BTC USD 64,939.2 Gold USD 2,357.43
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Balai Polis Ulu Tiram diserang, dua maut, seorang cedera parah

Sponsored Post

Lobai yg meleleh la ngok... 🤣
Lobai Kat thread politik sembang islam tu, islam ni, kapir, liberal...
Thread nora danish jd jantan tak gune... 🤣
lobai walanon waladap sama je semua maknusia 😅
cuma apa brg rekong:ROFLMAO:
 

Bapa hasrat abadikan nama Ahmad Azza Fahmi pada surau​



22 Mei 2024 03:35pm


2660997.jpg

Azhar ketika ditemui pemberita pada Rabu.


TANJUNG MALIM - [DIKEMAS KINI] Keluarga Allahyarham Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar yang terkorban dalam serangan berdarah di Balai Polis Ulu Tiram, Johor, Jumaat lalu berhasrat untuk mengabadikan nama anggota itu pada surau baharu yang akan dibina di Kampung Poh Tambahan dekat Bidor.

Bapanya, Azhar Khaiden, 54, berkata, cadangan itu telah disuarakan kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, Sabtu lalu yang telah meluluskan peruntukan sebanyak RM400,000.

Menurutnya, kertas kerja berkaitan permohonan surau bagi menggantikan surau berusia lebih 33 tahun itu telah dikemukakan kepada kerajaan negeri, dua tahun lalu.

"Dengan tragedi yang menimpa anak saya, Saarani telah menziarah ke rumah Sabtu lalu, sekali lagi saya menyuarakan permintaan berkenaan dengan surau itu dan beliau bermurah hati bersetuju meluluskan pembinaan surau bagi kampung ini.

"Saya berhajat untuk menamakan surau baharu ini sempena nama anak saya dengan asbab (kejadian) itu, saya minta nama surau ini diabadikan sebagai Surau Al-Fahmi," katanya.

Azhar yang juga guru berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menerima kunjungan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad di Kampung Poh Tambahan dekat Bidor pada Rabu.

2660996.jpg

Noraini (tiga dari kanan) menziarahi keluarga Allahyarham Konstabel Ahmad Azza Fahmi di Kampung Poh Tambahan di Bidor.


Bapa kepada lapan anak itu turut berkongsi berita gembira apabila Lans Koperal Ahmad Azza Fitri yang bertugas di Sabah akan berpindah ke Ibu Pejabat Polis (IPK) Perak di Ipoh.

Menurutnya, berita itu sekurang-kurangnya dapat membantu isterinya, Nor Haliza Awaluddin, 49, yang masih bersedih selepas kehilangan anak keempat mereka.

"Ini semua kerana ALLAH SWT. Saya berterus terang memohon kepada pihak PDRM khususnya Ketua Polis Negara agar perpindahan anak saya itu dapat mengubat dan memberi semangat kepada ibunya yang telah kehilangan adiknya.

"Saya bersyukur perkara itu diterima dan anak saya mendapat waran baru penempatan dia telah dipindahkan dari Kota Kinabalu ke IPK Perak di Ipoh," katanya.

Dalam masa sama, Azhar berkata, mereka sekeluarga reda dan menerima pemergian insan tersayang dengan hati terbuka.

"Saya reda kerana semua ini telah disusun atur oleh Yang Maha Esa.

"Jadi saya cuba terapkan dan tegaskan kepada anak isteri saya mudah-mudahan mereka boleh terima kenyataan ini dengan hati yang reda dan terbuka," katanya.
 
“Jenazah Suspek Tidak Dibenarkan Masuk Masjid, Surau” – Jawatankuasa Fatwa Johor

By M. Hafizal 20/05/2024

Sebelum ini berita melaporkan jenazah suspek kes tembakan balai polis masih belum dituntut. Terkini, Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor memutuskan untuk menjauhkan kubur suspek dari liang lahad penghuni kubur lain.

Perkara itu dimaklumkan Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad selepas mengadakan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Fatwa pada hari Jumaat lalu.

Sebagai tanda menzahirkan kebencian terhadap apa yang dilakukan suspek…


Jenazah suspek juga tidak dibenarkan untuk di bawa masuk ke mana-mana masjid mahupun surau bagi pengurusan jenazah. Disebabkan itu, proses memandikan, dikafankan dan solat jenazah hanya kan dilakukan di hospital atau rumah keluarga.

Fatwa ke atas jenazah suspek ini sebagai tanda menzahirkan kebencian terhadap apa yang telah dilakukan suspek apatah lagi membunuh anggota yang menjaga keselamatan negara yang tidak melakukan salah dan silap terhadap suspek.

Jawatankuasa Fatwa mengingatkan orang ramai supaya tidak terbabit dan simpati ke atas suspek di atas apa yang telah dilakukannya.

Semua keputusan ini dilakukan bagi memberi peringatan kepada masyarakat supaya tidak terbabit atau melakukan perkara yang dilakukan suspek.

Kredit: Harian Metro
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register