BTC USD 61,658.9 Gold USD 4,259.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bakar wanita hidup-hidup

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
KAJANG: Bau asap busuk dihidu jiran membongkar penemuan mayat seorang pekerja salun wanita yang dibunuh kejam dengan tangannya diikat sebelum dibakar hidup-hidup di ruang tamu rumahnya di tingkat tiga sebuah flet di Kajang Sentral di sini, awal pagi semalam.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi, jiran berhampiran rumah mangsa sedang tidur nyenyak sebelum terhidu bau aneh berkenaan lalu segera menghubungi polis.

Pemeriksaan lanjut polis yang tiba di tempat kejadian setengah jam kemudian menemui mayat mangsa dikenali A Nancy, 35, terbaring atas tilam dengan kedua-dua kakinya rentung sepenuhnya.

Selain itu, kedua-dua tangan mangsa diikat dengan tali.

Ketua Polis Kajang, Asisten Komisioner Shakarudin Che Mood, berkata pihaknya tersentak dengan penemuan mayat mangsa itu berikutan pada awalnya menyangka kes berkenaan hanya membabitkan kebakaran rumah.

“Mayat mangsa dijumpai atas tilam di ruang tamu dengan kedua-dua kakinya rentung, namun tubuhnya masih agak sempurna.

“Siasatan mendapati pintu rumah berkenaan tidak berkunci dan tiada kesan pecah masuk, sekali gus menunjukkan perbuatan itu dipercayai dilakukan individu dikenali mangsa,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, pihaknya turut tidak menolak kemungkinan suspek sengaja membakar rumah terbabit untuk mengaburi pihak berkuasa dan kononnya mangsa mati akibat kebakaran.

“Kami bagaimanapun menunggu laporan bedah siasat untuk mengenal pasti punca kematian mangsa dan belum melakukan sebarang tangkapan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi polis Kajang di talian 03-87362222 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Difahamkan, seorang lelaki dikatakan pergi ke rumah itu untuk menemui mangsa kira-kira jam 1 pagi dan berlaku pertelingkahan berikutan bunyi bising didengari jiran berdekatan.

Sejam sebelum itu, mangsa yang menyewa sejak dua tahun lalu turut dipercayai sempat berbual dengan jirannya dan langsung tidak menunjukkan sebarang perubahan.

Mangsa yang bekerja di sebuah pusat salun di ibu kota menetap bersendirian di rumah berkenaan selepas berpisah dengan suaminya.
 
gila betul...bakar orang...
 
tak merebak ke kebakaran tu..umah flat lak tu..
 
peh,,!!
x puas ati bakar jer..
:D
abis laa.
 
Back
Top
Log in Register