Bangga..(dato lee chong wei)

CG Sponsors

mellina

Fun Poster
Joined
Oct 13, 2008
Messages
170
Reaction score
12
Points
15
TAHUN baru bakal menjelang tidak lama lagi.
Pastinya, jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mencongak strategi baru bagi menghadapi musim 2009.

Selepas gah mengakhiri musim 2008 selaku pemain No. 1 dunia, Chong Wei sudah pasti menanam azam baru menjelang tahun 2009.

Kejayaan menjuarai Kejohanan Badminton Masters Final 2008 di Kota Kinabalu, Sabah kelmarin dianggap azimat terbaik buat Chong Wei untuk melakar lebih banyak kejayaan tahun depan.

"Pelbagai peristiwa yang saya lalui musim ini dan kegagalan meraih pingat emas pada Sukan Olimpik Beijing Ogos lalu meninggalkan kesan mendalam terhadap diri saya.

"Apa pun, saya ambil positif mengenai perkara itu dan saya jadikan ia bekalan dan pengalaman saya bagi aksi akan datang," kata Chong Wei kepada Kosmo! semalam.

Hakikatnya, Chong Wei enggan menoleh ke belakang lagi, sebaliknya dia mahu memburu trofi Kejohanan Dunia serta Seluruh England sebagai sasaran utama tahun depan.

"Selain itu, saya mahu kekalkan kedudukan saya sebagai pemain No. 1 dunia dalam tempoh yang panjang," jelasnya.

Mengulas lanjut kejayaannya kelmarin, Chong Wei berkata, ia adalah hasil kritikan yang diterimanya selama ini sehingga membolehkan dia kembali menjejak podium utama.

"Sejak saya dinobatkan sebagai pemain No. 1 dunia, ini merupakan kemenangan pertama saya.

"Saya amat gembira dengan kemenangan ini dan ia amat bermakna untuk saya.

"Saya harap ia serba sedikit dapat menyangkal pelbagai kritikan yang saya terima sebelum ini," katanya.

Chong Wei menambah, meskipun bergelar juara, dia pasti masih ada pihak yang mahu mempertikaikan kejayaannya itu.

Chong Wei dikatakan bernasib baik untuk muncul juara kerana pemain China khususnya musuh tradisinya, Lin Dan tidak beraksi.

"Saya akui agak sukar bergelar yang terbaik kerana kita bukan sahaja perlu bekerja keras, malah perlu sempurna dalam setiap perkara yang dilakukan.

"Saya berusaha untuk meraih kemenangan ini dan ia tidak mudah seperti yang diperkatakan. Apa pun saya akan melipat gandakan usaha saya selepas ini," jelas Chong Wei.

Untuk rekod, Chong Wei berjaya menjuarai Terbuka Malaysia dan Terbuka Singapura dalam saingan Siri Super musim ini.

kejayaan yg membanggakan..xde pun ahli cg nak tread menda ni kat cni..hehehehejgn marah..saja nak berkongsi dgn ahli cg tntg DATO LEE CHONG WEI
:)cgrock:)cgrock
 
Sponsored Post

reeez80

Legendary Member
Joined
Apr 10, 2007
Messages
14,659
Reaction score
5
Points
115

kena usaha lagi.. memang nampak mudah kemenangan kat masters tempoh hari... tapi semua player cina tak main... kita amik peluang tu untuk menang tapi kita tak tau di mana garis ukur pencapaian kita sebenarnya....
 
AILA2002

Super Active Member
Joined
Mar 11, 2008
Messages
8,094
Reaction score
326
Points
81
menang mudah....bagi aku terlalu muda utk diagungkan dan terlalu belia utk sebarang gelaran....
 
orange76

Super Active Member
Joined
Aug 12, 2008
Messages
6,658
Reaction score
5
Points
65
blum jadi legend dh dpt datuk...ngan Lin Dan pun x leh gigit...Nicol David gak :)cgrock:)cgrock
 
janggut_X

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Oct 23, 2008
Messages
57,870
Reaction score
73
Points
520
eden banggo dongan tahap permainan dio main ari tu tahniah lah eden ucapkan sobab eden pun wargonegaro malaysia.tapi eden nak dio kalah kan lin dang pasni.
 
thereds

Super Active Member
Joined
Dec 22, 2006
Messages
5,329
Reaction score
3
Points
65
masih jauh lagi kalau nak dibandingkan dgn nicol david.
lagipun ari tu player cina x main..
boleh la..
 
mellina

Fun Poster
Joined
Oct 13, 2008
Messages
170
Reaction score
12
Points
15
jgn la jatuh kan semangat die...xelok..kte gak kne bg semangat..dalam byak2 pemain sport malaysia ni leechong wei paling nampak bersemangat tau...doa la rmi lagi atlit cam die lebih2 lg melayu...
 
janggut_X

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Oct 23, 2008
Messages
57,870
Reaction score
73
Points
520
tahniah la cong wei sobab monang malaysia open,kalau ekau kalah semifinal kompem eden tak dtg kek stadium time final.sib baik ekau monang yo..tahniah.tahniah.kipidap...hilang soro eden sorak kek ekau..tak nak ekau baling raket bilo monang.ciss!
 
m.k.a

Fun Poster
Joined
Oct 28, 2008
Messages
518
Reaction score
0
Points
10
masih jauh lagi kalau nak dibandingkan dgn nicol david.
lagipun ari tu player cina x main..
boleh la..
Kejohanan Masters n terbuka malaysia sebenarnya bukan ujian sebenar, sebab takde player cina
 
janggut_X

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Oct 23, 2008
Messages
57,870
Reaction score
73
Points
520
Kejohanan Masters n terbuka malaysia sebenarnya bukan ujian sebenar, sebab takde player cina
boto tu,tapi kiro eden banggo gak la ngan dio.sobab kek malaysia ni lum ado yang boleh beat dio or gantikan dio jiko besaro nanti..byk games asik dio jo wakil tunggal..buek maso skang ni,leh ar kito banggokan..sok sok tak tau la eden.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register