BTC USD 49,010.3 Gold USD 1,843.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Banjir kilat di beberapa kawasan di ibu negara

hiduprakyat

Active+ Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
3,629
Reaction score
269
Points
51

13banjr_1618310752.jpg

KUALA LUMPUR: Kesesakan lalu lintas berlaku di sekitar ibu negara selepas beberapa lokasi dilanda banjir kilat akibat hujan lebat berterusan sejak 4.30 petang tadi.

Antara laluan yang dinaiki air ialah Jalan Kuching di Taman Wahyu menghala bulatan Batu Caves; Jalan Cheras di Cheras Sentral ke bulatan Billion dan kedua-dua arah Jalan Maharajalela berhampiran Stesen Monorail Maharajalela dan Jalan Raja Chulan.

Pemerhatian di laman sosial mendapati beberapa kawasan di Ampang dan Cheras turut dinaiki air.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata berlaku takungan air di beberapa kawasan sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas, namun setakat ini pihaknya tidak menerima laporan kecemasan susulan kejadian banjir kilat itu.

== bharian
 
Sponsored Post

hiduprakyat

Active+ Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
3,629
Reaction score
269
Points
51

Banjir kilat Lembah Klang berpunca masalah perparitan di tapak pembinaan - Lee Lam Thye

Banjir kilat Lembah Klang berpunca masalah perparitan di tapak pembinaan - Lee Lam Thye

KUALA LUMPUR: Tindakan drastik perlu diambil untuk menangani punca-punca banjir kilat yang berlaku di Lembah Klang yang boleh menyebabkan banyak kerosakan dan kemusnahan.

Pengerusi Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat Tan Sri Lee Lam Thye berkata, masalah banjir kilat menjejaskan kawasan kediaman dan komersil dan ia berterusan pada musim hujan.

"Salah satu punca utama banjir kilat adalah parit dan longkang yang tersumbat di sekitar tapak pembinaan bangunan dan sistem saluran perparitan yang lemah pada umumnya.

"Perangkap kelodak yang dibina di tapak projek tidak diselengara dengan baik dan mengakibatkan sedimen serta serpihan dari tapak pembinaan menyumbat saluran air yang berdekatan.

"Ini menyebabkan banjir kilat selepas hujan lebat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Lee menggesa pihak berkuasa supaya mengambil tindakan tegas terhadap kontraktor dan syarikat pembinaan yang tidak bertanggungjawab dan kurang mengambil perhatian terhadap perlindungan alam sekitar serta kesejahteraan masyarakat.

"Pihak berkuasa mesti bertindak terhadap mereka yang melanggar undang-undang kecil bangunan dan Akta Jalan dan Saliran bagi mengelakkan daripada kita mengalami lebih banyak kerosakan.

"Lebih banyak pemantauan tapak pembinaan perlu dijalankan oleh pihak berkuasa tempatan untuk memastikan pematuhan kepada Akta Jalan dan Saliran.

"Perlu ditekankan di sini bahawa walaupun kita memerlukan pembangunan untuk kemajuan, ia mesti dilaksanakan secara bertanggungjawab tanpa mengorbankan persekitaran," katanya.

== astro awani
 
puyol

CG Top Poster Club
Joined
Jun 28, 2011
Messages
23,470
Reaction score
2,357
Points
201

Kiri kanan sekarang jalan besar ni banyak kondo tinggi2 walaupun tanah sekangkang kera je. Macamana boleh lulus tu. Kawasan hijau pun makin kurang
 
hiduprakyat

Active+ Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
3,629
Reaction score
269
Points
51

Lima jam hadap kesesakan lalu lintas

WhatsApp-Image-2021-04-13-at-9.39.13-PM.jpeg

PETALING JAYA – Orang ramai terpaksa mengharung kesesakan jalan raya hampir lima jam ekoran banjir kilat melanda ibu negara, lewat petang tadi.

Pekerja swasta, Nazrul Hafizi Zakaria, 34, berkata, dia keluar dari pejabat di Jalan Raja Chulan sekitar pukul 4.30 petang dan waktu itu hujan lebat mula turun.

“Kurang setengah jam, air mula naik memenuhi jalan raya menyebabkan berlaku kesesakan lalu lintas yang teruk.

“Pada waktu itu saya cukup risau jika air terus naik dan menenggelamkan kereta. Nasib baik waktu itu air baru paras betis dan masih boleh dilalui,” ujarnya kepada Kosmo! sebentar tadi.

Menurutnya, dia bersyukur kerana berjaya keluar dari laluan berkenaan walaupun mengambil masa begitu lama dan sekali lagi berdepan kesesakan yang teruk di Lebuh Raya Persekutuan.

“Bayangkan sekitar pukul 9 malam, baru saya tiba di rumah di Shah Alam dan dapat berbuka puasa.

“Kejadian hari ini lebih teruk berbanding semalam. Mana-mana jalan sesak kerana banyak kawasan yang dinaiki air,” ujarnya.

Terdahulu, kesesakan lalu lintas berlaku di sekitar ibu negara selepas beberapa lokasi dilanda banjir kilat akibat hujan lebat berterusan sekitar pukul 4.30 petang tadi.

Antara laluan yang dinaiki air ialah Jalan Kuching di Taman Wahyu menghala Bulatan Batu Caves, Jalan Cheras di Cheras Sentral ke bulatan Billion dan kedua-dua arah Jalan Maharajalela berhampiran Stesen Monorail Maharajalela dan Jalan Raja Chulan.

Selain itu, kawasan Cheras dan Ampang juga turut terjejas.

== kosmo online
 
Sponsored Post

CG Sponsors

Top
Log in Register