BAM...ape nak jadi????

CG Sponsors




clorox_bersih

Legendary Member
Joined
Jul 2, 2008
Messages
18,906
Reaction score
43
Points
120
BAM bakal panggil pulang Kim Hock - jurulatih tak sebulu Kim Her

KEHADIRAN 'tanpa restu' Tan Kim Her dalam struktur kejurulatihan beregu badminton negara kini tampak bukan satu-satunya usaha untuk memperlekehkan kuasa ketua jurulatihnya, Rexy Mainaky.

Khabar baru terjelma ialah bekas ketua jurulatih sebelumnya, Yap Kim Hock, akan 'dipanggil pulang' daripada Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) dalam apa ditafsirkan sebagai langkah terbaru untuk 'mengecilkan lagi' peranan Rexy.



Semua itu akan terserlah apabila Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengumumkan rombakan struktur kejurulatihan sebaik berakhirnya kejohanan Terbuka Malaysia, dua minggu lagi.

Rexy sebelumnya sudah menyuarakan rasa terkilan apabila tidak dimaklumkan mengenai kehadiran Kim Her - yang akan memulakan tugasnya pertengahan bulan depan.

Malah, kontrak Kim Her, kononnya dipancing 'secara bersendirian' oleh seorang pegawai BAM, turut tidak akan dibiayai Majlis Sukan Negara (MSN) yang juga mengakui tidak langsung dipanggil berunding.

Anehnya ialah rasional memanggil Kim Hock itu sukar dijustifikasikan - terutama kerana dia pernah menentang usaha membawa pulang Kim Her sebelumnya.

Kecualilah ia lebih bermatlamatkan agenda segelintir pegawai yang jelas mahu meminggirkan Rexy - berpunca desas desus ia bermula daripada 'pertelingkahan kecil' ketika Kejohanan Dunia di Hyderabad, Ogos lalu.

Lebih aneh ialah ketaksuban 'mencari salah' Rexy - diberi jawatan ketua jurulatih, awal tahun lalu, selepas apa digelar 'rombakan struktur kejurulatihan' untuk mengejar matlamat memenangi pingat emas Sukan Olimpik 2012 nanti.

Sebarang perubahan, selepas tidak sampai setahun, akan menghantar isyarat BAM tidak tahu apa dilakukannya. Ia juga bermakna Rexy tidak diberi masa cukup buat melihat peningkatan beberapa beregu baru didedahkannya di pentas antarabangsa.

Lebih menarik, jika niat itu diteruskan, ia mendedahkan 'pilih kasih' pegawai terbabit ketika fokus harus lebih kepada barisan jurulatih perseorangan ekoran hakikat negara masih terlalu bergantung hanya kepada Lee Chong Wei.


BAM..ape nak jadi lah ni???korang ni pentingkan agenda peribadi ke
ape??cess...kalau dah sifat dengki tu menebal dalam diri,maruah negara tolak tepi:(scam:(scam:(scam
 
Sponsored Post

saifulkoy

Fun Poster
Joined
Apr 1, 2009
Messages
627
Reaction score
9
Points
15
apabila manusia mula memikirkan kepentingan peribadi....
huuhuhu
 
Sponsored Post
Top
Log in Register