BTC USD 28,629.3 Gold USD 1,969.51
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bakar diri kerana hutang

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,137
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,137
Reaction score
22,840
Points
1,831
Awards
1
16hmburnt.transformed.jpg


Bangkok: Seorang wanita membakar dirinya sendiri di sebuah pusat khidmat masyarakat berdepan dengan Rumah Kerajaan ketika mengemukakan aduan mengenai bebanan hutangnya semalam.

Sangvean Raksaphet, 52, memberitahu ketua pusat khidmat itu, dia meminjam wang daripada seseorang dengan mencagarkan geran tanahnya.
Apabila gagal membuat bayaran, dia cuba berunding tetapi pemberi pinjaman menuntut bayaran Bht1.5 juta (RM150,000) daripadanya.

Mengesyaki dia ditipu, Sangvean membuat aduan ke pusat berkenaan yang diletakkan di bawah bidang kuasa Pejabat Setiausaha Tetap Perdana Menteri.

Ketika petugas di pusat itu menghubungi penolong pegawai daerah berkaitan bank mendapatkan butiran lanjut, Sangvean bertanya mengapa dia tidak dibantu.

Wanita itu kemudian mengeluarkan sebotol minyak dan menyiram dirinya sendiri sebelum mencucuh dengan pemetik api.

Jurucakap polis berkata, beberapa anggota keselamatan membantu memadamkan kebakaran dan Sangvean kemudian dihantar ke hospital. - Agensi


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/2210#sthash.gFNSuB7P.dpuf
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register