hiduprakyat
Legendary Member

- Messages
- 19,291
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 19,291
- Reaction score
- 1,342
- Points
- 201
Banjir kilat landa Shah Alam, Klang
Shah Alam: Hujan lebat mulai jam 3 petang hari ini mengakibatkan kejadian banjir kilat di beberapa kawasan sekitar Shah Alam dan Klang.
Gambar dan video kejadian banjir kilat yang menyebabkan beberapa jalan berdepan kesesakan lalu lintas apabila air melimpah ke jalan raya turut tular di media sosial.
Difahamkan antara lokasi yang dinaiki air adalah Padang Jawa, Jalan Kebun, Seksyen 7, Setia Alam dalam daerah Shah Alam manakala Sungai Bertih, Pelabuhan Klang dalam daerah Klang.
Turut tular video memaparkan kawasan Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Jawa yang turut dinaiki air.
Bagaimanapun sehingga jam 6 petang, hujan sudah berhenti dan banjir kilat mulai surut.
Menurut satu notis pemberitahuan di Facebook rasmi Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), penduduk Shah Alam dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati dan memantau kenaikan air di kawasan kediaman masing-masing berikutan hujan lebat berterusan.
"Patuhi arahan pihak berkuasa sekiranya diminta untuk berpindah di pusat penempatan sementara yang disediakan.
"Sebarang kecemasan atau bantuan segera akibat banjir di Shah Alam sila hubungi Pasukan PANTAS di talian 03-55105811," katanya.
Susulan banjir kilat di kawasan Padang Jawa, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Tiga, Danial Al-Rashid dalam hantaran di Facebook memaklumkan semua agensi akan dikerahkan bagi mengatasi masalah berulang di kawasan berkenaan.
Wartawan kini sedang mendapatkan maklumat lanjut daripada pihak berwajib.
Artikel
