BTC USD 32,502.6 Gold USD 1,782.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bank digital bakal ditubuhkan di M'sia. Adakah perbankan tradisional bersedia?

Ms Senorita

Active Member
Joined
Mar 31, 2014
Messages
1,640
Reaction score
325
Points
41
attachment.php


Adakah bank-bank tradisional telah bersedia dengan realiti perbankan baru seperti ini? Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, bank-bank ternama perlu bergelut untuk mendapatkan pulangan ekuiti yang semakin rendah dan kos pengawalseliaan yang semakin meningkat.

Bank tradisional kini perlu bertarung dengan pesaing-pesaing baru yang mungkin atau semestinya tidak tertakluk kepada peraturan yang sama ketat.

Kini wujudnya sistem bank baru yang telah berkembang di rantau ini, khususnya China, dan mungkin tidak lama lagi akan muncul di Malaysia.

Bank digital, yang juga dikenali sebagai bank maya (atas talian), adalah sesuatu yang tidak memerlukan kehadiran fizikal tetapi memberikan produk dan perkhidmatan dalam talian serta melalui platform mudah alih. Ia beroperasi seperti digibank DBS Group dan Tencent's WeBank.

Bank Negara Malaysia berkata pihaknya sedang berusaha untuk memberi keperluan pelesenan perbankan digital menjelang akhir tahun ini.

Pihak bank telah mengetahui apa yang akan muncul, tetapi adakah mereka cukup bersedia ? Dan adakah mereka berminat untuk menyertai era baru perbankan seperti ini ?

Secara asasnya, segala tumpuan adalah kepada garis panduan yang bakal dikeluarkan oleh Bank Negara. Sebagai contoh, adakah sektor perbankan digital dibuka untuk semua atau penyertaan terhad hanya kepada firma teknologi? Adakah bank-bank digital akan beroperasi seperti sama seperti bank tradisional? Adakah peraturan-peraturan sama yang akan digunakan untuk kedua-duanya?

Meskipun industri sedang menanti dengan penuh harapan untuk kriteria pelesenan, apa yang pasti ialah kedua-dua bank dan firma teknologi sedang dalam proses untuk meneliti lesen tersebut.

Syarikat teknologi gergasi serantau Grab dan sekurang-kurangnya empat daripada tujuh bank yang telah memberi maklum balas mengenai persoalan yang ditujukan oleh The Edge juga menunjukkan minat untuk mendapatkan lesen digital tersebut di Malaysia.


===========================================


Digital banks are coming. Are our local banks ready?

Are traditional banks ready for this new banking reality? In recent years, incumbent banks have had to grapple with diminishing return on equity and rising regulatory costs.

They now have to battle with a new breed of competitors that may or may not necessarily be subject to the same strict rules.

This new breed of banks has been sprouting up in the region, particularly China, and it is only a matter of time before they emerge on Malaysian shores.

A digital bank, sometimes known as a virtual bank, is one that does not have a physical presence but delivers products and services online and through mobile platforms. They include DBS Group’s digibank and Tencent’s WeBank.

Bank Negara Malaysia has already said it aims to come out with virtual bank licensing requirements by the end of this year.

Banks know what is coming, but are they doing enough? And do they want in on this new game of banks?

Ultimately, all eyes are on what Bank Negara’s guidelines will entail. For instance, will the digital banking playground be open for all to play or limited to just techs? Will digital banks operate on a level playing field as traditional banks? Will the same regulations be applicable to both?

While the industry awaits with bated breath for the licensing criteria, what is certain is that both banks and technology firms are eyeing the licences.

Regional tech giant Grab and at least four of seven banks that responded to questions from The Edge have signalled their interest in pursuing a digital licence in Malaysia.

Sumber : the edge markets
 
Grab, AirAsia antara syarikat mohon lesen bank digital

bnhtygbn_1579685424.jpg


SINGAPURA/KUALA LUMPUR: Grab, Razer, AirAsia, Axiata dan CIMB adalah antara syarikat yang memohon lesen perbankan digital di Malaysia, kata sumber kepada Reuters.

Beberapa syarikat ini sudah memulakan rundingan dengan penasihat bagi menerokan kemungkinan menceburi perbankan digital, kata individu yang rapat dengan perkara itu.

Di Asia, pengawal selia mula membuka pintu kepada peserta digital baharu, yang mendapat rangsangan daripada peningkatan sambungan mudah alih dan prospek firma teknologi menawarkan perkhidmatan kewangan kos rendah kerana tidak terganggu oleh keperluan membuka cawangan fizikal.

Singapura bulan ini menerima 21 permohonan bagi lima lesen bank digital.

Bulan lalu, bank pusat Malaysia mengumumkan rancangan untuk mengeluarkan sehingga lima lesen kepada bank dalam talian baharu menawarkan sama ada produk perbankan konvensional atau Islam di bawah rangka kerja pelesenan yang akan dimuktamadkan akhir Jun ini.

Malaysia mengutamakan pembida yang ekuitinya dikawal oleh syarikat tempatan.

Sumber berkata, Razer sedang berunding dengan sebuah konglomerat tempatan untuk memperoleh lesen bank digital di Malaysia.

Bank tempatan seperti Hong Leong Bank dan Maybank juga menimbang untuk membida lesen berkenaan, kata individu itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Razer Fintech, Lee Li Meng memberitahu Reuters syarikat itu mempunyai operasi meluas di Malaysia dalam sektor pembayaran digital dan akan menilai peliang perbankan digital.

Pilihan bagi Axiata pula adalah memohon melalui Axiata Digital Services, yang menempatkan semua unit digital kumpulan dan memiliki e-dompet Boost.

BigPay, unit perkhidmatan kewangan AirAsia, mengendalikan e-dompet yang didatangkan dengan kad prabayar.

Perkhidmatan e-dompet Ant Financial dan Touch n' Go adalah yang terbesar di Malaysia dengan 6.9 juta pengguna berdaftar.

CIMB, yang memiliki kepentingan majoriti dalam Touch n' Go, meneroka peluang membida lesen itu, kata sumber.

Axiata Digital berkata, ia sudah menyatakan minat terhadap perbankan digital.

Grab, AirAsia dan Maybank enggan mengulas. CIMB tidak memberikan maklum balas kepada pertanyaan Reuters, manakala Ant Financial berkata adalah terlalu awal untuk mengeluarkan kenyataan.

Di bawah draf cadangan, bank digital perlu menawarkan produk dan perkhidmatan bagi mengisi jurang dalam segmen ‘kurang diberikan perkhidmatan’ dan mengekalkan modal awal RM100 juta sebelum meningkatkannya kepada RM300 juta.

Sumber : BHOnline

Attachments

  • digital banking.jpg
    digital banking.jpg
    14 KB · Views: 404
Last edited:
Sponsored Post

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
55,336
Reaction score
4,507
Points
601
Perbankan maya kini beroperasi di Malaysia: Gabenor BNM

441539.jpg

Nor Shamsiah ketika sesi temu bual bersama wartawan Bernama di pejabatnya Bank Negara Malaysia baru-baru ini. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR - Perbankan maya sudah pun beroperasi di Malaysia walaupun rangka kerja pelesenan bank digital akan dikeluarkan bagi perundingan industri menjelang akhir tahun ini, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus.

Beliau berkata, tiada sebarang angka yang ditetapkan bagi pengeluaran lesen.

“Namun, apabila anda bercakap mengenai bank digital, ia mengenai ketidakhadiran secara fizikal (sepenuhnya). Bukan jenis fizikal. Semua perkhidmatan dan transaksi perbankan akan dilaksanakan menerusi Internet atau saluran elektronik berbentuk lain bukan melalui cawangan fizikal.

“Itulah perbezaannya. Rangka kerja berkenaan, yang kini sedang di peringkat untuk dimuktamadkan, akan menjadi keperluan pengawalseliaan BNM bagi pihak yang berminat untuk diberikan lesen.

“Bank-bank di Malaysia juga boleh menyertainya. Bank-bank ini sebenarnya sudah melaksanakan perbankan maya iaitu menerusi tawaran perbankan mudah alih dan e-dompet mereka,” katanya kepada Bernama dalam satu wawancara eksklusif.

Setakat ini, lebih 10 pihak telah menyatakan minat untuk menubuhkan bank maya di Malaysia.

Pada 2018, transaksi kewangan yang dijalankan menerusi saluran perbankan mudah alih melonjak lebih dua kali ganda kepada 257.4 juta transaksi bernilai RM100.1 bilion berbanding 107.7 juta transaksi dengan nilai RM50.7 bilion pada 2017.

Lonjakan itu disokong oleh peningkatan pelanggan secara berterusan kepada 6.6 juta pada 2018 daripada 4.4 juta pada 2017 bagi perkhidmatan perbankan mudah alih.

Menurut laporan tahunan BNM, bukan bank juga membuat peralihan ke arah segmen ini.

Aspek berkaitan pembayaran sentiasa menjadi titik awal yang lazim bagi bukan bank mula menawarkan perkhidmatan kewangan, dengan sesetengahnya beraspirasi untuk berkembang menjadi bank digital.

Daripada 49 pengeluar e-wang bukan bank di Malaysia, tiga daripada empat menawarkan penyelesaian pembayaran mudah alih.

Bukan bank berperanan penting dalam memacu aliran ini dengan menyumbang 88.4 peratus kepada jumlah transaksi berkenaan.

Menurut laporan, Boost, GrabPay dan Touch ‘n Go(TnG) merupakan antara e-dompet utama di Malaysia selain Lazada Wallet, Samsung Pay dan PayPal.

TnG, 52 peratus milik CIMB Group Holdings Bhd, mempunyai kira-kira 18 juta pengguna aktif di Malaysia manakala Boost mendakwa ia memiliki 4.4 juta penguna di Malaysia dan 90,000 ‘touchpoint’ peniaga. - Bernama

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/arti...-maya-kini-beroperasi-di-Malaysia-Gabenor-BNM
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
 

Ms Senorita

Active Member
Joined
Mar 31, 2014
Messages
1,640
Reaction score
325
Points
41
Kertas perundingan rangka kerja bank digital dikeluar akhir tahun ini

BANK Negara Malaysia (BNM) akan mengeluarkan draf pendedahan mengenai kertas perundingan untuk mendapatkan maklum balas berhubung rangka kerja bank digital menjelang akhir tahun ini, kata Gabenor BNM, Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus.

Kertas perundingan itu akan membolehkan bank pusat mengkaji semula dan mengetatkan rangka kerja sebelum ia dilaksanakan pada tahun hadapan.

“Ia akan siap pada akhir tahun ini,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Pameran Baharu Muzium dan Galeri Seni BNM di sini hari ini.

Bertemakan 'Demi Tanah Air: 60 Tahun sebagai Bank Pusat', ia disempurnakan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhun Tuanku Munawir.

Pengarah Jabatan Inovasi dan Pembangunan Kewangan BNM, Suhaimi Ali berkata, lebih 10 pihak telah menyatakan minat untuk menubuhkan bank digital di negara ini.

Menurutnya, mereka terdiri daripada gabungan pendatang baharu dan penggiat kewangan.

Rangka kerja itu bertujuan melindungi sistem dan memberi perkhidmatan kepada segmen yang tidak mendapat perkhidmatan seperti syarikat pemula niaga dan perusahaan mikro.

- Bernama
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
55,336
Reaction score
4,507
Points
601
Bank digital rancakkan persaingan, ubah landskap sektor perbankan

digital-banking_1_1577438007.jpg


KUALA LUMPUR: Penubuhan bank digital di negara ini dijangka tidak akan menjadi ancaman kepada operasi bank tradisional sedia ada, sebaliknya akan merancakkan lagi persaingan dan landskap industri perbankan tempatan, demikian kata penganalisis.

Malah, penubuhan bank digital, yang mana operasinya dijalankan sepenuhnya secara dalam talian itu adalah sejajar dengan langkah yang dilaksanakan negara lain seperti China, Korea, Singapura dan Hong Kong dengan memperkenalkan bank digital.

Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, pemberian lesen bank digital oleh Bank Negara Malaysia tentunya akan merancakkan lagi persaingan di dalam industri perbankan, yang mana persaingan itu datangnya dari sektor bukan tradisional.

Justeru, beliau berkata, institusi perbankan perlu merangka strategi perniagaan yang lebih jitu dengan mengambil kira faktor persaingan yang kian mencabar di samping keperluan untuk mematuhi keperluan perundangan yang ditetapkan oleh bank pusat.

Katanya, pemenang utama dalam perkara itu adalah pengguna kerana mereka mempunyai banyak pilihan dalam hal untuk menguruskan kewangan mereka.

“Mungkin juga ia boleh menjadi pemangkin kepada literasi kewangan kerana dengan adanya teknologi maklumat yang canggih, pengguna boleh mengakses maklumat bagi tujuan menguruskan kewangan mereka.

“Di sini peranan institusi perbankan dikembangkan lagi melalui penyediaan program atau khidmat nasihat bagi tujuan keperluan dan pengurusan kewangan peribadi,” katanya kepada BH bagi mengulas mengenai cadangan penubuhan bank digital di negara ini.

Sementara itu, Penganalisis HLIB Research, Chan Jit Hoong, berkata pihaknya berpandangan dengan kewujudan bank digital tidak akan menjadi ancaman utama kepada bank tradisional kerana bank berlesen yang beroperasi di negara ini sudah secara aktif melaksanakan transformasi digital bagi memantapkan lagi operasi mereka sejajar dengan perkembangan teknologi terkini.

Beliau berkata, berdasarkan pengalaman pengenalan bank digital di China dan Korea, pihaknya mendapati trajektori pertumbuhan deposit dan pinjaman kekal kukuh sementara marjin faedah bersih (NIM) kekal kukuh, sekali gus memperlihatkan bank digital bukan ancaman utama dan ia boleh beroperasi bersama secara harmoni dengan bank tradisional lain.

Bank Negara mengeluarkan Draf Dedahan Rangka Kerja Pelesenan Bank Digital, yang mana ia adalah sebahagian daripada langkah yang dilaksanakannya untuk membolehkan penggunaan teknologi yang inovatif dalam sektor kewangan.

Draf dedahan rangka kerja itu menggariskan rangka kerja yang dicadangkan bagi pelesenan bank digital yang menawarkan produk dan perkhidmatan perbankan untuk menangani jurang pasaran dalam segmen yang kurang, dan juga tidak mendapat perkhidmatan kewangan.

Bank digital perlu mematuhi keperluan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (FSA) atau Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA), termasuk keperluan berkaitan yang terdiri daripada standard kehematan, pengendalian perniagaan dan perlindungan pengguna, dan juga pencegahan pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan.

Bank Negara menetapkan had ke atas aset kumulatif yang boleh dijana bank digital tidak melebihi RM2 bilion pada tiga hingga lima tahun awal operasi.

 

Ms Senorita

Active Member
Joined
Mar 31, 2014
Messages
1,640
Reaction score
325
Points
41
BNM akan keluarkan sehingga lima lesen bank digital

BNM akan keluarkan sehingga lima lesen bank digital

BNM mengundang maklum balas secara bertulis terhadap draf dedahan ini, termasuk bidang-bidang yang memerlukan penjelasan lanjut atau cadangan alternatif yang boleh dipertimbangkan.

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengeluarkan sehingga lima lesen kepada pemohon yang layak untuk menubuhkan bank digital yang menjalankan urusan perbankan konvensional atau secara Islam di Malaysia.

Bank pusat hari ini mengeluarkan Draf Dedahan Rangka Kerja Pelesenan bank digital sebagai sebahagian daripada langkah yang dilaksanakan oleh bank itu untuk membolehkan penggunaan teknologi yang inovatif dalam sektor kewangan.

Dalam kenyataan hari ini BNM berkata draf dedahan itu menggariskan rangka kerja yang dicadangkan bagi pelesenan bank digital yang menawarkan produk dan perkhidmatan perbankan untuk menangani jurang pasaran dalam segmen kurang dan tidak mendapat perkhidmatan kewangan.

"Penubuhan bank digital ini dijangka dapat memberikan akses yang lebih bermakna kepada pengguna kewangan untuk mendapatkan solusi kewangan bersesuaian dan termampu serta menggalakkan penggunaan produk kewangan yang lebih bertanggungjawab," kata bank pusat.

Menurut BNM ia telah menerima pakai pendekatan yang seimbang untuk membolehkan kemasukan bank digital dengan tawaran nilai yang kukuh serta memelihara integriti dan kestabilan sistem kewangan serta menjaga kepentingan pendeposit, dengan mengambil kira bahawa bank digital sedemikian masih belum beroperasi dalam kitaran kewangan dan ekonomi sepenuhnya.

Bagi mencapai hasil yang dikehendaki, BNM berkata ia telah menetapkan had ke atas aset kumulatif yang boleh dijana tidak melebihi RM2 bilion pada tiga hingga lima tahun awal operasi.

"Tempoh yang ditetapkan berfungsi sebagai 'fasa asas' bagi bank digital berlesen untuk menunjukkan daya maju dan kekukuhan operasi mereka, manakala bagi bank, tempoh itu bertujuan memantau prestasi dan sebarang risiko yang mungkin timbul," katanya.

BNM berkata bank digital perlu mematuhi keperluan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (FSA) atau Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA), termasuk keperluan berkaitan yang terdiri daripada standard kehematan, pengendalian perniagaan dan perlindungan pengguna dan pencegahan pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan.

Sepanjang tempoh asas yang dinyatakan, ia berkata bank digital berlesen akan tertakluk kepada keperluan pengawalseliaan yang lebih mudah berkaitan dengan kecukupan modal, mudah tunai, ujian tekanan dan keperluan penzahiran awam.

"Berhubung dana modal minimum, bank digital perlu mengekalkan dana modal minimum yang tidak terjejas oleh kerugian sebanyak RM100 juta sepanjang tempoh fasa asas dan selepas tamat tempoh itu, jumlah yang ditetapkan adalah RM300 juta.

"Draf Dedahan ini akan dikeluarkan bersama-sama dengan "Application Procedures for New Licences under FSA and IFSA, dan Application Procedures for Acquisition of Interest in Shares and to be a Financial Holding Company" untuk memberikan penerangan yang lebih jelas mengenai prosedur dan kriteria yang ditetapkan dalam proses permohonan untuk menjadi pihak yang dilesenkan di bawah FSA dan IFSA," katanya.

Sehubungan itu, bank pusat mengundang maklum balas secara bertulis terhadap draf dedahan ini, termasuk bidang-bidang yang memerlukan penjelasan lanjut atau cadangan alternatif yang boleh dipertimbangkan.

Maklum balas bertulis perlu disokong oleh alasan yang jelas dan disertakan bukti atau ilustrasi untuk membolehkan pihak bank membuat penilaian dan dihantar selewat-lewatnya pada 28 Feb 2020 menerusi e-mel [email protected].

"Bank akan menilai semua maklum balas yang diterima dan akan memuktamadkan Dokumen Dasar pada separuh pertama 2020. Permohonan untuk mendapatkan lesen akan dibuka sebaik sahaja Dokumen Dasar dikeluarkan," katanya.

-- BERNAMA
 

Ms Senorita

Active Member
Joined
Mar 31, 2014
Messages
1,640
Reaction score
325
Points
41
Malaysia seen to be a fertile market for virtual banks

a man wearing a suit and tie


MALAYSIA looks to be a fertile market for virtual or ‘challenger’ banks, says PwC Malaysia, even as the central bank prepares to release its virtual banking licensing framework for industry consultation by the year-end.

“There’s a very good opportunity here for the challengers. But it’s not all doom and gloom for the incumbent banks as they can also take advantage of the opportunities that lie ahead,” Ong Ching Chuan, PwC’s financial services leader and assurance partner, tells The Edge in an interview.

According to PwC, the arrival of virtual banks, also known as digital banks, promises to be the biggest single disruption that the banking industry has seen in decades. These banks do not have a physical presence, but deliver products and services online or through mobile platforms.

A recent survey by PwC on banking customers in Malaysia, Singapore and Hong Kong — of just over 1,500 respondents in each of the markets — found that Malaysians were the most receptive to virtual banks.

Seventy-four per cent of respondents in Malaysia said they would be interested in becoming a customer of a virtual bank compared with 61% in Singapore and 56% in Hong Kong.

Additionally, Malaysians were the most open to sharing their data, with 64% saying they would share their personal data with a virtual bank as long as they feel confident that the data is secure, compared with 55% in Singapore and 47% in Hong Kong.

Malaysia also had the highest number of respondents interested in a better banking experience. Forty-five per cent are looking for a virtual bank to offer a better mobile and digital experience, compared with 40% in Singapore and 30% in Hong Kong.

In all three markets, interest in virtual banking is particularly strong among the 18-to-39-year-olds and the affluent.

“The surprising bit from the survey is, the tendency to switch from a conventional bank to a digital bank was highest from those aged 55 years and above,” says Kelvin Lee, financial services assurance partner at PwC Malaysia.

The survey found that those aged 55 and above are almost twice as likely than those between 18 and 24 to be interested in a virtual bank due to a bad experience with their current bank. This was also the case with those earning RM10,000 and above a month, compared with those earning between RM2,000 and RM3,500 a month.

These findings don’t necessarily have to spell bad news for incumbent banks that have no plans to pursue a virtual banking licence, says Ong.

“For the incumbents, it has to then be about how do you defend your position and offer a good experience to customers. At the end of the day, it is about customer experience ... and customer experience is more than just on the front-end; it’s also about efficiency and so on.

“Digitising your bank is one thing, but it also goes back to your customer value proposition. You need to think about what your customer actually wants rather than just pushing products. You need to study customer behaviour and know what they need ... it’s about lifestyle banking.

“For instance, if I don’t play golf, what’s the point of you offering me free golf membership and green fees as rewards? Some insurance companies are studying whether they can offer customers road tax depending on the driving pattern — like, if you seldom drive, you may not need to be offered insurance for the whole year, but only at the right time. These are powerful things [that banks can tap],”says Ong.

In the PwC survey, Malaysians (77%) seemed the most interested in their bank providing more than just financial services, compared with 66% in Singapore and 55% in Hong Kong.

They were also the most open to banks offering them lifestyle services. These include foreign exchange wallet accounts that can be used directly for transactions in foreign countries, healthcare and illness consultation, direct booking of hotel and flights through a banking app and online shopping platforms.

Lee notes, however, that in Malaysia, such distinctive digital and lifestyle services are not always easily available.

On a brighter note for incumbent banks, one in two respondents in Malaysia said they would choose the same bank that their employer uses for payroll while one in three would choose their bank based on brand reputation.

In Malaysia, most banks currently have a wait-and-see stance on whether they might want to pursue a virtual banking licence, says Lee. Non-banks that have indicated interest in the licences include regional technology giant Grab and telecommunications provider Axiata Group Bhd.

It is anticipated that Bank Negara Malaysia will open applications for the licences by the first half of 2020.

Hong Kong issued eight such licences this year, and the first virtual bank — by a consortium comprising Standard Chartered Bank and its non-bank partners — is expected to kick off operations early next year. Singapore announced in June that it plans to issue up to five digital bank licences and is accepting applications until the end of this year.

In Hong Kong, not long after the eight virtual banking licences were issued, HSBC — which did not pursue the licence — made a move to do away with minimum deposit-balance requirements and fees for personal accounts. Three million customers are expected to benefit from that move.

“You might see a similar impact in Malaysia when the same happens here,” Lee says.

Nevertheless, incumbent banks are expected to remain relatively protected in Malaysia.

“If a challenger were to come in and apply for the licence, let’s say a foreign player, Bank Negara will likely [assess them] based on what they can bring to the Malaysian market that the incumbent banks can’t. If a party can come in and offer products to the underserved market such as the bottom 40% income group ... those are the kind of things that Bank Negara will likely look at,” says Lee.

Meanwhile, all eyes are on the imminent guidelines to be issued by the central bank.

Sumber : the edge markets
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Nov 23, 2012
Messages
28,575
Reaction score
3,996
Points
236
23.01.2020 - Kuala Lumpur, Bank Negara Malaysia sebelum ini telah pun memperkatakan mereka sedang melihat kepada penawaran sehingga lima lesen untuk perkhidmatan bank digital di Malaysia. Selari dengannya, kini hadir laporan baru daripada Reuters, mengatakan beberapa pihak sedang melihat untuk mendapatkan lesen bank digital berkenaan.

Antara yang diperkatakan adalah Grab, Razer, AirAsia, Axiata dan juga CIMB.

Syarikat-syarikat ini juga sedia menawarkan perkhidmatan dompet digital mereka tersendiri. Jadi, ia bukan sesuatu yang mengejutkan untuk melihat permohonan perkhidmatan bank digital oleh mereka.

Dengan bank digital, ia akan memudahkan pengguna untuk membuka akaun bank terus melalui aplikasi tanpa ke lokasi fizikal, selain menguruskan akaun simpanan, membuat permohonan pinjaman, dan mengeluarkan wang dengan mudah.

459446.JPG


Berita asal https://www.theedgemarkets.com/article/grab-razer-airasia-among-firms-exploring-bids-malaysia-digital-bank-licence-—-sources
 

Ms Senorita

Active Member
Joined
Mar 31, 2014
Messages
1,640
Reaction score
325
Points
41
Grab, AirAsia antara syarikat mohon lesen bank digital

bnhtygbn_1579685424.jpg


SINGAPURA/KUALA LUMPUR: Grab, Razer, AirAsia, Axiata dan CIMB adalah antara syarikat yang memohon lesen perbankan digital di Malaysia, kata sumber kepada Reuters.

Beberapa syarikat ini sudah memulakan rundingan dengan penasihat bagi menerokan kemungkinan menceburi perbankan digital, kata individu yang rapat dengan perkara itu.

Di Asia, pengawal selia mula membuka pintu kepada peserta digital baharu, yang mendapat rangsangan daripada peningkatan sambungan mudah alih dan prospek firma teknologi menawarkan perkhidmatan kewangan kos rendah kerana tidak terganggu oleh keperluan membuka cawangan fizikal.

Singapura bulan ini menerima 21 permohonan bagi lima lesen bank digital.

Bulan lalu, bank pusat Malaysia mengumumkan rancangan untuk mengeluarkan sehingga lima lesen kepada bank dalam talian baharu menawarkan sama ada produk perbankan konvensional atau Islam di bawah rangka kerja pelesenan yang akan dimuktamadkan akhir Jun ini.

Malaysia mengutamakan pembida yang ekuitinya dikawal oleh syarikat tempatan.

Sumber berkata, Razer sedang berunding dengan sebuah konglomerat tempatan untuk memperoleh lesen bank digital di Malaysia.

Bank tempatan seperti Hong Leong Bank dan Maybank juga menimbang untuk membida lesen berkenaan, kata individu itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Razer Fintech, Lee Li Meng memberitahu Reuters syarikat itu mempunyai operasi meluas di Malaysia dalam sektor pembayaran digital dan akan menilai peliang perbankan digital.

Pilihan bagi Axiata pula adalah memohon melalui Axiata Digital Services, yang menempatkan semua unit digital kumpulan dan memiliki e-dompet Boost.

BigPay, unit perkhidmatan kewangan AirAsia, mengendalikan e-dompet yang didatangkan dengan kad prabayar.

Perkhidmatan e-dompet Ant Financial dan Touch n' Go adalah yang terbesar di Malaysia dengan 6.9 juta pengguna berdaftar.

CIMB, yang memiliki kepentingan majoriti dalam Touch n' Go, meneroka peluang membida lesen itu, kata sumber.

Axiata Digital berkata, ia sudah menyatakan minat terhadap perbankan digital.

Grab, AirAsia dan Maybank enggan mengulas. CIMB tidak memberikan maklum balas kepada pertanyaan Reuters, manakala Ant Financial berkata adalah terlalu awal untuk mengeluarkan kenyataan.

Di bawah draf cadangan, bank digital perlu menawarkan produk dan perkhidmatan bagi mengisi jurang dalam segmen ‘kurang diberikan perkhidmatan’ dan mengekalkan modal awal RM100 juta sebelum meningkatkannya kepada RM300 juta.

Sumber : BHOnline
 

Ms Senorita

Active Member
Joined
Mar 31, 2014
Messages
1,640
Reaction score
325
Points
41
Developments in online-only bank licensing in Asia

Internet_20200122211132_theedgemarkets.jpg


HONG KONG/SEOUL (Jan 22): Financial regulators across Asia are creating new rules for online-only banks, as they seek to shake up often staid markets, helped by technology companies which can operate at lower costs, without needing physical branches.

Below is snapshot of developments in the region.

In operation

South Korea led the way with special rules for online-only banks in Asia, licensing K bank, led by the country's largest telecom operator, KT Corp, in 2016, then Kakao Bank, operated by chat app operator Kakao Corp, in 2017.
The Financial Services Commission has also issued a third preliminary digital licence to a consortium led by Toss, a mobile money transfer app provider, and which includes the local subsidiary of Britain's Standard Chartered PLC (StanChart).


Licensed
Hong Kong issued eight online-only licences in 2018 from 33 applications. Licensees include Ant Financial — an affiliate of Chinese e-commerce leader Alibaba Group Holding Ltd — and consortia involving StanChart and Chinese social media and video game firm Tencent Holdings Ltd .

ZA Bank, run by a unit of China's ZhongAn Online P&C Insurance Co Ltd, has started trial operations, and up to four others are likely to follow suit early this year, the Hong Kong Monetary Authority said last week.
In Taiwan, online-only licences were awarded in July 2019 to consortia led by Chunghwa Telecom Co Ltd, Japanese e-commerce firm Rakuten Inc and Japan-based chat app operator LINE Corp - the latter of which included Taipei Fubon Commercial Bank Co Ltd and StanChart. The banks are set to start operations later this year.


Applied
Singapore in January said it had received 21 applications for five online-only bank licences on offer. Bidders in various groups include Singapore Telecommunications Ltd, ride-hailing firm Grab Holdings Inc, Ant Financial and Hong Kong-listed gaming firm Razer Inc.
The Monetary Authority of Singapore will issue up to two retail and three wholesale bank licences, with the winners — to be announced in June — starting operations from mid-2021.


Where next?
The central bank in Malaysia plans to issue up to five licences for either conventional or Islamic banking under a framework set to be finalised later this year.
Grab, Razer, AirAsia, telecoms firm Axiata and lender CIMB are among companies looking to apply, Reuters reported on Wednesday, citing sources .
China is also working to finalise its first rules covering the online-only bank sector, Reutersreported last week, citing people with direct knowledge of the matter.
The country already has four online-only banks including Tencent-backed WeBank and Alibaba offshoot MYbank, as well as AiBank, whose investors include search engine operator Baidu Inc and China Citic Bank Corp Ltd.

Sumber : the edge markets
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register