Bakar abang hidup-hidup selepas ditegur

CG Sponsors




balqis07

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
JEMPOL – Akibat berang ditegur kerana jarang pulang ke rumah, seorang lelaki sanggup membakar abang kandungnya dalam satu kejadian di Felda Palong, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, mangsa yang berusia 28 tahun itu dibakar hidup-hidup di hadapan ahli keluarganya di kediaman mereka di sini.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hamzah Alias berkata, suspek berusia 21 tahun yang tinggal di Batu Kikir itu pulang ke rumah selepas menerima panggilan telefon daripada abangnya.

Menurutnya, ketika itu, abangnya sempat menegur suspek kerana jarang pulang ke rumah.

"Namun ketika suspek pulang ke rumah, abangnya sekali lagi menegur sikapnya yang jarang pulang ke rumah dan berlaku pergaduhan mulut.

“Suspek yang ketika itu membawa minyak dipercayai petrol untuk diisi ke dalam motosikal ayahnya, namun akibat marah ditegur dia cuba membakar kenderaan abangnya,” katanya.

Hamzah berkata, tindakan abangnya yang cuba menghalang suspek daripada membakar kenderaannya itu membuatkan suspek bertambah marah lalu menyimbah minyak tersebut di bahagian muka dan badan abangnya.

“Selepas menyimbah minyak, suspek terus menyalakan api dan menyebabkan abangnya terbakar.

“Kejadian yang berlaku di hadapan rumah itu turut disaksikan oleh kedua ibu bapa mereka serta isteri abangnya. Selepas itu, suspek bertindak melarikan diri,” katanya.

Katanya, bapa mangsa yang melihat kejadian itu segera meminta bantuan daripada Klinik Kesihatan Palong.

“Mangsa yang melecur di bahagian belakang badan, kepala, muka, dada serta kedua belah tangan dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), Kuala Pilah untuk rawatan lanjut,” katanya.

Katanya, pihaknya berjaya menahan suspek yang juga merupakan bekas Orang Kena Pengawasan (OKP) kira-kira jam 8 pagi, semalam, ketika dia pulang ke rumahnya.

“Bapa mangsa menghubungi Balai Polis Ladang Gaddes dan memaklumkan anaknya sudah pulang. Suspek turut memberi kerjasama ketika ditahan.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun keseksaan kerana cubaan membunuh,” katanya.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/bakar-abang-hidup-hidup-selepas-ditegur-1.150899
 
Sponsored Post

HosterBase

Active Member
Joined
Mar 23, 2012
Messages
1,888
Reaction score
15
Points
25
Mengapalah....

Bagai dirasuk
Tiada sifat kemanusiaan
 

Mrsham

Active+ Member
Platinum Member
Joined
Jul 10, 2007
Messages
3,684
Reaction score
94
Points
40
Puncanya cuma tegur jarang pulang.. Tapi pergaduhan mulut tu yg buat hilang pertimbangan.. Kerana mulut badan binasa..
 

copy left

CG Top Poster Club
Joined
Jun 25, 2008
Messages
26,546
Reaction score
435
Points
131
org mcm tu patut jgn bagi pulang ke rumah langsung.
 

Dewa19Kangen

Banned
Joined
Oct 2, 2010
Messages
8,902
Reaction score
3
Points
65
ang ingat abg ang superhero the human torch,bangsat punya ade!
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,636
Reaction score
21,079
Points
1,671
ptot abang die suka org kena pengawasan ni xde kt rumah..tengok xpasal kena bakar
 

Yul-Minho

Legendary Member
Joined
Jul 23, 2012
Messages
15,938
Reaction score
1,170
Points
201
betul la perangai manusia zaman ni mcm manusia zaman jahiliyah..
gilaaa.. x masuk akal punya tindakan... kejam... xde hati perut..
 

TokCu

Legendary Member
Joined
Jul 25, 2011
Messages
11,155
Reaction score
538
Points
161
perlakuan macam aksi filem tamil dah banyak sekarang ni
 

dragger

Super Active Member
Joined
Aug 29, 2008
Messages
8,548
Reaction score
35
Points
70
ni mesti penagih. ada kes kena tikam sebab ditegur
 

elnino25

Super Active Member
Joined
Mar 29, 2010
Messages
7,440
Reaction score
64
Points
70
ape nk jadi la, makin teruk skang nie..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register