BTC USD 104,328 Gold USD 2,725.43
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bali naikkan cukai bagi cegah pelancong berkelakuan biadap

Yallah

Super Active Member
gem
Messages
7,298
Joined
Jun 21, 2021
Messages
7,298
Reaction score
1,016
Points
151

Bali naikkan cukai bagi cegah pelancong berkelakuan biadap​


Isnin, 24 Jun 2024 | 10:56am


Peserta melancarkan layang-layang gergasi semasa Pesta Layang-Layang Bali di pantai Mertasari di Sanur, pulau Bali, Indonesia. - Foto AFP

Peserta melancarkan layang-layang gergasi semasa Pesta Layang-Layang Bali di pantai Mertasari di Sanur, pulau Bali, Indonesia. - Foto AFP

Bali naikkan cukai bagi cegah pelancong berkelakuan biadap​




KUTA: Majlis Perundangan Wilayah Bali syorkan kenaikan cukai pelancongan daripada 150,000 rupiah (RM42) kepada sekitar AS$50 ((RM237) dalam usaha mencegah pelancong yang berkelakuan biadap.

Kompas, yang memetik Ketua Majlis itu, Kresna Budi, melaporkan ia adalah langkah terbaharu pulau peranginan popular Indonesia itu, susulan peningkat pelancong bersikap tidak senonoh sehingga mengganggu penduduk tempatan.

"Saya rasa cukai 150,000 rupiah terlalu rendah, jadi Bali kelihatan seperti destinasi pelancongan yang murah.

"Kenapa Bali perlu dijual murah?" katanya sambil memberi contoh bahawa rakyat Indonesia perlu membayar jutaan rupiah untuk mendapatkan visa apabila melawat Britain.

Tambah beliau, mereka yang melawat Bali harus 'berkualiti lebih tinggi' dan bukannya mereka yang dengan berani melanggar undang-undang tempatan serta tidak menghormati norma atau budaya tempatan.

"Ada masalah ini kerana biasanya mereka yang bertindak sedemikian adalah anggota lapisan bawah (pelancong berbajet rendah)," katanya, yang dipetik The Bali Sun.

Justeru, Kresna mencadangkan bahawa sebahagian daripada cukai yang dikutip boleh digunakan untuk menubuhkan unit polis pelancongan untuk menangani isu pelancongan secara khusus.

Cadangan itu kini sedang dipertimbangkan oleh pemangku gabenor Bali.

Kresna juga berkata, beliau berharap pihak imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai Bali dapat mengutip cukai dengan lebih cekap, sambil menambah bahawa peratusan cukai yang dikutip boleh diperuntukkan kepada pihak imigresen dan lapangan terbang.

Sejak pelaksanaan cukai pelancong 150,000 rupiah pada 14 Februari, hanya 40 peratus daripada anggaran 2.2 juta pengunjung masuk ke Bali yang telah membayar, menurut agensi pelancongan pulau itu.

Rancangan untuk memasang pengimbas automatik di lapangan terbang gagal kerana kekangan ruang, kata ketua pelancongan Bali, Tjok Bagus Pemayun.

Beliau berkata, ramai warga asing boleh mengelak pembayaran cukai dengan memasuki Bali dari pintu ketibaan domestik lapangan terbang, kerana penguatkuasaan di bahagian ketibaan antarabangsa lebih ketat.

Dana daripada cukai pelancongan itu bertujuan untuk disalurkan ke arah penambahbaikan sektor pendidikan dan kesihatan pulau itu.

Bali mengalu-alukan 5.24 juta pelawat asing, atau 45 peratus daripada keseluruhan pelawat asing ke Indonesia, pada 2023. - AGENSI

 
Sponsored Post

Peluang utk Langkawi, promosikan pelancongan Islam kpd org luar.

Teringat dulu, antara hujah nk haramkan arak even kpd pelancong katanya "kalau takat arak, org luar boleh minum di tempat dorg sendiri. Kita nk dorg experience kelainan di tempat kita, yg x ada di tempat dorg"

So mana ada tempat pelamcongan Islam lg utk org luar rasa, selain di Langkawi.
 
Kat bukit bintang byk je pak arab minum arak amik pelacur

Tak yah nak acah2 isle sgt puak2 ni


Ini kafir jeles kat ummah suchi ni, takanlah ummah suchi nak berfoya dengan perempuan dan minum arak.

Dulu dulu di C-G ni memang fikir bangsa arab tu ummah suchi murni😂😂, kutuk bangsa arab = kutuk agama Islam. Sekarang ni budak drive wira evo tu masih melestarikan budaya pemikiran lebai C-G dari 2006😂😂
 

Indonesia pantau pelancong asing terbabit kes jenayah di Bali​

AGENSI - Jun 29, 2024 @ 3:53pm


Kes pihak berkuasa imigresen Indonesia menahan 103 warga asing di sebuah villa di Bali kerana disyaki melakukan jenayah siber, termasuk perjudian dalam talian, membimbangan masyarakat tempatan mengenai insiden jenayah membabitkan warga asing. Foto AF
Kes pihak berkuasa imigresen Indonesia menahan 103 warga asing di sebuah villa di Bali kerana disyaki melakukan jenayah siber, termasuk perjudian dalam talian, membimbangan masyarakat tempatan mengenai insiden jenayah membabitkan warga asing. Foto AF


JAKARTA: Pihak berkuasa di Pulau Bali, Indonesia sedang meningkatkan pemantauan terhadap pelancong asing selepas beberapa insiden jenayah yang mengganggu kehidupan masyarakat tempatan, lapor Xinhua.

Direktorat Imigresen negara dengan kerjasama polis tempatan meningkatkan pengawasan terhadap warga asing, termasuk menguatkuasakan peraturan lalu lintas.

Pengarah Pengawasan dan Penguatkuasaan di Direktorat Imigresen, Saffar Muhammad Godam, mengatakan rakyat asing yang melanggar undang-undang akan menghadapi tindakan pentadbiran imigresen yang bertujuan untuk menghalang pelanggaran undang-undang pada masa akan datang.

"Tindakan pentadbiran imigresen terhadap orang asing yang melanggar undang-undang diberikan, supaya ada kesan pencegahan," kata Saffar seperti yang dilaporkan media tempatan di Pusat Tahanan Imigresen Denpasar, Bali.

Sementara itu, pejabat Kementerian Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia negara di Bali memberi mandat kepada pihak berkuasa kampung tradisional di wilayah itu untuk mengawasi aktiviti pelancong asing dan mengambil tindakan terhadap mereka yang melanggar undang-undang dan adat tempatan.

"Ini merupakan usaha untuk mengekalkan keselamatan dan ketenteraman awam di Bali. Dengan melibatkan pihak berkuasa kampung, akan lebih mudah bagi kami, pihak imigresen untuk memantau warga asing," kata ketua pejabat itu, Pramella Yunidar Pasaribu, baru-baru ini di Denpasar.

Bali adalah antara sebuah pulau peranginan di negara Asia Tenggara yang menerima pelancong asing paling ramai setiap tahun. Pulau ini terkenal dengan pantai dan pemandangan lautnya.

Namun, dalam beberapa minggu akhir ini, agensi berita tempatan melaporkan beberapa jenayah dan tingkah laku tidak senonoh dilakukan pelancong asing yang menjejaskan ketenteraman awam atau melanggar undang-undang negara dan adat istiadat tempatan.

Pada Rabu, pihak berkuasa imigresen Indonesia menahan 103 warga asing – 12 wanita dan 91 lelaki – di sebuah villa di Bali kerana disyaki melakukan jenayah siber, termasuk perjudian dalam talian. Mereka semua akan segera dideportasi.

Beberapa saluran media tempatan juga melaporkan ramai orang tempatan di pulau itu yang merungut tentang tingkah laku pelancong asing.

Awal bulan ini, seorang warga asing di Bali menjadi tular di media sosial di Indonesia kerana menghentikan seorang pemandu wanita, lalu memukul dan menendangnya sehingga jatuh di tengah jalan.

Seorang warga asing lain, didakwa seorang rakyat Britain, menarik perhatian di media sosial dengan video yang menunjukkan dia merampas trak yang mengangkut patung dan memandunya secara semberono dari Kerobokan, Kuta Utara, ke Lapangan Terbang Antarabangsa I Gusti Ngurah Rai.

Dia menyebabkan trak itu melanggar beberapa kereta di jalan dan merosakkan beberapa kemudahan di lapangan terbang.

Pada beberapa bulan lalu, ada pelancong asing dilaporkan menunggang motosikal secara melulu di Bali dan membahayakan pemandu lain. Pejabat Imigresen Bali juga mendapati beberapa pelancong asing yang bekerja secara haram di Bali.

Sementara itu, Menteri Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Indonesia, Sandiaga Uno, berkata terdapat keperluan untuk mengambil langkah penguatkuasaan yang lebih tegas terhadap pelancong asing bagi mengekalkan keadaan yang selesa untuk penduduk tempatan Bali.

"Jadi, kuncinya adalah penguatkuasaan undang-undang jika ada keadaan tidak teratur. Langkah konkrit ialah untuk menguatkuasakan undang-undang dengan tegas kepada pelanggarnya. Tidak ada toleransi, terutama ketika ada pemalsuan taraf pemastautin. Kerajaan tidak akan teragak-agak untuk mengusir mereka," kata Sandiaga.

Ahli Sosiologi, Wahyu Budi Nugroho daripada Universiti Udayana berpangkalan di Bali berkata, tingkah laku yang ditegah undang-undang ditunjukkan pelancong asing di Bali bukan sahaja menyakitkan penduduk tempatan tetapi juga pulau Bali yang terkenal dengan tarikan kebudayaan dan kerohaniannya kepada pelancong.

Wahyu berkata, perlu ada tindakan tegas terhadap mereka yang melanggar undang-undang.
– BERNAMA-XINHUA
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register