BTC USD 33,393.1 Gold USD 1,779.72
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Bangla Cetak Rompak Baju Semboyan, Yusuf Azmi dan Abang Ali ditahan polis

Sponsored Post

no trade

Super Active Member
Joined
May 16, 2008
Messages
8,922
Reaction score
328
Points
96
kena ke? Yusof ada pattern kan semboyan? kalau x pattern apa hak dia nk halang orang jual?? sini pn dah konfius
Apa hak tu nak bai tu nak berniaga? Ada lesen ke? Kalau takde lesen boleh kena tangkap tak?
 

akiyamasan

Active+ Member
Joined
Mar 10, 2011
Messages
3,772
Reaction score
915
Points
81
gagah dan berani??
serius la

gagah dan berani dgn bangla boleh la..

mcm kes bodygiard kene pukul tu...mmg betul tindakan diorang
buat report, support bodygiard tu

jual baju cetak rompak,??brp ramai yg jual
yg supply kat bangla ni siapa? rasanya orang malaysia juga? tak mungkin bangla tu ada kedai prinitng baju
patut slow2 skit..slow talk bangla tu..siapa bos dia? siapa yang suruh dia jual baju tu?
baju ni ada pattern mana mana pihak ke?

datang 6 orang..terus sepak..pukul bangla tu
kesian aku tgk

ramai lagi orang jual cetak rompak
chow kit..petaling street...pasar malam
Aku cakap diaorang dari segi keseluruhan

bukan dari sisi kes ni

rujukan sumbangan diaorang yang2 lepas2
 

aim02Aug

Super Active Member
Joined
Sep 5, 2011
Messages
7,395
Reaction score
890
Points
121
bangla tu saman papagomo eh?

hrp kes ni xla kene berat2 ngan geng2 semboyan tu

hrp melayu2 yg suke hentam2 yusuf azmi ni sedar sket paling2 pon org tula yg tlg ramai melayu2 x bijak lain kene scam ah long ngan program2 haram

nk hrp melayu lain masing2 pentingkn dr sndr jer
1 penting diri sendiri

ke2 penakut dgn pendatang
 

aim02Aug

Super Active Member
Joined
Sep 5, 2011
Messages
7,395
Reaction score
890
Points
121
Dengar cite dah bebas semalam bos...
Den baca tajuk je la, isi belum baca lagi...
Nnti free2 baru baca....

Hrap geng semboyan ni lebih hati2 dgn video yg nk masuk kat Internet...
Tk tau la kalo ade barua lak kat dlm geng tu...
Den doa yg baik2 je la...
biasanya mmg masuk internet

coz diorg nk war-warkan aktiviti benteras scammers

tp silap kali ni terkasar plk

tp kalo kita pon geram kalo kena, tu nasib baik Yusuf bg penampo manje je
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
32,914
Reaction score
1,886
Points
201
biasanya mmg masuk internet

coz diorg nk war-warkan aktiviti benteras scammers

tp silap kali ni terkasar plk

tp kalo kita pon geram kalo kena, tu nasib baik Yusuf bg penampo manje je

Tak rase yusof azmi tak sengaja.. aku rasa dianorg da tau ape akan jadi klu live.. biasa la klu takut ombak jgn berumah di tepi pantai kan.. yusof azmi da well prepare da semua ni.. pengajaran dia dpt kt ppim sebelum ni pon da cukup bagi dia nak berhadapan setiap perkara
 

ViperX

Active+ Member
Joined
Oct 10, 2016
Messages
4,913
Reaction score
646
Points
81
ni kalau company adidas, nike, gucci,lv,prada,arai dan seangkatannya upah yusuf azmi gitampar pencetak rompak d stiap plusuk malaysia ni, masyukkk ooo...
 

cotek21

Fun Poster
Joined
Dec 28, 2020
Messages
186
Reaction score
67
Points
30
ni kalau company adidas, nike, gucci,lv,prada,arai dan seangkatannya upah yusuf azmi gitampar pencetak rompak d stiap plusuk malaysia ni, masyukkk ooo...

Ko nk berkenalan dgn yusof azmi ke?
Nak aku perkenalkan pun boleh je
 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
15,872
Reaction score
2,453
Points
201

Surat terbuka buat kekanda Yusuf Azmi​

May 6, 2021

https://www.facebook.com/sharer.php.../05/06/surat-terbuka-buat-kekanda-yusuf-azmi/
https://twitter.com/intent/tweet?te...a-buat-kekanda-yusuf-azmi/&via=harakahdailyHD
https://carigold.com/forum/whatsapp.../05/06/surat-terbuka-buat-kekanda-yusuf-azmi/
https://www.linkedin.com/shareArtic.../&title=Surat+terbuka+buat+kekanda+Yusuf+Azmi
https://harakahdaily.net/index.php/2021/05/06/surat-terbuka-buat-kekanda-yusuf-azmi/#
https://telegram.me/share/url?url=h...i/&text=Surat+terbuka+buat+kekanda+Yusuf+Azmi
IMG-20210506-WA0037-696x391.jpg

KE HADAPAN kekanda Yusuf Azmi,

Saya teringat semasa berada di universiti saya ke pondok Baitul Qurra’ di Melaka untuk menadah sedikit ilmu bersama Tuan Guru Zulkifli Ismail. Tuan Guru Zulkifli (TG) kalau yang pernah berguru dengannya akan tahu bahawa beliau sangat berlemah-lembut tetapi bila naik marah, boleh kecut perut dibuatnya.

Satu malam, kami balik dari kuliah di sebuah surau dan beliau memandu kereta. Tiba-tiba sebuah kereta lain memotong kereta TG dengan tergesa-gesa dan laju sehingga menyebabkan kereta TG hampir hilang kawalan. Muka TG merah menyala dan beliau memecut keretanya dengan laju, cuba untuk mengejar kenderaan pemandu biadab tadi.
Advertisement
Sampai di sebuah persimpangan, kenderaan tadi hilang daripada pandangan dan TG terpaksa mematahkan niatnya mengejar pemandu tersebut. Beliau memandang ke arah saya yang nampak kaget dengan perubahan mengejut pada perwatakan beliau, lalu beliau menyebutkan:
“Dalam perwatakan kita sebagai Muslim kita tak boleh hanya ada watak Abu Bakar yang lemah-lembut dan cepat menangis. Kita kena ada juga perwatakan Umar yang garang sampaikan musuh takut untuk memijak kita.”
Saya mengangguk faham.
Saya mengikuti perjuangan tuan sejak awal, bagaimana tuan bersuara terhadap penipuan syarikat pinjaman Along, menentang penghinaan ke atas agama dan Rasul sehingga ke isu mutakhir berdepan scam baju Semboyan.
Jujurnya saya berbangga kerana akhirnya umat punya suara yang mempertahankan hak mereka yang dizalimi dan mendukung perjuangan pihak yang cuba bermain api. Kalau saya berada di Malaysia barangkali saya akan berada bersama tuan berdepan musuh-musuh agama dan mereka yang cuba menjolok sarang tebuan ini.
Tetapi insiden mutakhir yang berlaku melibatkan pemuda berbangsa asing dalam scam baju palsu Semboyan agak mengejutkan. Video yang tular menunjukkan bagaimana pemuda tersebut ditampar dan ditumbuk kerana cuba berdalih dan menipu, amat tidak menyenangkan untuk ditonton. Negara kita masih punya undang-undang dan penyelesaian dengan mengakibatkan kesakitan fizikal adalah tidak wajar, lebih-lebih lagi ke atas saudara se-Islam dengan apa sebab sekali pun.
Tuan ternyata adalah teladan kepada golongan muda Islam yang sedang mencari contoh dan pedoman, justeru setiap tindakan perlu diukur dan dinilai dengan teliti sebelum diambil. Mudah-mudahan apabila pulang ke Malaysia kelak akan ada peluang untuk kita duduk semeja membincangkan agenda ummah bersama-sama.
Yang ikhlas menegur,
NADIR AL-NURI,
Saudaramu di Gaza yang setiap hari berdepan kezaliman tentera Zionis.

p/s: Kalau Abang Ali lapang nak jemput ke Gaza, rasanya terkencing dalam seluar juga puak Zionis ini kalau tengok Abang Ali mendengus. HARAKAHDAILY 6/5/2021
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register