Yallah
Super Active Member
- Messages
- 7,224
- Joined
- Jun 21, 2021
- Messages
- 7,224
- Reaction score
- 988
- Points
- 121
Bangladesh tidak dapat tampung lagi pelarian Rohingya
September 9, 2024 @ 12:53amDHAKA: Dhaka mengulangi kenyataannya pada Ahad bahawa ia tidak dapat menampung sebarang kemasukan baharu pelarian Rohingya.
Justeru, Penasihat Kementerian Luar, Md Touhid Hossainia, menggesa negara dan pertubuhan yang mengesyorkan pengambilan selanjutnya supaya mereka turut berkongsi beban itu, menurut media tempatan, Bangladesh Sangbad Sangstha (BSS).
"Kami telah menjelaskan kepada Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) bahawa tidak mungkin kami menerima lebih ramai Rohingya," katanya kepada pemberita di Kementerian Luar.
Beliau berkata UNHCR meminta Bangladesh untuk melindungi pendatang baharu, yang kerajaan telah menolak dengan tegas.
Hossain berkata Bangladesh telah memberikan lebih banyak sokongan daripada jangkaan, menjadi tuan rumah kepada 1.2 juta Rohingya atas dasar kemanusiaan.
"Mereka yang datang kepada kami dengan nasihat atau mereka yang ingin menasihati kami - biarkan mereka mengambil pelarian Rohingya ini," katanya.
Penasihat itu juga berkata bahawa kerajaan sedang berusaha untuk menghalang kemasukan seterusnya pelarian Rohingya seboleh mungkin, walaupun usaha menutup sempadan dengan Myanmar sepenuhnya masih menjadi cabaran.
Pada 3 September, Hossain berkata kira-kira 8,000 pelarian Rohingya baru-baru ini memasuki Bangladesh, melarikan diri dari konflik bersenjata di Negeri Rakhine, Myanmar.
Hossain berkata sempadan Bangladesh dengan Myanmar telah ditutup tetapi mengakui kesukaran untuk mengawal sepenuhnya sempadan itu.
Sejak 25 Ogos 2017, Bangladesh telah menjadi tuan rumah kepada lebih sejuta orang Rohingya yang dipindahkan secara paksa ke Cox's Bazar.
Kebanyakan mereka tiba di sana selepas tindakan keras tentera Myanmar, yang digelar oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai 'contoh buku teks pembersihan etnik' dan lain-lain kumpulan hak asasi manusia menggelarkannya sebagai genosid.
Dalam tujuh tahun lalu, tiada seorang pun pelarian Rohingya pulang ke tanah air mereka.
Myanmar bersetuju menerima kepulangan Rohingya, tetapi percubaan penghantaran pulang telah gagal dua kali kerana kebimbangan orang Rohingya mengenai keselamatan nyawa mereka di Negeri Rakhine. - BERNAMA-