BTC USD 63,621.8 Gold USD 2,328.06
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bantuan khas RM300 untuk peneroka FELDA sebelum Aidilfitri

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
51,221
Top Poster #9
Joined
Jun 17, 2007
Messages
51,221
Reaction score
6,251
Points
881
Awards
1
Bantuan khas RM300 untuk peneroka FELDA sebelum Aidilfitri

Bantuan khas RM300 untuk peneroka FELDA sebelum Aidilfitri
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi beramah mesra bersama tetamu ketika hadir pada Majlis Iftar Santunan Kasih Ramadan di MRSM Felda hari ini. Foto BERNAMA
SUNGKAI: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan pemberian bantuan khas bersasar RM300 kepada peneroka FELDA berpendapatan RM1,000 ke bawah.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, bantuan khas itu akan dibayar kepada setiap peneroka di 317 tanah rancangan FELDA seluruh negara sebelum Aidilfitri.

Ahmad Zahid berkata, kumpulan itu juga bersama kelompok peneroka berpendapatan RM1,001 hingga RM2,000 akan menikmati penangguhan potongan hutang (tidak termasuk Kos Operasi Ladang) untuk hasil bulan Mac.

"Saya berharap pihak pengurusan FELDA dapat melaksanakan (pengagihan bantuan khas ini) sebelum Aidilfitri dan memastikan tiada yang tercicir," katanya.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Santunan Kasih Ramadan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah Bersama Warga FELDA di Dewan Besar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) FELDA Trolak, di sini.

Dalam perkembangan berasingan, Ahmad Zahid berkata MRSM FELDA Trolak yang juga MRSM kelima di Perak turut menerima peruntukkan RM280,000 melalui Tabung Khas Penyelenggaraan IPMA di bawah Rancangan Malaysia Ke-12.

Sementara itu, beliau berkata FELDA menyasarkan sekurang-kurangnya 50 orang anak tanah rancangan itu menyambung pengajian di Universiti Kuala Lumpur (UniKL) khusus dalam kursus Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) pada sesi pengambilan akan datang.

Beliau berkata, tahun lalu UniKL sebagai salah satu Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) menerima 29 anak FELDA termasuk 13 orang di peringkat ijazah dan 16 orang peringkat diploma.

"Saya ingin menawarkan untuk lebih ramai anak FELDA khususnya generasi empat dan lima untuk menyertai UniKL bagi menyertai industri termaju termasuk bidang telekomunikasi, tenaga boleh diperbaharui, kecerdasan buatan (AI), industri aeroangkasa, marin dan rel.

"Insya-Allah pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan membantu dari segi kesesuaian pinjaman pelajaran," katanya.
 
Sponsored Post

Alhamdulillah buat peneroka yg menerima, ada yg x da pendapatan lsg akibat ketiadaan buruh/buruh bercuti disebabkan musim luruh baru2 ni. Mudah2an dgn bantuan ni dpt digunakan sebaik mungkin u meringankan beban yg ditanggung
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register