banjir di Gaza

CG Sponsors




puyong

Super Active Member
Joined
Jan 29, 2007
Messages
6,474
Reaction score
15
Points
65
Banjir musnahkan berpuluh rumah dan ladang di Gaza
20/01/2010

GAZA CITY, 20 Jan. - Berpuluh buah rumah dan ladang di selatan Gaza City digenangi banjir ekoran hujan lebat yang melanda bahagian Asia Barat, kata para pegawai Palestin dan saksi semalam.

Menurut mereka, banjir telah merosak serta memusnahkan lebih 100 buah rumah puak Badui di kawasan pertanian tanah rendah Wadi Gaza yang sedang dalam proses pemindahan oleh kerajaan pemerintahan Hamas.

“Arus banjir kedengaran seperti pesawat terbang,” kata Murazaq Al-Razh, 38, yang terselamat selepas rumah dan sekumpulan 85 ekor kambingnya dihanyutkan arus banjir.

Datuk bandar kawasan berkenaan, Faiz Jarrada berkata, ia merupakan banjir terbesar sejak 27 tahun lalu.

“Jika tidak disebabkan mereka memiliki bot nelayan, berpuluh orang mungkin akan mati dihanyutkan arus banjir,” katanya.

Banjir besar menyebabkan jalan yang menghubungkan Gaza City ke selatan terputus dan jambatan di lebuh raya ditenggelami air sedalam tiga meter.

Di Israel, dua orang terbunuh selepas kereta yang dinaiki dihanyutkan arus banjir di selatan padang pasir Negev.

Manakala di Mesir, sekurang-kurangnya tujuh orang mati dihanyutkan banjir di semenanjung Sinai dan selatan negara tersebut kelmarin. - AFP

http://www.youtube.com/watch?v=wLWBJXIYWTI
 
Sponsored Post

belina

Active Member
Joined
Apr 29, 2009
Messages
1,264
Reaction score
2
Points
25
banjir...sana sini banjir..uhuhuhu
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,408
Reaction score
21,052
Points
1,671
krg ajar btol bukak empangan smpai banjir..dam..
 

AjuL

Super Active Member
Platinum Member
Joined
Jul 2, 2009
Messages
9,046
Reaction score
173
Points
73
***** betul israel ni...cilaka
 

AjuL

Super Active Member
Platinum Member
Joined
Jul 2, 2009
Messages
9,046
Reaction score
173
Points
73
***** betul israel ni...cilaka
 

dyla shahri

CG Top Poster Club
Joined
Dec 2, 2009
Messages
22,919
Reaction score
1,040
Points
191
banjir ni sbb hujan kan?
ker sebab israel yg hina lagi terkutuk tu?
konfius2
:-?:-?
 
Sponsored Post
Top
Log in Register