Bakar 'RM696,000' kerana sakit hati

CG Sponsors




hiduprakyat

Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
2,047
Reaction score
153
Points
33
LITVIN menyimbah bahagian luar dan dalam kereta dengan petrol. FOTO YouTube


Moscow: Tertekan dengan kereta mewah yang dibeli sering rosak menyebabkan vlogger Rusia ini sengaja membakar kereta itu hingga rentung.

Tindakan nekad Mikhail Litvin itu membakar kereta Mercedes-AMG G63 yang dibelinya Disember tahun lalu kini ditonton 11 juta pelayar menerusi saluran YouTube rasminya.

Media Rusia melaporkan, vlogger muda itu membeli kereta mewah itu dengan harga 13 juta rubel (kira-kira RM696,000).

Untuk wang sebanyak itu, dia mengharapkan prestasi dan ketahanan kereta mewah itu seperti apa yang diidamkan namun Litvin mendakwa sangkaannya meleset sama sekali.

Katanya, kereta itu hanya digunakan dengan jarak perbatuan 15,000 kilometer tetapi dia mendakwa kenderaan itu sering 'keluar masuk' bengkel sejak 10 bulan lalu.

Kesal dengan masalah yang tidak selesai itu termasuk mendakwa pengeluar kereta itu enggan bertanggungjawab, Litzin memutuskan cara terbaik untuk menyelesaikan masalah itu adalah membakarnya sehingga rentung.

LITVIN membakar keretanya. FOTO YouTube


Menurut laporan media tempatan, kereta Litvin dihantar di pusat servis Mercedes sebanyak empat kali, sejak dia membelinya dan pengedar jenama mewah itu enggan menanggung kos membaikinya.

Vlogger itu mendakwa, pengedar menolak untuk membaiki keretanya menyebabkan dia menghantar ke bengkel rakan.

Bosan terpaksa mengeluarkan wang untuk membaiki dengan kos mahal bagi sebuah kereta mewah baharu, Litvin memutuskan untuk memusnahkan Mercedes-AMG G63 itu dengan harapan akan menarik perhatian ramai.

Awal bulan ini, vlogger muda itu memandu kereta itu ke tengah ladang, menyimbah bahagian luar dan dalam kereta itu dengan petrol sebelum menyalakan api.

Dia kemudian pulang ke rumah dengan memandu sebuah kereta lama.


== hmetro
 
Sponsored Post

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
35,327
Reaction score
2,174
Points
206
balik modal la viewer tinggi.
 

akudotcom

Super Active Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
8,938
Reaction score
1,693
Points
151
Takut macau scam jg ni hehe
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
29,773
Reaction score
1,201
Points
201
aku rasa dia kene game gan seller.. maybe tau budak ni mude .. tu yg kasi kereta yg rejek2 kt budak ni .. dgn harapan budak ni pasrah
 

ViperX

Active+ Member
Joined
Oct 10, 2016
Messages
4,499
Reaction score
529
Points
71
pakai la proton saga... tahan lama....
 

copy left

CG Top Poster Club
Joined
Jun 25, 2008
Messages
26,548
Reaction score
436
Points
131
xsemestinya keta harga mahal tahan lama,
keta murah proton produa pun tahan lama dijalanan.kos pun murah
 

azham

Active+ Member
Joined
Dec 20, 2012
Messages
4,788
Reaction score
862
Points
86
Sejak 20 tahun dulu, jutawan Russia semakin bertambah setiap tahun dan mereka tak tahu nak belanja apa untuk wang sebanyak tu.
Mereka boleh dapatkan apa saja yang mereka mahu.
Ada kalangan jutawan wanita di Russia menjadi penari tiang hanya untuk suka2.
Mereka nak nikmati apa yang mereka tidak dapat dari golongan bawahan.
 

pudins70

Super Active Member
Joined
Mar 28, 2011
Messages
7,547
Reaction score
499
Points
91
Patutnya dia bawak kereta tu pergi bakar kat depan show room.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register