BTC USD 24,592.8 Gold USD 1,785.67
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bank Statement??? Minta Pandangan...

mick2030

Active Member
Messages
1,607
Joined
Sep 21, 2008
Messages
1,607
Reaction score
14
Points
25
Bank statement yg betul???

Salam semua...

Nak tanya sket pasal bank statement. Camni ceritanya. Saya bercadang nak berhenti kerja dan nak kerja sendiri full time (Komisyen real Estate/MLM/Insurans/Internet/etc - x decide lagi). Persoalan saya ialah pasal mcm mana sy nak buat loan di kemudian hari.

Selalunya, kalau nak wat loan (apa2 lah) kalau xde payslip dia akan minta bank statement. Saya dahpun buat current account kat maybank atas nama company (enterprise). So mcm mana nak jadikan bank statement saya ni 'cantik' so memudahkan saya nak buat apa2 loan di kemudian hari.

Katakan income bulanan saya dalam RM5k. So saya masukkan semuanya dalam Current Account sy. Sy ni bergaji komisyen, tapi xder komisyen slip / bonus statement yg menunjukkan brape komisyen sy terima setiap bulan. Lagi satu, perbelanjaan bulanan saya (sewa rumah + makan minum + etc) sy byr melalui current account saya. Pihak bank akan amik kira ker?

Summary
Monthly Income: Katakan RM5k
Monthly Expenses: RM2.5k (sy keluarkan guna cek or maybank2u)
Balance:RM2.5k (masih dalam bank, ingat nak keluarkan and park dalam ASB)

Soalan sy, mcm mana pihak bank akan tentukan pendapatan bulanan saya?

1) RM5k. Bank akan tgk brapa duit yg masuk. Duit keluar dia x kira.

2) Cuma RM2.5k. Sebab sy kerja sendiri, bank akan anggap pendapatan saya cuma rm2k (Duit masuk-belanja) sebulan based on balance at the end of the month kat akaun saya. (Kalau kira cmni, xdpt la nak kuarkan duit and letak duit kat ASB yer? Nanti dia kira monthly income sy cuma RM0 jerk :(( )

3) Or ada kaedah lain???

Lagi satu, cmner caranya saya nak kuatkan income document saya supaya nk wat loan senang nak lulus? Tiap2 tahun saya akan byr income tax dan declare income saya. Adakah patut saya mencarum dalam KWSP jugak? (Tapi pulangan KWSP sikit sangat la, rasa x berbaloi pulak). Kawan2 ada cadangan?

Thanks in advance to all yg membantu...

(p/s: kalau dah ada thread ni, tlg bgtau ek. Puas cari tapi xjumpa la pulak. Kalau ada nanti sy edit/pindah/delete ??? )
 
Sponsored Post

eddie80

Super Active Member
Messages
5,583
Joined
Nov 18, 2007
Messages
5,583
Reaction score
47
Points
70
Berkanaan dgn pinjaman menggunkan bank statement, pihak bank tidak melihat kpd baki terakhir akaun anda. No 1 pihak bank akan tgk berapa jumlah turn over akaun anda. Pihak bank akan lihat jumlah keluar masuk duit anda. Bank tk interested kpd akaun yg mempunyai baki beratus2 ribu, tetapi langsung tk ada turn over/ turn over sikit sgt... Kebiasaannya, pihak bank akan mendapatkan purata turn over bagi 6 bulan. Dari purata tersebut, pihak bank akan mengambil beberapa % ( berapa % aku dah tk ingat. Sbb dah lama tinggal bidang ni ), dan jumlah % tersebut juga merupakan nilai maksimun terhadap pinjaman anda. Kesimpulannya, bank ingin melihat perjalanan perniagaan anda. Perlu diingat, income sesuatu bisnes bukan terletak pd bank statement anda. Jd, tk perlu risau...

Cukup dgn membayar income tax. Itu pun sudah cukup kuat. Nk lagi kiat, declare la lebih2 skit... Tp pastikan income tax yg asli...
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register