Baling sofa, tong gas geram cuti tak diluluskan

CG Sponsors




kopirait

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Apr 18, 2010
Messages
37,186
Reaction score
2,607
Points
206
WhatsApp-Image-2021-01-22-at-20.53.23-e1611320672235.jpeg


MELAKA – Seorang lelaki bertindak membaling sofa dan tong gas dari tingkat lima pangsapuri rumahnya di Taman Melaka Baru, Batu Berendam di sini, hari ini selepas berang permohonan cutinya tidak diluluskan.


Bagaimanapun tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 pagi itu.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, hasil siasatan awal, lelaki berusia 25 tahun itu bertindak agresif selepas mendapat tahu permohonan cutinya tidak diluluskan oleh majikan.

“Difahamkan dia membuat permohonan cuti itu untuk pulang ke kampung halaman bagi menziarahi bapanya yang sakit.

“Berang permohonannya ditolak, lelaki tersebut bertindak membaling sofa dan tong gas masak dari tingkat lima ke bawah,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Afzanizar berkata, bagaimanapun barang-barang tersebut hanya mengenai kereta penduduk di kawasan itu.

“Nasib baik ketika kejadian tiada individu berada di laluan tersebut dan barang-barang yang dibaling telah menghempap beberapa buah kereta yang diparkir di bawah.

“Susulan kejadian kita telah menahannya sebelum dihantar ke Hospital Melaka kerana dipercayai dia menghidapi sakit mental,” katanya.-K! ONLINE

 
Sponsored Post

lau_kau

Super Active Member
Joined
Aug 2, 2007
Messages
9,758
Reaction score
1,188
Points
151
Patut tahan sekali majikan dia tu
 

belam

Super Active Member
Joined
Jul 29, 2013
Messages
5,922
Reaction score
261
Points
81
mujurlah tak landing atas kepala org.
tong gas tu
 

dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
24,205
Reaction score
1,872
Points
206
kesian brader ni, dh mintak elok2 cuti urusan famili, majikan tak kasi.

majikan kan blh cek samada betul mohon cuti utk urusan famili, takkan tak kasi kelonggaran...
 

cari_makan

Active+ Member
Joined
Sep 27, 2006
Messages
4,368
Reaction score
116
Points
33
Ada tak kemungkinan majikan tak nak pergerakan yg melibatkan kawasan merah?
 

amieshoro

Active+ Member
Joined
Mar 21, 2009
Messages
2,644
Reaction score
110
Points
43
Kesian owner kereta yg kena hempap barang tue...

Aku baru kena, parking bawah flat.. ada barang kaca jatuh kena kereta aku.. menangis2 budak tue mintak maaf kat aku.. tak jadi marah sebab kesian sgt tgk budak tue minta maaf...

Kereta bole repair. So, aku maafkan je budak tue.. eh.. rasanya bukan budak.. remaja kot..

Tapi kes mamat nie bahaya, kalau kena kepala orang bole mati... Sengaja plak.. kalau marah, patut nya lepaskan kat opis dia.. bukan kat umah
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
291,074
Reaction score
12,214
Points
2,376
View attachment 333254

MELAKA – Seorang lelaki bertindak membaling sofa dan tong gas dari tingkat lima pangsapuri rumahnya di Taman Melaka Baru, Batu Berendam di sini, hari ini selepas berang permohonan cutinya tidak diluluskan.

Bagaimanapun tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 pagi itu.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, hasil siasatan awal, lelaki berusia 25 tahun itu bertindak agresif selepas mendapat tahu permohonan cutinya tidak diluluskan oleh majikan.

“Difahamkan dia membuat permohonan cuti itu untuk pulang ke kampung halaman bagi menziarahi bapanya yang sakit.

“Berang permohonannya ditolak, lelaki tersebut bertindak membaling sofa dan tong gas masak dari tingkat lima ke bawah,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Afzanizar berkata, bagaimanapun barang-barang tersebut hanya mengenai kereta penduduk di kawasan itu.

“Nasib baik ketika kejadian tiada individu berada di laluan tersebut dan barang-barang yang dibaling telah menghempap beberapa buah kereta yang diparkir di bawah.

“Susulan kejadian kita telah menahannya sebelum dihantar ke Hospital Melaka kerana dipercayai dia menghidapi sakit mental,” katanya.-K! ONLINE

Tertekan tu nak balik bercuti tengok bapa sakit tapi boss tak bagi
 

nokia3210

Active Member
Joined
Sep 6, 2012
Messages
2,475
Reaction score
373
Points
46
lau dah ada mental problem, dah tak fit utk bekerja..merbahaya..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register