BTC USD 49,082.8 Gold USD 1,783.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bangkai kapal perang dunia kedua ditemui

eboss

CG Hardcore
Messages
85,652
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,895
Points
591
lu_11.1.jpg

Kapal hospital AHS Centaur iaitu kapal hospital yang diletupkan oleh peluru torpedo kapal selam Jepun semasa Perang Dunia Kedua di pantai timur Australia. - AGENSI​

SYDNEY 20 Dis. – Pasukan pencarian dasar laut hari ini menemui bangkai sebuah kapal hospital yang diletupkan oleh peluru torpedo kapal selam Jepun semasa Perang Dunia Kedua di pantai timur Australia.

Kapal AHS Centaur karam pada 14 Mei 1943 dan mengorbankan 64 daripada keseluruhan 332 orang di atas kapal tersebut.

Pencarian yang ditumpukan kepada kawasan perairan bandar raya Brisbane di Queensland, menemui bangkai kapal itu pada kedalaman dua kilometer di bawah aras laut.

Bulan depan, sebuah kenderaan dasar laut kawalan jauh yang dilengkapi dengan kamera definisi tinggi akan digunakan untuk merakamkan keadaan kapal tersebut, kata Ketua Menteri Queensland, Anna Bligh.

“Penemuan AHS Centaur memberi peluang kepada rakyat Australia mengenalinya dan memperingati kesemua 268 jururawat dan krew yang terkorban dalam perkhidmatan mereka kepada negara.

“Saya harap dengan penemuan ini, keluarga dan rakan taulan mereka yang terkorban berasa lega,” kata Timbalan Perdana Menteri, Julia Gillard dalam satu kenyataan.

Dalam pengumuman mengena misi pencarian dasar laut itu bulan lalu, Perdana Menteri, Kevin Rudd menyatakan bahawa kehilangan Centaur ‘menimbulkan kesedihan yang amat sangat pada negara dan menjadi simbol keazaman menentang musuh ganas’.

Pada tahun 2008, pasukan pencarian dasar laut menemui bangkai kapal HMAS Sydney II di perairan barat Australia.

Kapal itu yang menjadi kebanggaan tentera laut Australia, karam pada tahun 1941 dan mengorbankan 645 nyawa selepas pertempuran dengan kapal perang Kormoran milik Jerman. – AFP
 
Sponsored Post

astrowan

CG Top Poster Club
Messages
22,317
Joined
Aug 26, 2009
Messages
22,317
Reaction score
249
Points
138
bagus2...............

semua dah jumpa..............................
 

NEMO

CG Super Hardcore Club
Messages
109,190
Paid Membership
Joined
Jan 13, 2007
Messages
109,190
Reaction score
1,043
Points
1,101
xsabar nak tunggu dokumentari ni
 

g r a n p a

Super Active Member
Messages
5,120
Joined
Feb 15, 2008
Messages
5,120
Reaction score
44
Points
70
berhantu tak agak2 nye...eee...takut...#:-S
 

fix90

Active Member
Messages
2,167
Joined
Mar 19, 2009
Messages
2,167
Reaction score
11
Points
25
korek..korek..korek...sume kompem jumpa..macam2 ada
 

DUNHILL20

Active Member
Messages
1,315
Joined
Jan 14, 2009
Messages
1,315
Reaction score
37
Points
30
Ni diorang nak naikkan ke kapal dalam laut tu?
bio jela jadi tukun ikan...
 

otaida00taj

Legendary Member
Messages
10,653
Joined
Apr 4, 2007
Messages
10,653
Reaction score
100
Points
123
sudah setahun jumpa rupanya...
mula² cakap 64 orang je yang terkorban, lepas tu 268. mana satu betul nie.
 

atlantis

CG Top Poster Club
Messages
35,221
Paid Membership
Joined
Feb 3, 2008
Messages
35,221
Reaction score
767
Points
161
yg malaysia punya wat tukun tu sok naikkan balek.

penemuan terhebat dlm sejarah
 

qba437

CG Top Poster Club
Messages
32,537
Joined
Oct 20, 2008
Messages
32,537
Reaction score
92
Points
120
sudah setahun jumpa rupanya...
mula² cakap 64 orang je yang terkorban, lepas tu 268. mana satu betul nie.

bukan ke 268+64=332..iaitu jumlah jururawat dalam kapal tuh..:-?
 
Sponsored Post
Top
Log in Register