BTC USD 98,049.1 Gold USD 2,656.34
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Banduan warga China fasih berbahasa Melayu lega terlepas tali gantung

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
56,515
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
56,515
Reaction score
6,645
Points
881
Awards
1
Banduan warga China fasih berbahasa Melayu lega terlepas tali gantung

ASYIKIN ASMIN
Jenny ketika ditemui pemberita selepas menerima hadiah pertandingan melukis pada Majlis Majlis Perasmian Penutupan Program Psiko Pendidikan Kaunseling Kerjaya Penghuni Penjara Wanita Peringkat Zon Sabah Tahun 2024 di Dewan Raflesia, Penjara Wanita Kota Kinabalu (PWKK).
Jenny ketika ditemui pemberita selepas menerima hadiah pertandingan melukis pada Majlis Majlis Perasmian Penutupan Program Psiko Pendidikan Kaunseling Kerjaya Penghuni Penjara Wanita Peringkat Zon Sabah Tahun 2024 di Dewan Raflesia, Penjara Wanita Kota Kinabalu (PWKK).
KOTA KINABALU - Hasrat seorang wanita warga China mahu mengubah nasib keluarga dengan datang ke Malaysia untuk mendapatkan pekerjaan bersama tawaran gaji lumayan berakhir dengan mimpi buruk apabila dia dijatuhkan hukuman gantung sampai mati kerana membawa dadah sebanyak empat kilogram pada tahun 2014.

Bagaimanapun, banduan akhir Jenny (bukan nama sebenar), 34, yang sudah menjalani hukuman penjara selama 10 tahun berjaya dalam rayuannya dan terlepas daripada tali gantung serta digantikan dengan penjara yang dijangka akan selesai pada tahun 2034.

Jenny yang kini fasih berbahasa Melayu berkata, lega kerana diberi peluang dan hanya perlu menjalani 10 tahun lagi baki hukuman penjara.

" Awalnya saya diberikan hukuman gantung sampai mati, memang sedih dan menangis. Tetapi selepas rayuan diterima, saya menangis sebagai tanda kesyukuran.

"Saya maklumkan kepada keluarga bahawa saya terlepas daripada hukuman gantung dan mereka berharap saya dapat kembali segera ke pangkuan mereka," katanya pada Jumaat.

Jenny berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menerima hadiah pertandingan melukis pada Majlis Perasmian Penutupan Program Psiko Pendidikan Kaunseling Kerjaya Penghuni Penjara Wanita Peringkat Zon Sabah Tahun 2024 di Dewan Raflesia, Penjara Wanita Kota Kinabalu (PWKK), di sini.

Diminta imbas kembali bagaimana boleh berada di tirai besi, Jenny berkata, sebelum ini dia bekerja di sebuah kilang di Hong Kong namun ada rakan menjanjikan pekerjaan di Malaysia.

"Saya yang mahu mengubah nasib keluarga termakan pujukan rakan dan pada hari kejadian, saya bersama dua lagi rakan lain telah tiba di sini (Sabah).

"Tetapi kami ditahan apabila dadah ditemui di bawah baju dalam bagasi yang dibawa. Saya tidak menyangka rakan yang menjanjikan pekerjaan telah menganiaya saya sehingga membawa kepada hukuman mati di sini," katanya.

Bagaimanapun, Jenny sudah reda dengan perjalanan hidupnya dan mengambil pengajaran apa yang telah berlaku.

"Saya belajar mengenai kemahiran dan kini mahir melukis potret termasuk baru-baru ini saya melukis potret Menteri Pendidikan Malaysia, Fadhlina Sidek yang berkunjung ke PWKK," katanya.

Tambah Jenny lagi, dia juga turut diberi peluang untuk berhubung dengan keluarganya dan menyifatkan penjara di negara ini memberi layanan yang baik kepadanya.

"Hubungan dengan keluarga saya juga tidak pernah terputus malah setiap hujung minggu saya berpeluang untuk menghubungi mereka.

"Saya juga mempunyai ramai kawan di sini tetapi untuk memudahkan saya berkomunikasi, saya belajar memahami Bahasa Melayu.

"Pegawai penjara banyak membantu mengajar saya mempelajari Bahasa Melayu dan saya berusaha memahaminya melalui kamus selama lima tahun untuk fasih bercakap Melayu," katanya.
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register