BTC USD 85,676.7 Gold USD 3,052.78
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bantah sebat di khalayak tak bermakna bantah ajaran Islam - Dr Maza

Yallah

Super Active Member
gem
Messages
7,311
Joined
Jun 21, 2021
Messages
7,311
Reaction score
1,020
Points
151
Oleh Noor Atiqah Sulaiman
Disember 28, 2024 @ 10:47am
[email protected]

124330t06rsi1z88i71cse.jpg



KUALA LUMPUR: Bantahan terhadap pelaksanaan hukuman sebat di khalayak hanyalah membantah kepada keputusan pemerintah, bukannya menentang ajaran Islam, tegas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Beliau berkata disebabkan itu jangan ada pihak yang menganggap mereka yang tidak mahu pelaksanaan hukuman itu sama seperti tidak bersetuju dengan Islam.


"Adapun khalwat, tiada penetapan syarak menyuruh mereka disebat di khalayak ramai. Bahkan, menyebat kes seperti itu di khalayak ramai dibimbangi bercanggah dengan kehendak syarak yang menyuruh menutup keaiban peribadi individu.

"Maka, menyebat kesalahan khalwat di khalayak ramai bukan hukum Allah dan Rasul-Nya, ia hanyalah pilihan penguasa semata. Di bawah takzir yang juga ijtihad pemerintah berkemungkinan salah dan betul.



"Maka, membantah hukuman itu hanyalah membantah keputusan pemerintah, bukan membantah ajaran Islam. Jangan ada yang terlebih lajak menganggap orang tidak bersetuju dengan hukuman itu tidak bersetuju dengan Islam," katanya hari ini.

Sebelum ini terdapat beberapa pihak yang membantah pelaksanaan hukuman sebat di khalayak oleh Terengganu kerana menganggap ia tidak menghormati maruah manusia.

Bagaimanapun, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah Terengganu, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi, dilaporkan berkata kerajaan negeri tetap akan melaksanakan hukuman itu kerana ia bukan hanya bertujuan untuk menghukum pesalah sebaliknya sebagai langkah untuk mendidik masyarakat selaras dengan prinsip maqasid syariah.

Semalam, seorang tukang rumah, Mohd Affendi Awang, 42, menjadi individu pertama di Terengganu dikenakan hukuman sebatan di khalayak ramai kerana kesalahan khalwat berulang.


Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu, Kamalruazmi Ismail memutuskan hukuman itu selepas tertuduh mengaku salah terhadap pertuduhan dan pelaksanaan sebat dilakukan di luar penjara memandangkan ia adalah kesalahan ketiga dilakukan lelaki berkenaan.

Mengulas lanjut mengenai hukuman sebat itu, Mohd Asri yang juga dikenali sebagai Dr Maza berkata, hukuman sebat tanpa mencederakan penzina memang terdapat dapat al-Quran dan al-Sunnah namun ia dilaksanakan dengan syarat dan peraturan yang sangat ketat.

"Kes itu hendaklah disaksikan oleh empat orang saksi yang dipercayai menyaksikan kemaluan lelaki masuk ke dalam faraj perempuan terbabit.

"Dalam kata lain, hampir mustahil untuk kita menemui pasangan berzina membiarkan empat orang saksi menonton perzinaan mereka melainkan pasangan itu memang pejuang zina secara terbuka.

"Jika tidak, kes zina hanya boleh sabit dengan pengakuan yang berterusan oleh pelaku zina meminta dia dihukum sedangkan pihak mahkamah pula berusaha mengelakkan hukuman.

"Adapun qarinah (kaitan bukti) zina, itu banyak jalan keluar supaya tidak dihukum," katanya.

Secara kesimpulannya, beliau berkata agama Islam ini disifatkan sebagai anti gosip dan tidak suka pelaksanaan hukuman zina melainkan individu itu memang penzina tegar secara terang tanpa selindung atau dia sendiri benar-benar menuntut dirinya dihukum.

"Adapun penuduh orang lain zina tanpa bukti yang ditetapkan syarak, lebih mudah untuk disebat di khalayak ramai dibandingkan penzina sendiri.

"Jelas, Islam anti mulut celupar dan suka menjadikan dosa peribadi antara hamba dengan Allah semata sebagai bahan masyarakat. Pemerintah pula dituntut oleh Islam supaya menutup ruang dosa peribadi dijadikan bahan mainan rakyat. Banyak nas Islam dalam hal itu jika hendak dibahaskan," katanya.

 
Sponsored Post

Benda simple. Hukum takzir ni mmg ikut pemerintah. Jika ada yg hukum sebat pesalah khalwat, hormatilah.

Dan jika ada pemerintah yg jatuhkan hukuman penjara 3 tahun, hormatilah.

Dan jika ada yg jatuhkan hukuman khalwat dgn denda RM5000, pun hormatilah.
 
Sepanjang nabi idup
Dia tak penah rejam atau sebat org yg berzina

Ini semua undang2 acah2 isle
Bidaah masamjawa tonggeng agama

Best la guna nama org da mati 🫢
Mentang2 dia dkt raudhah
main cg pun nabi x pernah.. apatah lagi naik tren.. kapal terbang.. 😂
 

Sebat depan khalayak ramai, tertutup bukan hudud – Khairuddin​

Oleh
Shawaliah Hadir
-
28 December 2024

MGF06102022_SESI-BUAL-BICARA01.jpg
Mohd Khairuddin Aman Razali
KUALA LUMPUR – Timbalan Pengerusi Majlis Ulama UMNO, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali berkata, hukuman sebatan sama ada depan khalayak ramai atau sebaliknya termasuk denda dikenakan kepada pelaku bukan hukum hudud.
Katanya, ia hukuman ciptaan manusia khusus bagi kesalahan syariah yang diberi keluasan oleh Islam untuk pemerintah menggubal undang-undang.

“Demikianlah keluasan Islam membuka ruang ijtihad yang sangat luas dalam menggubal undang-undang melibatkan kesalahan syariah,” katanya menerusi kenyataan.

Menurut bekas pemimpin Pas itu, tindakan Mahkamah Syariah Terengganu menjatuhkan hukuman menurut enakmen negeri adalah syiar terhadap kesalahan syariah yang perlu dikenakan hukuman agar menjadi pengajaran pada orang Islam yang lain.

“Ia bukannya syiar pada kadar hukuman tetapi syiar pada kesalahan syariah iaitu khalwat,” katanya mengulas hukuman sebatan enam kali secara terbuka terhadap seorang duda di Terengganu semalam.

Hukuman itu diputuskan Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu, Kamalruazmi Ismail lelaki itu mengaku bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 31(a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) Pindaan 2022.- MalaysiaGazette
 
Benda simple. Hukum takzir ni mmg ikut pemerintah. Jika ada yg hukum sebat pesalah khalwat, hormatilah.

Dan jika ada pemerintah yg jatuhkan hukuman penjara 3 tahun, hormatilah.

Dan jika ada yg jatuhkan hukuman khalwat dgn denda RM5000, pun hormatilah.
Isu yang dibangkitkan adalah dari segi Perlembagaan Perkara 5...adakah kuasa mahkamah syariah telah melebihi bidang kuasa yang diperuntukkan oleh Perlembagaan dimana Mahkamah Syariah adalah lebih rendah dari Mahkamah Sivil serta "enroaching" kuasa Perlembagaan?
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register