BTC USD 32,551.2 Gold USD 1,782.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bank digital bakal ditubuhkan di M'sia. Adakah perbankan tradisional bersedia?

ViperX

Active+ Member
Joined
Oct 10, 2016
Messages
4,913
Reaction score
646
Points
81
dia sudah mari...

dia sudah mari...

dia sudah mari...
 
Sponsored Post

notepad

Super Active Member
Joined
Sep 17, 2011
Messages
8,920
Reaction score
671
Points
126
bank digital maksudnya korang tak akan pegang duit lagi. duit cuma angka dan nombor dalam komputer dan smartphone saja. bayar zakat pun secara dalam talian. mas kawin bayar online juga.
 

i4u

Legendary Member
Joined
Sep 13, 2010
Messages
17,424
Reaction score
83
Points
130
dgtal ade tracking..kalo cash bebas skit..xtau kte bli ape:D
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Nov 23, 2012
Messages
28,575
Reaction score
3,996
Points
236
Kita Mungkin Melihat Bank Digital Di Malaysia Seawal 2022 Kelak

Arena bank digital merupakan salah satu arena kewangan yang sedang dilihat oleh pelbagai pihak – bukan sahaja pihak bank dan syarikat kewangan, tetapi juga syarikat teknologi seperti Grab dan lain-lain.

Terbaru, Bank Negara Malaysia telah pun mengeluarkan dokumen dasar rangka kerja pelesenan bagi Bank Digital di Malaysia.

Seperti ramai sedia maklum, melalui lesen ini, ia akan memberikan kebenaran untuk mengoperasi bank digital dengan penawaran sejumlah perkhidmatan kewangan kepada para pengguna.

BNM mengatakan permohonan untuk menjalankan perbankan digital boleh dikemukakan selewatnya pada 30 Jun 2021 ini. Pihak BNM sendiri akan mempertimbangkan sehingga lima lesen untuk pemohon yang layak, dan pemberitahuan mengenai pemberian lesen ini akan dimaklumkan pada suku pertama 2022 kelak.

Screenshot-3451.jpg


Sumber asal https://rnggt.com/202110774/
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
55,336
Reaction score
4,507
Points
601
BNM terima 40 permohonan lesen perbankan digital

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) menerima kira-kira 40 permohonan daripada pihak yang berminat untuk mendapatkan lesen perniagaan perbankan digital setakat ini.

Gabenor BNM, Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus, berkata tempoh permohonan untuk mendapatkan lesen menjalankan perniagaan perbankan digital atau perniagaan perbankan digital Islam adalah sehingga 30 Jun ini.

Katanya, dalam kertas dasarnya, BNM ada menyebut bahawa bank digital dijangkakan untuk memperkenalkan teknologi inovatif yang boleh menyumbang kepada kesejahteraan kewangan rakyat Malaysia.

"Ini khususnya untuk menangani masalah rakyat yang tergolong dalam segmen pelanggan yang kurang atau tidak mendapat perhatian dalam kemudahan perkhidmatan kewangan.

"Kami menjangkakan untuk mengumumkan pemberian lesen perniagaan perbankan digital pada suku pertama 2022," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media maya mengumumkan prestasi ekonomi suku keempat 2020, hari ini.

BNM pada akhir tahun lalu mengeluarkan dokumen dasar rangka kerja perlesenan bank digital atau dokumen dasar, selepas berakhirnya tempoh maklum balas awam selama enam bulan.

Rangka kerja pelesenan bank digital bertujuan membolehkan penggunaan teknologi inovatif bagi meningkatkan kesejahteraan kewangan individu, perniagaan serta menyokong pertumbuhan lestari.

Ia juga termasuk mengembangkan akses secara bermakna dan menggalakkan penggunaan penyelesaian kewangan yang sesuai secara bertanggungjawab kepada segmen yang tercicir atau kurang mendapat kemudahan perkhidmatan kewangan.

Rangka kerja itu mengambil pendekatan seimbang bagi membolehkan kemasukan bank digital yang mempunyai nilai tawaran kukuh.

Pada masa sama, ia juga bertujuan memelihara integriti dan kestabilan sistem kewangan serta kepentingan pendeposit.

Bagi mencapai matlamat itu, rangka kerja pengawalseliaan dipermudah akan diguna pakai ke atas bank digital pada peringkat awal operasi.
 

cotek21

Fun Poster
Joined
Dec 28, 2020
Messages
186
Reaction score
67
Points
30
Kopi pak belalang , ecmc, buluhmas, dll dah lama buat matawang point sendiri
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register