BTC USD 64,795.0 Gold USD 2,356.35
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Balai Polis Ulu Tiram diserang, dua maut, seorang cedera parah

kopirait

CG Top Poster Club
gem
Messages
46,375
Joined
Apr 18, 2010
Messages
46,375
Reaction score
4,709
Points
266
Awards
1
2654639.jpeg


JOHOR BAHRU - Balai Polis Ulu Tiram, dekat sini gempar apabila dua anggota polis maut diserang jam 4.41 pagi Jumaat.

Sebelum itu, seorang anggota polis yang bertugas di pusat kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam bersama seorang rakan setugas telah menerima panggilan kecemasan MERS999 jam 2.54 pagi.

Panggilan daripada seorang lelaki warga tempatan menyatakan anggota polis dipukul di Balai Polis Ulu Tiram.

Ekoran panggilan tersebut, sebuah MPV JH896 telah diarahkan ke lokasi kejadian.

Difahamkan seorang konstabel dipercayai telah meninggal dunia kerana ditetak di bahagian belakang leher dan kepala.

Selain itu, seorang lagi anggota polis berpangkat konstabel dipercayai maut kerana ditembak di bahagian perut dan lengan.

Sementara itu, seorang koperal juga ditembak suspek dan kini berada di zon merah di sebuah hospital.

Suspek dipercayai telah ditembak mati dan dua senjata iaitu sepucuk pistol jenis Walther P99 dan selaras HK MP5 telah dirampas daripada pihak penyerang.

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar ketika ditemui di balai polis tersebut mengesahkan kejadian itu.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain sedang dalam perjalanan menuju ke Balai Polis Ulu Tiram.

Ketika ini, petugas media sedang berkumpul di lokasi kejadian.

 
Sponsored Post

Kes Menarik melibatkan Anggota Polis
Klasifikasi Kes : LAIN-LAIN
Keterangan Berita Semboyan/Telefon :

Perkara : Maklumat Pertama Anggota Balai Polis Ulu Tiram Diserang

1. Tarikh/Masa : 17/05/2024 @ 0441 HRS

2. Tempat Kejadian : Balai Polis Ulu Tiram

3. No.Repot : ULUTIRAM/002593/24

4. Peg Penyiasat : G/19569 ASP Mohd Afzan Bin Musa (SIO)

5. No Telefon : 016-2956969

6. Seksyen : -

7. Pengadu :

Nama : L/KPL/S 17475 Mohd Anuar Bin Alias

Pekerjaan : Peg Polis

Alamat : Pusat Kawalan Daerah Seri Alam Johor

8. Fakta Kes :

Pada 17/05/2024 jam lebih kurang 0254 HRS semasa saya bersama KPL 178009 bertugas di Pusat Kawalan Daerah Ipd Seri Alam telah terima panggilan MERS999 callcard M24-00240341. Pemanggil Mohd Farhan (01121681593) telah maklum anggota polis kena pukul di Balai Polis Ulu Tiram. Saya telah arahkan MPV JH896 kelokasi.Saya telah maklum kepada SIO Jenayah bertugas dan Ketua Balai Polis Ulu Tiram. Saya jadikan maklumat ini sebagai repot maklumat pertama.

9. Butir Mangsa :

1)Nama: Konst 224555 Ahmad Azza Fahmi Bin Azhar (Meninggal Dunia)

Bertugas: Pejabat Pertanyaan Balai Polis Ulu Tiram

Kecerderaan: Ditetak Di Bahagian Belakang Leher Dan Kepala

2)Nama: Konst 227009 Muhamad Syafiq Bin Ahmad Said (Meninggal Dunia)

Bertugas: Anggota Prowler Balai Polis Ulu Tiram

Kecerderaan: Ditembak Di Bahagian Perut Dan Lengan

3)Nama: Kpl 178605 Mohd Hasif Bin Roslan

Bertugas: Rcj Balai Polis Ulu Tiram

Kecederaan: Ditembak dan kini berada di zon merah HSI

10 Butir-butir suspek:

Nama: Radinromyullah Bin Radin Imran (Ditembak Mati)

No Kpt: 900104016159

11. Senjata Yang Dirampas dari suspek:

1)Sepucuk Pistol Walther P99

2)Selaras HK MP5
 

KPN akan adakan sidang media kes 2 anggota maut, 1 cedera di Balai Ulu Tiram​

KPN.jpg

ULU TIRAM: Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain akan mengadakan sidang media berkaitan kes dua anggota polis maut, seorang lagi cedera ditembak dan ditetak dalam kejadian awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 2.45 pagi tadi, dua anggota polis maut manakala seorang lagi cedera akibat ditembak dan ditetak oleh seorang lelaki bertopeng di Balai Polis Ulu Tiram.

Anggota polis yang cedera dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Jenazah anggota yang maut turut dihantar ke hospital yang sama untuk proses bedah siasat.

Ketua Polis Johor, Komisioner M.Kumar ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu, bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register