Sponsored Post

“Sebab itu kita bagi bantuan menerusi FLYsiswa dan untuk tahun hadapan, kita naik kepada RM400 daripada RM300 sebelum ini.


So now..everone can fly lah ya Tuan.. :D


.................................
lari tajuk sikit
(hahah...saya ni..bila masanya yg tak lari tajuk )




Baru2 ni saya tersedar
kalau tahun2 ..jaman sebelum 2000 lah kot...Naik Flight ni kita rasa ..MEWAH
bila naik flight...bukan 1st clas atau Bisnes clas ke...ekonomi je..kerusi selesa...mewah...ada hidangan pun mewah..
iklan masa tu..selalu SIA, Emerate ke..Qantas..British Airway...juga MAS...semua tunjuk kemewahan..
saya pun siap ada kumpul inflight magazine dia...suka


Tapi sekarang situasi berbeza 😅


MAS boleh kata..O.K
Batik air boleh lah..banding dgn air asia..hahah
Saya naik Air Asia kL - Osaka..7 Jam..aduiii...duk tersepit kat seat tengah..kiri kanan ada org..letak tangan pun tak selesa....kerusi sempit..
kaki saya sakit..tak dpt nak gerak2
Makanan ..Nasi Lemak Pak nasir tu sedap la juga..+ sebotol air mineral..

Kemudian sepanjang Flight....Paramugari/ra tu..siap tolak troli..jual jual...hahaha
macam2 dijual nya...siap suara panggil2 hahaha


Saya teringat zaman kanak2 kat Kg..
Bila naik Bas...sempit..
kemudian akan ada penjaja naik bas...kacang putehhhh
kemudian ..kueh kueh....

Suasana Naik Flight sekarang...memang mengimbau kenangan naik bas jaman kanak2...


.............


Kemudian ...sampai KL
saya malas nak susahkan anak2...saya naik Bas utk balik ...terus drp KLIA 2

wah.......Bas mewahhh nya

siap boleh turun kerusi ..tidur...lapang selapang2nya..
selesa gila...


>>>>>>>

BENARLAH DUNIA DAH TERBALIK:D
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register