BTC USD 27,883.2 Gold USD 1,997.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bank perlu siasat penggunaan kad kredit

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
GEORGETOWN - Biro Perkhidmatan Awam dan Pengaduan MCA negeri mahu pihak pengurusan sebuah bank di sini menjalankan siasatan terperinci berhubung kes penggunaan kad kredit yang tidak diterima oleh pelanggan sejak dua tahun lepas.

Ketuanya Gui Guat Lye berkata siasatan itu perlu memandangkan pelanggan bank berkenaan Lee Boon Teng, 29, seorang kerani wanita di sebuah syarikat di sini tidak menerima kad kredit berkenaan sejak membuat permohonan pada April 2012.

"Satu laporan polis juga telah dibuat pada hari yang sama ketika Lee menerima surat daripada bank berkenaan iaitu pada 27 Mei 2012, setelah mendapati surat itu tidak mengandungi kad kredit yang dipohon, sedangkan surat yang diterima dalam keadaan elok.

"Ketika membuat pertanyaan di bank, didapati telah berlaku empat pembelian menggunakan kad berkenaan, jadi kita mahu bank siasat bagaimana kad yang tidak diterima pelanggan ini boleh diaktifkan dan digunakan," katanya dalam sidang media yang diadakan di sini hari ini.

Gui berkata sehingga 5 Oktober tahun ini jumlah keseluruhan pembelian menggunakan kad tersebut adalah RM4,288.38.

"Pihak bank perlu buat siasatan bagaimana kecuaian ini boleh berlaku, pelanggan tidak terima langsung kad kredit yang dipohon tetapi sudah diaktifkan dan ada penggunaan.

"Hal ini bukan semata-mata jumlah penggunaan sama ada banyak atau sedikit tetapi keadilan kepada pelanggan," katanya. - Bernama
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register