Bakal pengantin didakwa cuba rogol rakan serumah tunang

CG Sponsors




InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,966
Reaction score
4,386
Points
601
894581.jpeg

Amirul Hanif (tengah) dibawa ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

MELAKA - Seorang bakal pengantin lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan cuba merogol, mencabul seorang wanita dan menceroboh rumah didiami wanita itu bersama tunangnya pada minggu lalu.


Amirul Hanif Ibrahim, 27, yang bakal bernikah Mac depan bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik ketiga-tiga pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan.

Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh didakwa telah cuba merogol seorang perempuan berusia 23 tahun dan didakwa mengikut Seksyen 376/511 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

Pertuduhan kedua, tertuduh didakwa telah menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa sama dengan niat hendak mencabul kehormatannya dan didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Bagi perbuatan itu tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman, jika sabit kesalahan.

Selain itu dia juga berdepan dengan pertuduhan telah melakukan pencerobohan jenayah tanpa mendapat kebenaran daripada tuan rumah yang digunakan sebagai kediaman.

Dia didakwa mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau dengan denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

Kesemua kesalahan itu dilakukan tertuduh di sebuah rumah di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh di sini jam 10.53 pagi pada 17 November lalu.

Difahamkan, tertuduh yang merupakan pekerja pembersihan telah bertunang dan akan berkahwin dengan tunangnya pada Mac depan, sementara mangsa adalah rakan serumah tunangnya dan ketika kejadian tunangnya tiada di rumah.

Lelaki itu dipercayai memasuki rumah berkenaan menggunakan kunci pendua dan menunggu mangsa pulang ke rumah.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Shukri Hussain dan tidak mencadangkan sebarang jaminan.

Peguam Ahmad Soleh Yusof yang mewakili tertuduh memohon jaminan rendah diberikan dengan alasan tertuduh akan memberikan kerjasama dan hadir sepanjang kes berlangsung selain jaminan akan dibayar oleh adiknya yang bekerja sebagai penghantaran makanan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan jaminan akan dibayar oleh adiknya, selain syarat tambahan melaporkan diri di balai polis terdekat sekali sebulan serta tidak menghampiri atau mengganggu mangsa sehingga kes selesai.

Mahkamah turut menetapkan sebutan semula kes dan serahan dokumen pada 24 Disember depan.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/arti...antin-didakwa-cuba-rogol-rakan-serumah-tunang
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
 
Sponsored Post

pelitaminyak

Active+ Member
Joined
Aug 13, 2008
Messages
2,754
Reaction score
714
Points
81
Sudah pelan baik punya tapi kantoi juga ..... Kalau kahwin cepat2 kan tak jadi kes
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
286,987
Reaction score
11,947
Points
2,376
Dah geram sangat kot tengok member tunang
 

theblur

Super Active Member
Joined
Apr 15, 2012
Messages
6,880
Reaction score
686
Points
121
bila dah jadi mcm ni, korang agak2 tunang dia tu masih ada dara ke x. kehkehkehkeh.

mesti mak ayah tunang tu cakap "erm... bakal laki anak aku ni gila bernapsu juga ye sampai nak merogol.. agak2 sepanjang dia couple dgn anak aku, anak aku masih ada dara ke x ye?"


mohon pencerahan.
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,966
Reaction score
4,386
Points
601
bila dah jadi mcm ni, korang agak2 tunang dia tu masih ada dara ke x. kehkehkehkeh.

mesti mak ayah tunang tu cakap "erm... bakal laki anak aku ni gila bernapsu juga ye sampai nak merogol.. agak2 sepanjang dia couple dgn anak aku, anak aku masih ada dara ke x ye?"

mohon pencerahan.
sampai kesitu ang punya fikir,,hihi
 

Laici

Super Active Member
Joined
Aug 19, 2014
Messages
5,475
Reaction score
738
Points
121
paseipa la merapu lagu ni...daripada merapu baik buat biz...

ayaq nek kapla dah kot....ker tunggu nak terkam tunang, tapi tersalah terkam
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,966
Reaction score
4,386
Points
601
Man charged with attempted rape of fiancee's housemate

 

maxpda

Super Active Member
Joined
Jan 15, 2007
Messages
7,164
Reaction score
134
Points
83
ape benda ni... nak kahwin dah tu... lagi 4bulan je...

bukan dgn tunang sendiri pulak... adoi...

member tunang lagi cantik ke.. hahaha
 
Sponsored Post
Top
Log in Register