BTC USD 105,383 Gold USD 3,231.69
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Banjir Kilat Landa Selangor, Negeri Sembilan

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
67,578
Joined
Nov 23, 2012
Messages
67,578
Reaction score
7,417
Points
916
Awards
1
17.04.2024 - Banjir kilat dilaporkan berlaku di beberapa kawasan di Selangor dan Negeri Sembilan hari ini berikutan hujan lebat. Di Selangor, banjir dilaporkan berlaku di Kampung Melayu Subang dan Kampung Kubu Gajah. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata banjir berpunca daripada limpahan air sungai. Anggota bomba telah dikerahkan ke kawasan terjejas namun tiada pemindahan dilakukan setakat ini.

974e3eb8a5b826d19cc84138252b644c.jpg


Banjir kilat turut dilaporkan berlaku di beberapa jalan di seluruh Lembah Klang. Sementara itu, banjir kilat turut melanda Seremban di Negeri Sembilan. KTM Berhad melaporkan stesen Serembannya turut terjejas, dengan air naik di atas landasan kereta api. Operasi kereta api juga ditangguhkan, dengan beberapa tren dijangka lambat selama 51 minit. Dalam perkembangan berkaitan, Sekretariat Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sembilan memaklumkan antara kawasan terjejas di Seremban ialah Kampung Ismail, Kampung Semarak, Blok B dan C Ampangan, Kampung Jiboi, Taman Happy, Kampung Batu 3 dan Kampung Kuala Sawah.

“Di Rembau, banjir kilat berlaku di Kampung Titian Bintangor. Setakat ini tiada pusat pemindahan sementara dibuka bagi menempatkan mangsa terjejas,” kata APM pada satu kenyataan.

Menurut sekretariat berkenaan trend air di beberapa kawasan juga ketika ini meningkat dan APM sedang melakukan pemantauan di kawasan berisiko.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/702651
 
Back
Top
Log in Register