BTC USD 62,843.4 Gold USD 4,336.82
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bal`am bin Ba`ura: Ulama "******"

AceGlobal13

Active Member
Messages
1,969
Joined
Dec 22, 2008
Messages
1,969
Reaction score
81
Points
30
Bismihi Ta`ala

Kini wujud beberapa fahaman fanatik buta kepada seseorang manusia biasa yang dianggapnya suci kononnya itu "wali Allah" yang kononya orang yang mahir dengan al-Quran dan as-Sunnah. Mereka sangat sensitif bila "wali" tersebut dipersoalkan "siapakah dia". Dengan sepenuh jiwa dan raga, mereka "meskipun tidak berasaskan ilmu" tetap berkeras mengatakan bahawa "wali" itu adalah "wali". Sejauh manakah kebenarannya?

Wali Allah memang wujud tanpa sebarang rasa sangsi. Ia wujud bukti di dalam al-Quran dan as-Sunnah mengenai "golongan" ini. Namun, mengapakah ramai yang tak berasas menyokong sesuatu hingga merasakan "guru" mereka adalah wali,sementara "pendapat dan pandangan orang lain diketepikan. Mari kita lihat sebuah kisah yang benar dari al-Quran al-Karim tentang seseorang yang dah mencapai ilmu Ladunni iaitu Bal`ambin Ba`ura.

Bal`am bin Ba`ura telah diumpamakan sebagai "ulama anjing". Allah s.w.t telah merakamkan kisahnya di dalam surah al-A`araf: 175-178 yang berbunyi:

وَاتلُ عَلَيهِم نَبَأَ الذِي آتَينَاهُ آيَاتِنَا فَانسَلَخَ مِنهَا فَأَتبَعَهُ الشَّيطَانُ فَكَانَ مِنَ الغَاوِين * وَلَو شِئنَا لَرَفعنَاهُ بِهَا وَلَكِنَّهُ أخلَدَ إلىَ الأرضِ وَاتَّبَعَ هَوَاهُ فََمَثَلَهُُ كَمَثَلِ الكَلبِ أن تَحمِلْ عَلَيهِ يَلهَثْ أو تَتُركْهُ يَلهَث ذَلِكَ مَثَلُ القَومِ الذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا فَاقصُصِ القِصَصَ لَعَلَّهُم َيتَفَكَّرُون * سَآءَ مَثَلاً القَومُ الذِينَ كَذَّبُوا بآياتِنَا وَأنفُسَهُم كَانوُا يَظلِمُون * مَن يَهدِ اللهُ فَهُوَ الُمهتَد وَمَن يُضلِل فَاُولَئِكَ هُمُ الخَاسِرُون

"Dan bacakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka berita tentang orang yang Kami berikan kepadanya ayat-ayat Kami (pengetahuan tentang isi al-Kitab), kemudian dia melepaskan dirinya daripada ayat-ayat itu lalu dia diikuti oleh syaitan (sampai dia tergoda), maka jadilah dia termasuk orang-orang yang sesat. Dan kalau Kami hendak, pasti Kami akan tinggikan (darjat) nya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan menuruti hawa nafsunya. Dia diumpamakan seperti anjing. Jika kamu menghalaunya dijelirkan lidahnya dan jika kamu membiarkannya tetap ia menjelirkan lidahnya. Demikian itulah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kepada mereka tentang kisah tersebut agar mereka dapat berfikir. Amat buruklah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan kepada diri mereka sendirilah mereka berbuat zalim. Barangsiapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka dialah yang mendapat petunjuk, dan barangsiapa yang disesatkan Allah (kerana keingkarannya) maka merekalah orang-orang rugi."

Para ulama tafsir menyatakan bahawa kisah ayat ini menceritakan tentang seorang alim Yahudi yang memiliki kedudukan tinggi dalam keilmuannya. Dia menerima ilmu dari Nabi Musa a.s dan dia menguasai ilmu rahsia al-Kitab yang dikenali dengan Asma`ul A`azam (nama-nama kebesaran Allah). Dengannya, doanya akan diangkat oleh Allah pada bila-bila masa dan di mana sahaja yang dia kehendaki. Namun, setelah Musa mengutusnya ke satu kaum untuk menyeru mereka kepada ketauhidan Allah yang Esa, dia diuji dengan harta, perempuan dan kedudukan. Lalu dia turutkan kehendak nafsunya terhadap fitnah duniawi dan meninggalkan agama yang Haq, akhirnya dia menjadi kafir dan dia diumpamakan oleh Allah sebagai anjing yang hina.

Apakah ada di antara "alim" kini yang mencapai kedudukan seperti Bal`am bin Ba`ura yang bersahabat dengan Nabi Musa a.s ini yang mencapai kedudukan mengetahui Asma`ul A`azam iaitu rahsia-rahsia al-Kitab yang membolehkan doanya terangkat dengan keilmuannya yang tinggi dan hebat? Sedangkan orang yang berkedudukan tinggi sebegini boleh digelapkan dengan nafsu dan dunia apatah lagi orang yang berada di bawah kedudukannya?

Berdasaarkan hujjah-hujjah di atas, maka janganlah kita menganggap bahawa "guru" itu suci dari dosa bagaikan malaikat hinggakan peribadi dan ilmu mereka tidak boleh dipertikaikan. Jika mereka yang terbaik, maka tidak mustahil ada yang lebih baik lagi dari mereka.
 
Last edited:
Thread yang engkau bukak ni semua nya agak confuse la..
Apa masalah sebenarnya?
 
Thread yang engkau bukak ni semua nya agak confuse la..
Apa masalah sebenarnya?

Takde yang kompius...semuanya jelas saya rasa.:)

Poinya, gunakan sebaik2nya akal dalam mencari ilmu Allah s.w.t agar tak berlaku fanatik buta dalam Islam. Islam ulung kerana ilmu. Fanatik tidak salah tapi buta itu yang salah. Apatah lagi bila kita bersikap seperti umat-umat Ahli Kitab yang meninggi2 dan menyanjung "ulama-ulama" mereka bagaikan Tuhan mereka, kelak mereka juga yang akan meminta Allah mengazab "ulama2" itu dengan 2 kali ganda. Mari kita perhatikan aduan kelompok manusia yang mahu mempertahankan diri mereka di hadapan Allah di akhirat kelak menerusi surah al-Ahzab: 67

وقالوا ربَّنا اِنَّّا أطَعْنا سادَتَنَا وكُبَرَآءَنا فأََضََلُّّونَا السَّبِيلا

“Dan mereka berkata: Ya Allah, sesungguhnya kami telah mentaati pemimpin-pemimpin dan pembesar-pembesar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar”
 
nie apa kes buka thread "ulama anjing", sabar dulu tuan tanah.

bukan semua pendapat kita org boleh terima, nabi masa dakwah kat Yathrib siap kena lontar dgn batu
 
TT ni suka cari pasal la.....bosan dah aku....

dulu suka gak baca thread religions ni....

sori le kalo ko terasa TT....tp ini luahan hati aku ....
 
TT... tajuk thread nie terlampau ekstrem lah... apa yg di bincangkan ade gak pointnyer tapi tajuk tu terlampau ekstrem.... takut nanti org tersalah sangka... biasalah manusia nie kan suka tgk huruf A dulu terus tembak tanpa membaca sampai ke Z...
 
TT ni suka cari pasal la.....bosan dah aku....

dulu suka gak baca thread religions ni....

sori le kalo ko terasa TT....tp ini luahan hati aku ....

Cikgu Insyi,saya bawakan kisah dari al-Quran sahaja sebagai pedoman kita,apa yang saya cari pasal ni...:-?
 
terlalu payah tuk hamba mendalaminya ... myb ilmu xbnyk kot ...#:-S#:-S#:-S#:-S
 
TT... tajuk thread nie terlampau ekstrem lah... apa yg di bincangkan ade gak pointnyer tapi tajuk tu terlampau ekstrem.... takut nanti org tersalah sangka... biasalah manusia nie kan suka tgk huruf A dulu terus tembak tanpa membaca sampai ke Z...

Baik tuan, saya akan tukar tajuknya, tapi apa yang sesuai ye tuan? Bukankah Allah sendiri yang mengibaratkan bahawa Bal`am itu sebagai anjing?..minta tuan berikan saya tajuk yang sesuai sebagai cadangan..jazkallah:)
 
Back
Top
Log in Register