BTC USD 65,361.4 Gold USD 1,785.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Banjir besar akibat La Nina

eboss

CG Hardcore
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,895
Points
591
KUALA LUMPUR 6 Nov. - Banjir besar yang melanda Utara dan Pantai Timur Semenanjung berpunca daripada fenomena La Nina atau angin kencang dan hujan lebat yang membawa hujan melebihi keadaan biasa bagi tempoh empat bulan bermula November sehingga April tahun depan.

Menurut maklumat portal Jabatan Meteorologi Malaysia, sepanjang tempoh itu bahagian Utara Semenanjung dijangka kekal menerima hujan melebihi kadar purata.

''Keadaan La Nina berterusan dengan kawasan suhu permukaan laut di bawah paras purata berkembang di hampir keseluruhan Khatulistiwa Lautan Pasifik.

''Peningkatan aktiviti perolakan kekal di kawasan Indonesia dan Australia. Keadaan ini dikaitkan dengan peningkatan angin pasat timuran paras rendah dan peningkatan kelajuan angin barat di paras atas di bahagian barat dan tengah Khatulistiwa Pasifik,'' katanya dalam portal itu di alamat www.met. gov.my.

Semalam, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menyalahkan Projek Landasan Berkembar Elektrik (PLBE) di beberapa kawasan di negeri itu sebagai antara faktor yang memburukkan lagi keadaan banjir di negeri itu.

Dakwa beliau, limpahan air akibat banjir tidak dapat mengalir kerana di tapak projek tersebut tidak terdapat saluran air yang besar.
 

CG Sponsors




Top
Log in Register