Banjir di Jeddah: Pegawai Datuk Bandar antara ditahan

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
JEDDAH: Kira-kira 40 pegawai Arab Saudi dan kontraktor ditahan bagi membantu siasatan berhubung banjir 25 November lalu di Jeddah yang meragut 120 nyawa, menurut laporan media negara itu hari ini.

Saudi Gazette melaporkan lapan pegawai atasan pejabat Datuk Bandar Jeddah dibawa polis semalam bagi membolehkan penyiasatan peringkat awam dilaksanakan susulan kemarahan orang ramai berikutan bencana itu.

Antara mereka yang ditahan ialah pembantu kepada Datuk Bandar Jeddah, empat ketua jabatan dan bekas ketua bahagian projek bandar itu.

Ia susulan penahanan 30 atau lebih pegawai, juru runding dan kontraktor yang mana mereka akan dihadapkan ke jawatankuasa penyiasatan.

Jawatankuasa itu yang ditubuhkan atas arahan Raja Abdullah, diketuai Putera Khaled al-Faisal, Gabenor paling berkuasa di Makkah, termasuk Jeddah. - AFP
 
Sponsored Post

haudli

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jul 15, 2009
Messages
47,313
Reaction score
442
Points
136
kat sana pun xterlepas dr mkn suap...
 

atlantis

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Feb 3, 2008
Messages
35,221
Reaction score
767
Points
161
kalau kat sini, main tunjuk sana tunjuk sini. pehtu senyap
 

mojotudam

Active Member
Joined
Sep 3, 2008
Messages
1,160
Reaction score
0
Points
20
ada sahabat tuh kata arab saudi negara kaya..kalu negara kaya kenapa ada makan suap? :-?:-?
pasal dia kaya la makan bersuap. pasal dia buleh upah orang suapkan makanan dalam mulut dia :D
 

serban hitam

Active Member
Joined
Aug 14, 2009
Messages
1,147
Reaction score
147
Points
33
rasuah ini ada dimana mana..cuma diaorg lain sikit dgn kita...mereka tangkap ikan jerung malaysia tangkap ikan bilis sahaja ...itu bezanya mereka dgn kita
 
Sponsored Post
Top
Log in Register