BTC USD 37,776.0 Gold USD 2,044.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

~~Bangladesh ikut Pakistan Sekat Facebook~~ Malaysia?

kozu

Legendary Member
gem
Messages
11,069
Joined
Apr 12, 2007
Messages
11,069
Reaction score
248
Points
133
Awards
1
sumber

DHAKA: Bangladesh menjadi negara Asia Selatan kedua selepas Pakistan, menyekat laman web sosial popular Facebook yang didakwa menghina Nabi Muhammad.

Ketua undang-undang telekomunikasi Bangladesh, Zia Ahmed berkata kelmarin, akses ke laman web itu kini disekat untuk sementara.
Beliau berkata, kerajaan sudah mengarahkan penyedia khidmat tempatan untuk menyekat kandungan laman web yang menimbulkan kontroversi, manakala akses ke Facebook akan terus disekat sehingga ia dihentikan.
Beribu-ribu umat Islam mengadakan tunjuk perasaan di Dhaka Jumaat lalu bagi membantah ‘kandungan menghina’ berikutan satu halaman dinamakan ‘Hari Melukis Muhammad’ yang menggalakkan pengguna mengirimkan lakaran mereka.

Sekatan itu mengecewakan sebilangan pengguna Facebook di Bangladesh yang dianggarkan berjumlah satu juta di negara yang mempunyai 150 juta penduduk itu.

“Kerajaan sepatutnya hanya menyekat halaman yang menimbulkan kemarahan itu dan bukan menyekat keseluruhan laman Facebook,” kata seorang pengguna, Farzan Hasan.

Pakistan menyekat laman Facebook 19 Mei lalu, selepas menerima arahan dari mahkamah dan akan membuat penilaian semula esok sama ada untuk meneruskan sekatan atau membenarkan ia dilayari semula. – AP
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register