BANGLO ISTANA Atas TASIK ini Rakyat yg bayar, Kroni UMNO Yg Sedap Duduk...Mana Aci..

CG Sponsors




jamtulenmurah

CG Top Poster Club
Joined
Mar 11, 2009
Messages
25,458
Reaction score
7,722
Points
316


lokasi:menara Maju Holdings Jln Tunku Abd Rahman,KL..:D


Gambar rumah dikeliling tasik tu adalah gambar Tokeh sebuah lebuhraya.

Kaya ..kaya kaya.. kita bayar Tol hari2 ,, ingatlah.. kita sedang bayar duit FREE kat cukong umno BN...

Sebelum gua dedah semua skandal melayu umno nih.. slow2 faham step by step..ok..

Tu la.. sokong lagi umno BN.. semua bagi kayakan kroni.. bukak kecik anak punya kaya ni..

Nah baca part 1.. undi BN.. Barang Naik.. padan mooka hangpa semua..






Selepas isu lembu yang menjadikan ramai orang Melayu diheret menjadi lembu dan isu Tajuddin Ramli yang 'dibebaskan' draipada hutangnya, kini timbul pula satu 'rahsia' baru yang didedahkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Persoalannya, apakah menjadi amalan biasa ahli perniagaan Bumiputera membuat keuntungan mudah dengan menjual sesuatu yang didapati daripada kerajaan?

Dan kenapa pula yang kaya dan TERPILIH melakukan perkara sebegini sedangkan ramai lagi Bumiputera yang berharap mendapatkan peluang seperti ini tetapi tidak mendapatnya?

Ramai yang mahukan geran kerajaan tetapi tidak berjaya tetapi pihak yang mendapatnya membuat keuntungan mudah.



Apakah ini akan menjadi satu lagi isu politik yang akan menyaksikan RAKYAT SEMAKIN BENCI KEPADA BARISAN NASIONAL?

Hari ini mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menuntut Tan Sri Abu Sahid Mohamed menjelaskan tindakannya menjual Lebuh raya Maju Expressway (MEX) kepada umum.

Ini kerana penjualan itu menyaksikan beliau memperolehi keuntungan. MEX yang 96.8 peratus milik Abu Sahid menguasai 91 peratus pegangan saham.

MEX adalah konsesi terbesar untuk lebuh raya 26km — menghubungkaan Kuala Lumpur ke Cyberjaya, dan Putrajaya.

Penjualan bernilai RM1.7 bilion bulan lalu menimbulkan tanda tanya terhadap perjanjian Abu Sahid Maju Holdings Sdn Bhd yang membuat keuntungan sebanyak RM660 juta dan RM1 bilion hanya selepas empat tahun beroperasi.

Pembinaan konsesi lebuh raya bernilai RM1.3 bilion itu dibuat atas geran daripada kerajaan bernilai RM976 juta. MEX siap dibina pada Disember 2007 dan mula beroperasi Januari berikutnya.

Bekas perdana menteri itu, yang masih lagi dilihat berpengaruh dalam kerajaan dan Umno berkata, Abu Sahid ada berjumpa untuk memberikan penjelasan kepada beliau.

"Beliau cuba memberi penjelasan kepada saya, tapi saya nasihatkan beliau untuk menjelaskan kepada umum kenapa lebuh raya itu dijual, dan kenapa beliau membuat keuntungan daripada kontrak kerajaan,” kata Dr Mahathir.

Bekas Perdana Menteri itu berkata: “Kamu jual milik kamu, bukan hak orang lain. Ia sama teruk seperti menjual permit untuk kereta import (AP).”

EP Manufacturing Berhad bulan lalu telah membuat perjanjian dengan Maju Holdings untuk memiliki Maju Expressway (MEX) pada harga RM1.15 bilion, dan dengan anggaran hutang sebanyak RM550 juta, jumlah perjanjian itu bernilai RM1.7 bilion.

Terdapat juga laporan Maju Holding telah memberikan projek pembinaan MEX kepada kumpulan Australia Leighton.

Berapa lamakah lagi isu-isu sebegini akan berterusan?

Tidakkah perbuatan seperti ini mencerminkan wujudnya pentadbiran yang PILIH KASIH dan menjadikan YANG KAYA SEMAKIN KAYA?

Apa benda skandal maju Holding? siapa cukong2 taiko kaya dalam Maju Holding?



Berikut adalah kenyataan media dari Rafizi Ramli..
Penjualan Lebuhraya Maju Expressway: Dana Rakyat RM976.7 Juta Perlu Dipulangkan Segera

Saya mengikuti dengan rapat penjualan konsesi Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya oleh Maju Holdings Sdn Bhd kepada EP Manufacturing Berhad dalam urusniaga yang dilaporkan bernilai RM1.7 bilion.

Ini menimbulkan keraguan serta merta memandangkan pembinaan lebuhraya tersebut menggunakan dana awam yang besar melalui geran kerajaan bernilai RM976.7 juta. Kos keseluruhan lebuhraya tersebut dianggarkan bernilai RM1.32 bilion dan sebahagian besarnya dibiayai oleh rakyat melalui geran RM976.7 juta yang diberikan kerajaan kepada Maju Holdings Sdn Bhd. Selain geran tersebut, saya menganggarkan suntikan dana yang dibuat oleh Maju Holdings Sdn Bhd hanyalah sekitar RM60 juta (iaitu 4.5% dari kos keseluruhan) kerana ia turut meminjam RM370 juta dari institusi kewangan.

Oleh yang demikian, penjualan berjumlah RM1.7 bilion ini akan memberi durian runtuh kepada Maju Holdings Sdn Bhd sekiranya geran oleh kerajaan berjumlah RM976.6 juta tidak dikembalikan. Jika ini berlaku, selepas membayar hutang institusi kewangan berjumlah RM370 juta, bermakna Maju Holdings Sdn Bhd bakal membuat keuntungan berjumlah sekitar RM1.33 bilion sedangkan modal pelaburannya dianggarkan RM60 juta sahaja.

Saya mendesak Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan mengesahkan sama ada Maju Holdings Sdn Bhd akan mengembalikan dana rakyat sejumlah RM976.7 juta itu, kerana jika tidak ia menimbulkan lebih banyak persoalan yang akan terus menaikkan kemarahan rakyat.

Jika keuntungan RM1.33 bilion itu disimpan oleh Maju Holdings Sdn Bhd, apakah perjanjian di antara Perdana Menteri dengan pemilik Maju Holdings Sdn Bhd yang diketahui umum penyokong kuat UMNO? Adakah wujud persefahaman agar keuntungan atas angin yang merampas dana rakyat itu akan disalurkan kembali kepada UMNO sebagai dana pilihanraya?

Sejak akhir-akhir ini, keghairahan Perdana Menteri meluluskan urusniaga melibatkan kroni UMNO/Barisan Nasional bernilai berbilion ringgit menguatkan syak wasangka rakyat bahawa harga yang tinggi yang dikenakan kroni merugikan rakyat. Tambahan pula, urusniaga dalam serba kerahsiaan dan tiadanya ketelusan boleh menguatkan lagi wasangka rakyat itu.

Penjualan konsesi lebuhraya ini adalah urusniaga yang kedua dalam masa sebulan yang membelakangkan kepentingan rakyat, selepas pembelian aset dan perniagaan Ananda Krishnan oleh dana 1MDB yang dikawal sepenuhnya Perdana Menteri berjumlah RM8 bilion, walaupun 1MDB tidak pernah ada sebarang pengalaman di dalam industri penjanaan tenaga.

Jumlah dana rakyat yang terlibat sebanyak RM976.6 juta itu adalah empat kali ganda lebih tinggi dari dana yang membabitkan NFC. Perdana Menteri mungkin berfikiran beliau boleh mendiamkan diri mengenai NFC, tetapi sudah tentu jumlah dana rakyat sebesar RM976.6 juta ini memerlukan jawapan dari beliau memandangkan urusniaga tersebut tidak boleh berlaku tanpa kelulusan beliau sendiri sebagai Menteri Kewangan.

MOHD RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi KEADILAN
18 Mac 2012 (dikeluarkan di Batu
Pahat)


Kebelakangan ini, ia telah menjadi tabiat Perdana Menteri untuk meluluskan urus niaga yang melibatkan kroni-kroni UMNO-Barisan Nasional (BN) yang bernilai berbilion ringgit, dan seterusnya ini telah mengukuhkan kebimbangan rakyat bahawa harga yang tinggi akan memberikan kesan perit kepada mereka.


Memburukkan lagi keadaan, kerahsiaan di mana semua urus niaga disembunyikan dan kekurangan ketelusan hanya menambahkan kecurigaan rakyat.

Penjualan konsesi lebuh raya ini adalah transaksi kedua pada bulan ini sahaja yang melibatkan penggunaan dana awam. Sebelum ini 1MDB membeli aset utiliti kuasa dari Kroni BN, Ananda Krishnan. 1MDB ini sudah tentu dikawal oleh Perdana Menteri, dan pembelian aset Ananda berjumlah RM8 bilion. Mengapa Najib sanggup untuk menghabiskan perbelanjaan yang begitu besar apabila 1MDB jelas kurang pengalaman dalam industri penjanaan kuasa?

Jumlah dana yang terlibat di sini ialah RM976.6 juta, yang merupakan empat kali lebih tinggi daripada yang NFC. Najib boleh berfikir bahawa dia boleh mengelakkan diri dengan kejatuhan NFC, tetapi perjanjian lebuh raya yang melibatkan jumlah dana awam yang besar akan memerlukan perhatian yang lebih mendalam dan Najib lebih baik bersedia untuk memberikan jawapan.

Secara ringkas apa yang perlu kita fahami dalam isu penjualan Lebuhraya Maju Expressway ini.

Kos keseluruhan pembinaan lebuhraya ini ialah RM1.32 Billion, bagi menampung sebahagian besar dari jumlah tersebut Kerajaan Malaysia telah memberikan geran yang sudah tentunya dari dana awam bernilai RM976.7 Juta kepada Maju Holdings Sdn Bhd.

Kekurangan dana bagi menampung kos pembinaan telah ditampung oleh Maju Holdings Sdn Bhd dengan menggunakan pinjaman dari bank yang berjumlah RM370 Juta.

Lebuhraya ini telah dijual pada harga RM1.7 Billion, oleh itu ini akan memberi durian runtuh kepada Maju Holdings Sdn Bhd sekiranya geran oleh kerajaan berjumlah RM976.6 juta tidak dikembalikan.

Jika ini berlaku,selepas membayar hutang institusi kewangan berjumlah RM370 juta,bermakna Maju Holdings Sdn Bhd bakal membuat keuntungan berjumlah sekitar RM1.33 bilion.

Apa yang aku nampak modalnya cuma air liur saja.. sebab RM976.7 Juta + RM370 Juta = RM1,346.7 Juta, dari jumlah ini terdapat lebihan RM26.7 Juta dari jumlah kos pembinaan yang berjumlah RM1,320 Juta..

Aku tak nampak pun ada modal dikeluarkan (betulkan kalau aku silap).. bestnya bussiness macam ni...

SUMBER 1

SUMBER 2



Rahsia Tan Sri Abu [Maju Holding] Kaya raya part 2 ~ lihat cara Umno rembat duit!

Wang rakyat yang diberikan kepada Maju Holdings Sdn Bhd untuk membina Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya sepanjang 26 kilometer yang dikenali sebagai Maju Expressway (MEX) mesti dikembalikan, kata pengarah strategi PKR Rafizi Ramli, berikutan penjualan konsesi itu kepada EP Manufacturing Berhad (EPMB) dengan nilai RM1.7 bilion.
Rafizi berkata dana awam yang besar melalui geran kerajaan bernilai RM976.7 juta telah diberikan kepada Maju Holdings semasa pembinaan MEX, sebelum projek itu siap dibina pada tahun 2007. Keseluruhan projek itu bernilai kira-kira RM1.32 bilion.

Akhbar The Edge, Jumaat lalu melaporkan bahawa EPMB akan membiayai pengambilalihan itu dengan menerbitkan sukuk RM1.2 bilion manakala bakinya pula akan diperoleh daripada pinjaman bank.

“Selain geran tersebut, saya menganggarkan suntikan dana yang dibuat oleh Maju Holdings Sdn Bhd hanyalah sekitar RM60 juta (iaitu 4.5 peratus dari kos keseluruhan) kerana ia turut meminjam RM370 juta dari institusi kewangan," kata Rafizi, dalam satu kenyataan.

Justeru, katanya, penjualan berjumlah RM1.7 bilion ini akan memberi durian runtuh kepada Maju Holdings Sdn Bhd sekiranya geran oleh kerajaan berjumlah RM976.6 juta tidak dikembalikan.
“Jika ini berlaku, selepas membayar hutang institusi kewangan berjumlah RM370 juta, bermakna Maju Holdings Sdn Bhd bakal membuat keuntungan berjumlah sekitar RM1.33 bilion sedangkan modal pelaburannya dianggarkan RM60 juta sahaja," kata Rafizi.

Sehubungan itu, menurut Rafizi, PKR mendesak Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan mengesahkan sama ada Maju Holdings Sdn Bhd akan mengembalikan dana rakyat sejumlah
RM976.7 juta itu, kerana jika tidak ia menimbulkan lebih banyak persoalan yang akan terus menaikkan kemarahan rakyat.



“Jika keuntungan RM1.33 bilion itu disimpan oleh Maju Holdings Sdn Bhd, apakah perjanjian di antara Perdana Menteri dengan pemilik Maju Holdings Sdn Bhd yang diketahui umum penyokong kuat Umno?
“Adakah wujud persefahaman agar keuntungan atas angin yang merampas dana rakyat itu akan disalurkan kembali kepada Umno sebagai dana pilihan raya?” soal pengarah strategi PKR itu lagi.


Katanya, keghairahan Perdana Menteri meluluskan urusniaga melibatkan kroni Umno/BN Nasional bernilai berbilion ringgit menguatkan syak wasangka rakyat bahawa harga yang tinggi yang dikenakan kroni merugikan rakyat.

Lebih-lebih lagi, tambah Rafizi, urusniaga dalam serba kerahsiaan dan tiadanya ketelusan boleh menguatkan lagi wasangka rakyat itu.



Penjualan konsesi lebuhraya ini adalah urusniaga yang kedua dalam masa sebulan yang didakwa membelakangkan kepentingan rakyat.
Kes pertama adalah semasa pembelian aset dan perniagaan Tan Sri Ananda Krishnan oleh dana 1MDB yang dikawal sepenuhnya perdana menteri berjumlah RM8 bilion, walaupun 1MDB tidak pernah ada sebarang pengalaman di dalam industri penjanaan tenaga.

“Perdana Menteri mungkin berfikiran beliau boleh mendiamkan diri mengenai NFC, tetapi sudah tentu jumlah dana rakyat sebesar RM976.6 juta ini memerlukan jawapan dari beliau memandangkan urusniaga tersebut tidak boleh berlaku tanpa kelulusan beliau sendiri sebagai Menteri Kewangan,” akhiri kenyataan Rafizi itu.




Rahsia Tan Sri Abu [Maju Holding] Kaya raya episod taikon bergaduh sesama taikon part 3


Pada 7 Jan 2001 Hartanah Taikon Tan Sri Abu diarah merobohkan pagar tembok. Masuk dalam media Utusan.Namun.. cuba lihat.. sampai hari ini.. tembok Berlin ini masih kekal..

Beranikah Taikon taikon ini melawan sesama sendiri? oh tidakk....

Baca sandiwara mereka melalui laporan utusan ni kat bawah...




KUALA LUMPUR 7 Jan. - Kerajaan akan memberikan notis 14 hari kepada Maju Holdings Sdn. Bhd. supaya merobohkan pagar tembok yang dibina di atas satu kawasan yang dipertikaikan, berhampiran Terminal Bersepadu Selatan-Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS) di sini.

Kawasan itu, yang didakwa tanah milik kerajaan sebelum ini dikatakan akan dijadikan kawasan rekreasi untuk penduduk Bandar Tasik Selatan.
Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, semua pagar tembok yang dibina atas tanah awam perlu dirobohkan dan semua halangan yang menutup laluan untuk orang awam ke kawasan awam harus dibuka.
Katanya, walaupun terdapat perubahan pada jenis pembangunan yang dibuat pada tanah itu, namun tempat rekreasi untuk penduduk setempat khususnya di Taman tasik Selatan akan diberi tumpuan.

"Kementerian tidak akan berganjak dengan keputusan kami iaitu kawasan tersebut akan diserahkan kepada kerajaan supaya dimajukan sebagai tempat rekreasi dan tidak boleh diserahkan semula kepada mana-mana pihak walaupun pada asalnya ia milik pihak tertentu.
"Ini kerana kerajaan telah meluluskan pembangunan yang dijalankan atas dasar tersebut iaitu kawasan untuk penduduk, tempat rekreasi dan tempat komersial," katanya.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan perbincangan dengan wakil penduduk Bandar Tasik Selatan dan wakil dari agensi kerajaan bersama pemaju dan operator bandar tersebut iaitu Maju Holdings Sdn. Bhd. semasa lawatannya di TBS-BTS di sini hari ini.

Turut hadir ialah, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Maju Holdings Sdn. Bhd., Tan Sri Abu Sahid Mohamed, Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), Datuk Sri Ali Hamsa dan Pengarah Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP), Datin Naemah Ramli.

Katanya lagi, pelan pembinaan banglo-banglo di atas tanah itu belum mendapat kelulusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Tambah beliau, hadangan yang menutup laluan orang awam perlu dibuang dan Maju Holdings mesti membuka jalan kepada awam.

Sebelum itu, suasana perbincangan agak hangat kerana wujud pertikaian dalam pemilikan tanah itu yang menyebabkan Abu Sahid bertindak keluar dari bilik mesyuarat.
Menurut Nong Chik, pelan pembinaan banglo-banglo milik Abu Sahid masih belum mendapat kelulusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Sementara itu, Abu Sahid dalam sidang akhbar berasingan pula berkata, tanah tersebut merupakan miliknya dan dakwaan bahawa beliau membina rumah secara haram seperti yang dilaporkan di dalam media sejak kebelakangan ini adalah tidak benar.
Beliau berkata, keseluruhan tanah di Bandar Tasik Selatan adalah milik beliau dan sudah dibelinya dari sektor persendirian sejak tahun 1989 lagi.

"Mengikut pembangunan yang dipersetujui sebelum ini adalah saya perlu menyediakan kawasan rekreasi jika membangunkan 2,033 unit pangsapuri di atas tanah itu. Namun saya telah menukar jenis pembangunan dan memajukan tanah tersebut dengan membina lima buah banglo.

"Mereka tidak boleh merobohkan pagar tembok tersebut kerana itu adalah tanah saya. Kalau pihak kerajaan akan memberi notis, saya akan terima dan berbincang dengan mereka mengenai perkara tersebut," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/inf..._Malaysia&sec=Kota&pg=wk_01.htm#ixzz2QIwXS88b
© Utusan Melayu (M) Bhd




Esok 14hb Bekas PM Ah jib dan kuncu kuncu nya akan merasmikan Terminal Bersepadu Selatan, Bandar Tasik selatan
TBS BTS. [Bandar Tasik Selatan]




Walhal TBS sudah lama siap dan beroperasi pada tahun 2011. Najib dan kuncu kuncu cuma care taker gov [kerajaan sementara], tapi buat perasmian. Lagi satu, TBS BTS adalah sebuah project gajah putih, konon nya meningkatkan dan memperbaiki sistem pengangkutan bas di malaysia, tapi berapa banyak bas yang ada kat sana?.

Project ni sebenarnya time zaman Tun Mahathir lagi. Dan project ni dapat pada kroni Mahathir iaitu Maju Holding sdn bhd yang diketuai oleh taikun judi dan samseng Tan Sri Abu Sahid.

Nilai project ni 570 juta, tapi cuma 350 juta diawardkan pada sub kontraktor ketika pembinaan iaitu LAL Engineering. Yang lain kena kebas oleh kroni.


Kenapa TBS baru nak rasmi?

Sebab Tan Sri Abu Sahih ni tak ngam dengan Najib, dia sangat rapat dengan Mahathir dan Nazri Aziz. Nazri aziz banyak kali datang melawat semasa dalam proses pembinaan dan tan sri tak layan menteri atau timbalan menteri lain untuk melawat TBS project.

Malah kedai kedai dalam TBS semuanya dimiliki oleh kroni Tan Sri Abu Sahid yang melibatkan anak sendiri, kaum kerabat.

Rumah Tan Sri Abu Sahid terletak disebelah dan berhampiran dgn TBS BTS, menggunakan tapak tanah yang sepatutnya digunakan untuk kemajuan penduduk bandar Tasik Selatan.




Ada satu, kawasan orang kaya, sebelah shell BTS dan Tekun. Shell, kawasan flat BTS dimiliki oleh Tan Sri Abu. Dulu ada kekecohan, orang ramai bangkit sebab Tan Sri Abu gunakan tapak tanah untuk buat banglo mewah, siap ada kandang kuda... maka Nong chik pun datang. [Rujuk part 3 disini] Nong chik bagi statement kat wartawan, kunta kinte kononnya akan robohkan pagar rumah Tan Sri Abu, (pagar 2 lapis) tapi rumah banglo tak roboh pun sampai ke hari ini.

Lebuhraya Maju MEX jugak dimiliki oleh Tan Sri Abu, tapi kerajaan dah beli. Selamatkan Tan Sri Abu dan Maju Holdings. Tapi sebabkan Tan Sri Abu tak ngam dengan Najib, Maju Holding dah hampir jadi Bungkus Holding.

Semua construction staff diberhentikan dan ada yang berhenti sukarela. Sekarag Tan Sri Abu tengah cuba berbaik baik dan bagi sokongan pada Najib. Tu pasal gambar najib banner terpanpang di maju tower, jalan TAR.



 
Last edited:
Sponsored Post

jamtulenmurah

CG Top Poster Club
Joined
Mar 11, 2009
Messages
25,458
Reaction score
7,722
Points
316




"Beliau (Tan Sri Abu Sahid) cuba memberi penjelasan kepada saya, tapi saya nasihatkan beliau untuk menjelaskan kepada umum kenapa lebuh raya itu dijual, dan kenapa beliau membuat keuntungan daripada kontrak kerajaan...Kamu jual milik kamu, bukan hak orang lain. Ia sama teruk seperti menjual permit untuk kereta import (AP).” - Tun Dr Mahathir Mohamad

 

jamtulenmurah

CG Top Poster Club
Joined
Mar 11, 2009
Messages
25,458
Reaction score
7,722
Points
316


Tan Sri Abu Sahid Mohamed yg kenyang makan percuma duit Rakyat RM1bilion......

Mana x senyum lebar Rakyat Sponsor Hidup dia 10 keturunan da ni.....
 

scharger101

Active+ Member
Joined
Oct 6, 2009
Messages
2,657
Reaction score
126
Points
33
pastu ade la melayu persoalkan,ngape persoalkan kroni melayu mcm ni atau bukhary,ngape x persoalkan kroni dari kalangan cina?? diorg lagi ramai ape billionair dari melayu??
 

cyborg

Active+ Member
Joined
Aug 14, 2008
Messages
4,573
Reaction score
97
Points
40
Rakyat marhain .. duduk atas flat & rumah teres je ...

Lepas tu ada macai persoalkan .... kalau kau miskin jangan salahkan ameno ..
 
Last edited:

arzaraza

Super Active Member
Joined
Sep 22, 2010
Messages
5,762
Reaction score
28
Points
70
aku tidak halalkan dia makan duit aku
 

jamtulenmurah

CG Top Poster Club
Joined
Mar 11, 2009
Messages
25,458
Reaction score
7,722
Points
316
pastu ade la melayu persoalkan,ngape persoalkan kroni melayu mcm ni atau bukhary,ngape x persoalkan kroni dari kalangan cina?? diorg lagi ramai ape billionair dari melayu??
TS Bukhari x boleh nak persoalkan sebab bisnes dia diversified banyak cabang....

Yg ni parasit tol memang patut dimaki sebab jual jalan bertol untung atas angin.......

RM1Bilion tu.......

Tak tau la kalau org Melayu tak mo sedar dan nak undi UMNO lagi.....

Selagi umno berkuasa selagi tu Melayu kena tindas.....rakyat Malaysia kena tindas....

Kalau ada 100 org mcm ni tak ke habis RM100 bilion mcm tu aje duit negara......
 

kopiais

Active Member
Joined
Nov 1, 2012
Messages
2,009
Reaction score
181
Points
33
xpelah..sekurang kurangnya dia melayu..aku berbangga ada di kalangan melayu kita ni kaya..aku xkaya xpe..asalkan dapat duit BR1M tiap2 tahun pun bersyukur, boleh la tampung hidup aku setahun..terima kasih najib..hidup melayu
 

puyol

CG Top Poster Club
Joined
Jun 28, 2011
Messages
22,131
Reaction score
2,083
Points
201
langgar je tol bila lalu MEX.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register