BTC USD 20,828.4 Gold USD 1,824.34
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Info Bantuan Khas COVID-19 Lembaga Zakat Selangor kepada orang ramai

dloanman

CG Top Poster Club
gem
Messages
32,462
Joined
Apr 15, 2012
Messages
32,462
Reaction score
2,548
Points
266
Awards
1
covid-19a.jpg



Pengenalan
Bantuan Khas COVID-19 ini merupakan inisiatif Lembaga Zakat Selangor bagi membantu meringankan beban orang awam susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak COVID-19.
Peruntukan bantuan khas ini khusus untuk keluarga B40 (contoh: penjaja/peniaga kecil, pekerja dan individu) yang terjejas sumber pendapatan susulan pengumuman PKP pada 18hb Mac 2020, agar mereka dapat meneruskan kelangsungan hidup dalam tempoh ini.
LZS akan sentiasa melihat keperluan yang timbul dari semasa ke semasa bagi menyantuni semua pihak yang mengalami kesukaran sepanjang tempoh COVID-19.

KLIK SINI UNTUK MEMOHON ==> https://www.zakatselangor.com.my/bkc19/


Objektif

  • Membantu golongan pendapatan pertengahan yang terjejas dengan Perintah Kawalan Pergerakan wabak COVID-19.
  • Membantu meringankan beban hidup golongan penjaja/peniaga kecil dan pekerja B40 agar mereka dapat meneruskan kehidupan dengan lebih baik.

Syarat-syarat Permohonan
  1. Pemohon hendaklah memenuhi syarat berikut:
    1. Beragama Islam
    2. Warganegara atau pemastautin tetap (PR) dan bermastautin di negeri Selangor tidak kurang daripada tiga (3) tahun.
    3. Pemohon adalah dalam Kategori B40 iaitu pendapatan isi rumah di bawah RM 4,360 sebulan.
    4. Pemohon merupakan individu yang terjejas ataupun hilang punca pendapatan ketika wabak Covid-19 ini.
    5. Bantuan ini adalah merujuk kepada Keluarga atau individu.
  2. Permohonan hanya melalui atas talian sahaja dengan melayari Portal Bantuan Khas Covid-19. Seterusnya ikuti langkah-langkah permohonan.
  3. Bantuan ini adalah berbentuk sumbangan one-off sahaja.

Dokumen Yang Diperlukan Untuk Permohonan Ini
BilDokumen
1Salinan Kad Pengenalan Pemohon dan Tanggungan.
2Bagi yang bekerja - Slip Pendapatan / Pengesahan Pendapatan / pengesahan pemberhentian kerja atau dicutikan tanpa gaji atau dikurangkan gaji bulanan.
3Bagi Peniaga/Penjaja Kecil - Lesen Perniagaan/Resit Sewa Tapak atau lain-lain dokumen yang boleh membuktikan pendapatan.
4Pengesahan Tempat Tinggal (Mastautin) di Negeri Selangor. Contohnya Bil Air / Bil Elektrik / Bil Internet / Cukai Pintu atas nama atau alamat Pemohon.


KLIK SINI UNTUK MEMOHON ==> https://www.zakatselangor.com.my/bkc19/
 
Sponsored Post

dloanman

CG Top Poster Club
gem
Messages
32,462
Joined
Apr 15, 2012
Messages
32,462
Reaction score
2,548
Points
266
Awards
1
Alhamdulillah ptg tadi siap isi form n upload smua dkmn ke zakat. Doakan permohonan den Lulus. Korang cuba lah mohon.

Tapi sabar bnyk2 sbb website tu slow giler. Nk upload 1 pdf ajo tunggu dkt 5 min. Mgkn sbb bnyk trafik kot
 

dloanman

CG Top Poster Club
gem
Messages
32,462
Joined
Apr 15, 2012
Messages
32,462
Reaction score
2,548
Points
266
Awards
1
sapo2 yg blm mohon laie bleh mohon skg,
- isi form online
- upload dokumen2 spt ic suami/bini/anak/surat beranak, slip [email protected] [email protected]

mcm den kojo sndiri takdo gaji, den setiap awal tahun akan buek surat akuan bersumpah pendapatan bulanan kek pesuruhjaya sumpah; surat ni bnyk guna utk mohon bantuan sekolah/universiti anak2

den doakan korang yg dh mohon berjaya & samo2 kito smuo slamat dpd ujian besar covid19 skg, amin
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
34,415
Joined
Nov 23, 2012
Messages
34,415
Reaction score
4,411
Points
296
Awards
1
LZS Tutup Permohonan Bantuan Khas Covid-1

28.03.2020 - Shah Alam, Lembaga Zakat Selangor (LZS) menutup permohonan bantuan khas Covid-19 bermula semalam bagi membolehkan agensi itu memproses permohonan yang telah dihantar.

LZS memaklumkan, keputusan bila bantuan itu akan dibuka semula akan diberitahu 31 Mac ini.

“Sejak dibuka pada 25 Mac lalu, LZS terima lebih 45,000 permohonan. Seramai 9,771 diluluskan, 9,361 dalam proses kelulusan manakala 1,128 ditolak,” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.

Tambah LZS, penutupan dibuat bagi membolehkan pihaknya menyelesaikan permohonan yang sudah dihantar.

Pada 21 Mac lalu, Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Saipolyazan M. Yusop memaklumkan bantuan berkenaan akan dibuka sehingga 6 April depan dengan peruntukan RM15 juta.

Saipolyazan berkata peruntukan khas itu dikhususkan untuk golongan penjaja dan peniaga kecil serta pekerja B40 yang terjejas sumber pendapatan susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan ekoran penularan Covid-19.

Selain itu, katanya, peruntukan turut diagihkan bagi menampung keperluan peralatan perubatan di hospital yang beroperasi menangani Covid-19.

LZS-1-400x400.jpg


Berita asal https://selangorkini.my/2020/03/lzs-tutup-permohonan-bantuan-khas-covid-19/
 

dloanman

CG Top Poster Club
gem
Messages
32,462
Joined
Apr 15, 2012
Messages
32,462
Reaction score
2,548
Points
266
Awards
1
update permohonan bantuan zakat,

Alhamdulillah den dah dapek RM500 dpd zakat, cek acc maybank pagi tadi, trus 11am kuar ke plaza alam sentral, kuar duit kek atm & bli brg2 dapur di pasaraya The Store. Fyi kek sini parking kosong giler, sunyi sepi org x ramai mcm jayen & tesco yg sampai kena beratur lamo nk mampus nk masuk dlm tu ajo.

Pastu ke seksyen 3 bli ayam 2 ekor & telur 2 papan kek kedai BMF. Anak2 den 7 org, 6 orang dok umah & kuat mkn, yg sorang lagi stranded kek universiti takleh balik, tapi Alhamdulillah universiti sediakan bantuan mkn 3x sehari & dpt jugak bantuan beras/telur/sardin utk student2 housemate masak. Anak bgtau student U masih bljr via online dgn lecturer

Dapek duit zakat ni den transfer skt kek anak di U tapi dio kato susah nk kluar sbb PKP, tapi dlm kampus mkn smuo cukup
 

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,129
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
26,129
Reaction score
3,545
Points
261
Awards
1
Kempen saham zakat

1601527719551.jpeg

1601527733688.jpeg

lg byk collect
Nanti bole beri elaun pd imam2 masjid
 
Sponsored Post

Top
Log in Register