Md Hanif
Active+ Member
- Messages
- 4,667
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 4,667
- Reaction score
- 219
- Points
- 38

Penduduk melarikan diri selepas sebuah rumah dibakar oleh seorang penagih dadah di Daerah Kok Du, wilayah Loei - Agensi
LOEI - Seorang lelaki tergamak membakar rumah keluarganya di Daerah Kok Du, wilayah Loei selepas ibunya enggan memberinya wang untuk membeli dadah, lapor media tempatan Channel 7.
Kejadian berlaku sekitar jam 11 pagi (waktu tempatan), Jumaat, apabila polis menerima laporan sebuah rumah musnah dalam kebakaran. Pasukan penyelamat segera dikerahkan ke lokasi kejadian.
Rumah dua tingkat separa konkrit dan kayu itu milik seorang penduduk tempatan dikenali sebagai Khian.
Semasa kejadian, api marak dengan cepat akibat cuaca panas melampau, menyebabkan rumah tersebut musnah sepenuhnya.
Beberapa jentera bomba dari pentadbiran daerah Kok Du dan agensi berhampiran berusaha memadamkan kebakaran, namun gagal menyelamatkan struktur rumah tersebut.
Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan. Penduduk jiran sempat melarikan diri, termasuk membawa warga emas keluar dari rumah berhampiran.
Siasatan awal mendapati, suspek dikenali sebagai Thanapong, 30, anak pemilik rumah, bertindak membakar rumah kerana marah selepas ibunya enggan memberinya wang untuk membeli methamphetamine.
Ketika kejadian, ibunya tiada di rumah kerana membawa cucunya bersiar-siar.
Thanapong kini telah ditahan dan akan berdepan pertuduhan melakukan perbuatan khianat. - Agensi

Bakar rumah selepas ibu enggan beri wang beli dadah
LOEI - Seorang lelaki tergamak membakar rumah keluarganya di Daerah Kok Du, wilayah Loei selepas ibunya enggan memberinya wang untuk membeli dadah, lapor...
