BTC USD 27,176.4 Gold USD 1,948.08
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Banduan Di Dakwa Bunuh Rakan Satu Sel

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gemgem
Messages
43,638
Joined
Nov 23, 2012
Messages
43,638
Reaction score
5,300
Points
516
Awards
1
29.03.2023 - Kuala Lumpur, Seorang banduan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini atas pertuduhan membunuh rakan satu sel selepas terbabit dalam pergaduhan di Kompleks Penjara Sungai Udang, Februari lepas. Mohd Fahrur Radzi Chahat, 34, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan dan tiada pengakuan direkodkan di hadapan majistret Mazana Sinin. Dia dituduh dengan sengaja menyebabkan kematian seorang lelaki warga Indonesia, Paidi Atmok Sukar, 47, di sebuah bilik di Tingkat 1, Zon A, Blok Cekal Kompleks Penjara Sungai Udang, kira-kira 2.15 petang pada 17 Feb lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika disabitkan kesalahan memperuntukkan hukuman mati. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya J Banusha manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Mazana menetapkan 29 Mei untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan bedah siasat. Pada 24 Feb lepas, media melaporkan seorang banduan warga Indonesia berusia 47 tahun meninggal dunia di Hospital Melaka selepas tujuh hari menerima rawatan akibat kecederaan selepas bergaduh dengan rakan satu sel di Kompleks Penjara Sungai Udang.​

1680082949340.png
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register