BTC USD 54,474.4 Gold USD 2,497.39
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Santai Balik kampung raya aidilfitri 2024

Balik kampung raya aidilfitri 2024

  • jumaat 5/4

    Votes: 3 17.6%
  • sabtu 6/4

    Votes: 1 5.9%
  • ahad 7/4

    Votes: 4 23.5%
  • isnin 8/4

    Votes: 1 5.9%
  • selasa 9/4

    Votes: 1 5.9%
  • rabu hari raya 10/4

    Votes: 3 17.6%
  • tak balik

    Votes: 4 23.5%
  • dah balik

    Votes: 0 0.0%

  • Total voters
    17
Sponsored Post

sama dengan saya bang.. sensorang pulak tu ( wife dengan anak anak kat Labu Lanjot ) .saya tak dapat ambik cuti extra ada kerjaan nak kena buat ..😭😭😭
Bertabah la, tuan. Saya pernah 5 thn direct kerja hari raya. Either mlm raya, raya pertama, mlm raya kedua serta hari raya kedua. Penah 2x hari raya aidilfitri dan aidil adha pd tahun yg sama terpaksa kerja....alah bisa, tegal biasa
 
3715.jpeg
3718.jpeg
3721.jpeg

Kenderaan mula memenuhi jalan di persimpangan Raub Utara (Exit 9) laluan Lingkaran Tengah Utama (LTU) menghala ke Kuala Lipis dan Gua Musang.

Aliran trafik mulai meningkat berikutan kebanyakan orang ramai mula bergerak pulang ke kampung halaman untuk menyambut Aidilfitri yang bakal diraikan beberapa hari lagi.

Bagi mengelakkan kesesakan di persimpangan Raub Utara (Exit 9), pengguna LTU dinasihatkan menggunakan persimpangan Raub - Kampung Sempalit (Exit 8) dan persimpangan Raub Selatan (Exit 7) sebagai laluan alternatif untuk ke Kuala Lipis dan Gua Musang.

Kredit : Safwan Mansor | @bernamaofficial
 
PEMANTAUAN UDARA JSPT ZON SELATAN : OP SELAMAT 22 SEMPENA HARI RAYA AIDIL FITRI 2024

07 April 2024 - Pemantauan udara Op Lancar oleh petugas OP Selamat Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman bermula jam 09.00 sehingga jam 12.30 tengahari diketuai oleh DSP Mohammad Ibrahim bin Mahmod, Penolong Pengarah Pengurusan Saman, ASP Zaini bin Mohamed Piah, ASP Karmila binti Mhd Nasir, Insp Siti Amirah binti Shaharuddin dan Sjn Zanariah Ismail bagi meninjau aliran trafik di Lebuhraya Utara-Selatan daripada Pusat Bandar ke Sektor Selatan.

Hasil pemantauan akan disalurkan kepada petugas FTCC JSPT Bukit Aman dan petugas lebuhraya agar tindakan segera diambil sekiranya berlaku kesesakan atau insiden yang luar biasa.

Peninjauan udara dilakukan dengan kolaborasi Pasukan Gerakan Udara (PGU) bersama Helikopter AW139 (Udara 38) yang dikendalikan oleh Supt. Mohd Fairuz Bin Jamil dan Co-Pilot ASP Mohammad Firdaus bin Rosli serta observer Sjn Jagjeet Kaur a/p Kakar Singh dan Sjn Nor Airee bin Mohd Nasir.

Hasil Pemantauan:
🔹 Tol Sg. Besi Tumpuan kenderaan keluar masuk dari arah pusat bandar ke highway KL Seremban. (Skala 1)
🔹 ⁠Tol Ayer ke Keroh Simpang Ampat aliran trafik lancar di kedua - dua arah. (Skala 1)

Secara keseluruhan aliran trafik menghala ke Selatan lancar di kedua-dua arah.

Pengguna jalan raya juga disarankan sentiasa mendapatkan info aliran trafik terkini bagi mengelak kesesakan jalan raya dengan menggunakan jalan alternatif.



 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register