BTC USD 63,434.4 Gold USD 2,380.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Banduan bilik Akhir Malaysia Mahu Saman Menteri Singapura

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
57,864
Top Poster #7
Joined
Nov 23, 2012
Messages
57,864
Reaction score
6,452
Points
916
Awards
1
Banduan bilik akhir Malaysia dalam usaha saman menteri Singapura kerana hina mahkamah;

20.10.2021 - Kuala Lumpur, Banduan bilik akhir warga Malaysia di Singapura membuat permohonan di Mahkamah Tinggi negara itu kerana menghina mahkamah, susulan kenyataan K Shanmugam di Parlimen yang dilihat mengganggu saman beberapa banduan negara itu berhubung diskriminasi kaum dalam pendakwaan kerajaan melibatkan jenayah berat. Rahmat Karimon, yang diwakili peguam hak asasi M Ravi, adalah salah seorang daripada 17 banduan yang baru-baru ini memfailkan saman mendakwa kerajaan Singapura berat sebelah dalam pendakwaan terhadap banduan daripada etnik Melayu.

Mereka menamakan peguam negara Singapura sebagai defendan, mendakwa beliau melanggar jaminan yang termaktub Perlembagaan berhubung layanan setara di bawah undang-undang. Rahmat adalah satu-satunya warga Malaysia dalam kumpulan tersebut, sementara 16 lagi adalah warga Singapura. Saman bertarikh 7 Oktober lalu, memohon mahkamah untuk memerintahkan Shanmugam mengaku menghina mahkamah, difailkan oleh Syed Suhail Syed Zin yang merupakan salah seorang dari 16 banduan warga Singapura. Dalam afidavit saman tersebut, ia menyatakan menteri tersebut merujuk kes yang sedang berjalan di mahkamah ketika sidang Parlimen dengan kenyataan berikut:

“Wujud kes yang sedang berjalan, iaitu permohonan oleh 17 banduan yang sedang menunggu hukuman mati; mereka memohon mahkamah mengeluarkan arahan terhadap peguam negara; memohon beberapa perlepasan berhubung beberapa tuduhan yang dibuatnya, di mana peguam negara dilihat secara nyata membuat dakwaan yang menghina dan tidak berasas, dilakukan bagi menjatuhkan maruah…” Kami berpandangan ulasan secara umum tersebut adalah bersifat mengganggu atau memberikan risiko prejudis terhadap perjalanan prosiding yang sedang berjalan dinamakan OS 825,” kata mereka.

Ia juga adalah sebuah penghinaan terhadap mahkamah di bawah Seksyen 3(1)(b) Akta Pengurusan Kehakiman (Perlindungan) 2016. Ulasan yang dibuat dalam bentuk menghina mahkamah itu juga tidak dilindungi dalam hak istimewa ahli Parlimen. Afidavit bersama para banduan tersebut dalam saman pemulanya mempunyai kandungan setebal hampir 100 halaman, menunjukkan etnik Melayu dijatuhi hukuman mati “adalah secara signifikan mencatatkan perwakilan yang terlalu banyak” dijatuhi hukuman mati berbanding populasi lain di Singapura.

Mereka berkata walaupun peratusan komposisi kaum atau etnik di Singapura kekal dan tidak begitu banyak berubah sejak beberapa dekad lalu, namun ia tidak sebanding dengan pesalah-pesalah yang dijatuhi hukuman mati. Berdasarkan statistik rasmi hingga Jun tahun lalu, Melayu menyumbang 13.5% dari populasi di negara itu, sementara 74.3% adalah Cina dan 9% adalah India. MalaysiaNow, yang melaporkan saman tersebut juga turut diancam menghina mahkamah oleh peguam negara Singapura bersama Ravi dan kumpulan hak asasi Lawyers for Liberty.
1634708575395.png

 
Sponsored Post

Banduan Melayu Singapura Tunggu Hukuman Mati Saman Kerajaan Kerana Amal Diskriminasi Kaum

20.10.2021 - Kuala Lumpur, 17 orang banduan di Singapura yang menunggu hukuman mati berhubung pelbagai kesalahan berkaitan dadah menuntut mahkamah mengisytiharkan kerajaan melaksanakan diskriminasi dan tidak adil dalam pertuduhan terhadap mereka, disebabkan mereka etinik Melayu, dalam saman bersejarah yang dijangka bakal mencetuskan debat baru mengenai layanan warga Melayu di negara itu. Kesemua banduan tersebut adalah warga Singapura kecuali seorang yang berasal dari Malaysia diwakili M Ravi, peguam terkemuka Singapura yang dikenali kerana mengendalikan kes berprofil tinggi menentang kerajaan.

Mereka juga menamakan peguam negara itu sebagai defendan, mendakwa beliau melanggar jaminan Perlembagaan berhubung layanan yang adil di bawah undang-undang, di samping turut menambah mereka disoal siasat, dibicarakan dan disabitkan kesalahan di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah yang zalim dengan secara melulu dan berdasarkan “faktor tidak relevan berhubung etnik kami”. Pengurusan kes tersebut akan diadakan esok bagi mentapkan tarikh perbicaraan. Dalam saman mereka, kumpulan banduan itu turut memberikan statistik dan beberapa graf berhubung trend pendakwaan bagi kesalahan dadah di Singapura bagi menunjukkan bagaimana orang Melayu yang dijatuhkan hukuman mati dibatalkan atau ditukar kepada hukuman penjara selepas dirayu.

Dalam afidavit mereka yang mengandungi hampir 100 muka dilihat MalaysiaNow, mereka berkata orang Melayu “secara signifikan mencatatkan perwakilan yang terlalu banyak” dijatuhi hukuman mati berbanding populasi lain di Singapura. Mereka berkata walaupun peratusan komposisi kaum atau etnik di Singapura kekal dan tidak begitu banyak berubah sejak beberapa dekad lalu, namuan ia tidak sebanding dengan pesalah-pesalah yang dijatuhi hukuman mati.

“Ketika komposisi etnik populasi masik kekal stabil, perbezaan antara komposisi Melayu dalam populasi biasa dan populasi Melayu yang menerima hukuman mati kerana kesalahan dadah semakin meningkat sejak dekat lalu. Pada masa sama, angka individu dari etnik Cina yang dijatuhi hukuman mati semakin berkurangan memiliki jumlah yang hampir serupa,” kata plaintif dalam afidavit yang dikeluarkan pada 13 Ogos lalu di mana ia turut memasukkan data dan statistik rasmi yang terperinci.

Berdasarkan statistik rasmi hingga Jun tahun lalu, Melayu menyumbang 13.5% dari populasi di negara itu, sementara 74.3% adalah Cina dan 9% adalah India. Singapura tidak mengeluarkan sebarang angka rasmi mengenai banduan bilik akhir mereka. Namun berdasarkan pecahan etnik, plaintif berkata 50 dari 77 orang yang dijatuhkan hukuman mati antara 2010 dan 2021 adalah Melayu, 15 India, 10 Cina dan dua dari etnik lain. Ia juga turut berkata daripada 28 penghakiman hukuman mati yang ditukar, 12 daripada mereka adalah Cina dan sembilan adalah Melayu.

Mereka turut berkata sepanjang tempoh 11 tahun lalu, 66 daripada 120 perdakwaan adalah terdiri daripada Melayu bagi kesalahan dadah yang membawa hukuman mati, sementara 76% daripada mereka dijatuhi hukuman tersebut, mengatakan ia menunjukkan wujud unsur menyasarkan etnik Melayu secara sistematik oleh Biro Narkotik Pusat Singapura (CNB).

“Plaintif mendakwa jumlah pendakwaan yang ketara terhadap Melayu dengan kesalahan membawa hukuman mati ketika dibanding dengan individu etnik lain menunjukkan amalan penyiasatan CNB menyasarkan pesalah daripada komuniti Melayu, dan kurang mengesan pesalah daripada komuniti lain, atau jumlah yang tidak selari dengan komposisi berhubung pendakwaan yang diteruskan terhadap suspek-suspek Melayu berbanding suspek daripada etnik lain,” kata mereka.

Berita asal https://www.malaysianow.com/berita/...saman-menteri-singapura-kerana-hina-mahkamah/
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register