BTC USD 94,163.0 Gold USD 2,688.69
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Banci 2023: Gaji purata di KL dua kali ganda daripada di Kelantan

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
57,149
Top Poster #6
Joined
Jun 17, 2007
Messages
57,149
Reaction score
6,702
Points
881
Awards
1
Banci 2023: Gaji purata di KL dua kali ganda daripada di Kelantan

Banci Ekonomi 2023 mendapati purata gaji di Kuala Lumpur (RM4,193) adalah dua kali ganda berbanding di Kelantan (RM2,070),

Menurut laporan itu, wilayah dengan purata pendapatan tertinggi ialah di KL, dan dikuti dengan Selangor (RM3,544) serta Pulau Pinang (RM3,496).


Ia disusuli Labuan (RM3,491), Melaka (RM3,115), Sarawak (RM3,077), Negeri Sembilan (RM3,025), Putrajaya (RM2,994), Johor (RM2,987), Terengganu (RM2 ,793), Kedah (RM2,721), Perak (RM2,679), Pahang (RM2,628), Sabah (RM2,381), Perlis (RM2,253), dan Kelantan.

Ini meletakkan purata gaji negara pada RM3,332.


Laporan itu seterusnya menyenaraikan tiga negeri dengan pendapatan tertinggi tersebut dengan sektor-sektor yang menawarkan gaji tertinggi.

Di KL, ini adalah sektor telekomunikasi (RM9,457), pengaturcaraan dan penyiaran (RM8,629) dan pengantara kewangan (RM6,946).

Di Selangor industri yang menawarkan gaji tertinggi ialah telekomunikasi (RM7,580), perkhidmatan maklumat (RM7,186) dan pengaturcaraan komputer (RM7,112).

Manakala di Pulau Pinang ia adalah produk elektrik, elektronik dan optik (RM4,790), petroleum, kimia, plastik dan produk getah (RM 3,828), dan produk galian bukan logam (RM3,571).


Bagi purata pendapatan isi rumah, Putrajaya mencatatkan pendapatan tertinggi (RM13,473), diikuti KL (RM13,325) dan Selangor (RM12,233).

Ini diikuti Johor (RM8,517), Pulau Pinang (RM8,267), Labuan (RM8,250), Melaka (RM8,057), Terengganu (RM7,248), Negeri Sembilan (RM6,788), Sarawak (RM6 ,457), Sabah (RM6,171), Perak (RM5,779), Pahang (RM5,777), Perlis (RM5,664), Kedah (RM5,550), dan Kelantan (RM4,885).

Purata pendapatan isi rumah negara ialah RM8,479.

Sementara itu, Ketua Perangkaan Mohd Uzir Mahidin berkata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) akan mengeluarkan data mengenai demografi perniagaan tidak lama lagi.

“Kita telah membangunkan statistical business register.

“Bila sesuatu pihak ingin buat kajian, mereka instead of pergi SSM dia akan bergantung pada rangka senarai di DOSM sebab di DOSM sentiasa dikemaskini.

“Ada juga keluarkan berapa syarikat wujud, berapa yang telah ditutup. Ini menjadi indikator kepada ekonomi,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini selepas melancarkan penemuan banci itu.

[Baca berita penuh]

Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!
 
Sponsored Post

dengan kelantan dia buat perbandingan :ROFLMAO: :ROFLMAO:

tapii takpa laaa kita sangat faham lama daaa...
asal masuk musim ngundi di kelate..

Point sama akan dibwk
1. kelate mundur
2. tangga gaji rendah
3. peluang keja takdop
4. stesen bas huduh
5. masalah dadah
6. kadar penceraian

byk doh point diberi... pandai2 laa nok wat huraian lagu mana (20 markah)


:ROFLMAO::ROFLMAO::ROFLMAO::ROFLMAO::ROFLMAO:
 
sbnrnya klu ikut data tu,gaji purata kl RM4k vs gaji klate 2k.....rm4k tu sikit gila klu duk KL dan RM2k di kelate tu dah cukop..sbbnya kos hidup di KL tinggi amat..tp bancian tu tak ambil kira parameter lain kita terimalah...data bancian kelantan tu tatau tepat ke tak sbb rmi kat sana berniaga sendiri..

klu betul nak compare cuba lah compare gaji di kl dengan ibu negara lain..apple to apple...gaji kita di malaysia ni atara terendah..tp takpa raja fomula dah pikir solusinya

 
sbnrnya klu ikut data tu,gaji purata kl RM4k vs gaji klate 2k.....rm4k tu sikit gila klu duk KL dan RM2k di kelate tu dah cukop..sbbnya kos hidup di KL tinggi amat..tp bancian tu tak ambil kira parameter lain kita terimalah...data bancian kelantan tu tatau tepat ke tak sbb rmi kat sana berniaga sendiri..

klu betul nak compare cuba lah compare gaji di kl dengan ibu negara lain..apple to apple...gaji kita di malaysia ni atara terendah..tp takpa raja fomula dah pikir solusinya

kalau kereta jangan tengok horse power hp..
tengok power to weight ratio
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register